Adakah wajib untuk kesemua jari kaki mencecah lantai ketika sujud?
***************
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yang sdr AHelmi kemukakan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Terdapat tujuh anggota-anggota sujud, iaitu muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari). Sabda Nabi saw :-
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (eg: ibu jari)."- [hadith riwayat Bukhaari #812, Muslim #490].
Menurut Imam Al-Nawawi didalam Sharh Muslim : jika salah satu anggota ini ditinggalkan, maka tidak sah Solat.
Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam menerangkan keadaan tapak kaki ketika sujud, memaparkan sebuah hadith :-
ستقبل بأطراف أصابعها القبلة
"Beliau mengadapkan hujung jari-jemarinya kearah kiblat" - [Al-Bukhaari dan Daud].
Menurut Sheikh Al-Albani [pada notakaki bagi hadith diatas], Ibnu Sa'ed (4/157) meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa beliau amat suka mengadapkan segala sesuatu kearah kiblat ketika solat. Sehingga beliau mengarahkan ibu jarinya kearah kiblat. [Sifat Solat Nabi saw, ms 142].
Kesimpulannya, tidak semua jari kaki diwajibkan mencecah lantai semasa sujud, yang diperlukan adalah penghujung jari jemari kaki, iaitu ibu jari. wallahu'alam.
wassalam
=============
Rujukan :
1. Syiekh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaati Al-Nabi saw. cetakan baru, cetakan ke 2. Riyad : Maktabah Al-Ma'aarif, 1996. ms 142.
0 comments:
Post a Comment