Monday, January 19, 2009

Memanjangan Takbir "Allahuakbar"

Salam

Apakah memanjangkan ucapan takbir ketika hendak sujud, ketika bangun dari sujud dan ketika bangun dari rakaat kedua untuk memulakan rakaat ketiga dibolehkan. Ataupun perlu diucapkan seperti biasa tanpa memanjangkan ucapan takbir "Allahu Akbar" itu.

Wassalam
_________________
Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anaksoleh dengan kadar kemampuan yg ada, Insyaallah.

Memanjang-manjangkan bacaan dan intonasi Takbir bagi membezakan pergerakan solat merupakan perbuatan yang dilakukan oleh umat pada zaman mutakhir ini. Tidak terdapat sebarang dalil yang menunjukkan Nabi saw memanjangkan bacaan takbir. Abu Ubaidah Al-Walid (Akhtaa' Al-Mushollin) mengatakan bahawa kedapatan Imam melakukan intonasi yang berbeza didalam tahiyat awal dan juga tahiyat akhir didalam solat dan ini merupakan amalan bid'ah.

Dari Abu Hurairah :

كان إذا أراد أن يسجد كبّر ثم يسجد ، وإذا قام من القعدة كبّر ثم قام

"Jika dia melakukan sujud, beliau akan bertakbir dan sujud, dan jika berdiri daripada duduk, dia akan bertakbir dan berdiri" -[dikeluarkan oleh Abu Ya'la didalam Al-Musnad : 2/284 dgn isnad baik]

الحديث نص صريح في أنّ السنّة التكبير ثم السجود ، و أنه يكبر وهو قاعد ثم ينهض . ففيه إبطال لما يفعله بعض المقلّدين من مدّ التكبير من القعود إلى القيام

"Hadith ini merupakan nas yang jelas bahawa sunnah bertakbir kemudian sujud, dan bertakbir kemudian ia berdiri. Maka terbatallah apa yang dilakukan oleh pentaklid (pengikut) didalam memanjang Takbir dari duduk sehinggalah ke Qiam (berdiri)" - [Salsilah Al-Haadith Al-Sahihah 2/157].

Imam Al-Nawawi juga mengalakkan mengucap takbir dengan cepat didalam Tabiratul Ihram. Kata beliau :

أنه يستحب أن يأتي بتكبيرة الإحرام بسرعة ، ولا يمدها

"Sesungguhnya adalah mustahab (baik) mengambil takbitarul ihram dengan pantas, dan tidak memanjangkannya"

Berkata Ibn Hazm :-

لا يحل للإمام البتة أن يطيل التكبير ، بل يسرع فيه ، فلا يركع ولا يسجد ولا يقوم ولا يقعد إلا وقد أتم التكبير

"Tidak dibenarkan sama sekali bagi Imam memanjangkan takbir, bahkan dipercepatkannya, dan tidak pada rukuk, sujud, berdiri, dan duduk melainkan menyempurnakan Tabir" - [Al-Muhalla- 4/151]

Kesimpulannya, tidak terdapat nas atau dalil yang memerintahkan agar Imam membeza-bezakan bacaan Takbir didalam pergerakan-pergerakan solatnya. Takbir perlu diucapkan dengan harakat yang sama pada setiap pergerakan solat. wallahu 'alam.

wassalam.
==============
Rujukan

1. Abu Ubaidah Al-Walid. Akhtaa' Al-Mushollin. Maktabah Al-Syafaa.

2. Sheikh Abu 'Abidah Masyhur Hassan Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubin Fi Akhtaa' Al-Mushollin. cetakan ke 4. Al-Dammam : Dar Ibn Qayyim, 1996. ms 228-231.

3. Muhammad Sidiq Al-Minshawi. Akhtaa' Al-Mushollin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms 66.

0 comments:

Post a Comment