Monday, January 19, 2009

Iqomah Solat Sendiri

saya mohon penjelasan tentang iqomah sebelum solat, ketika kita solat sendirian...benarkah kalau kita solat sendirian pun hukum iqomah itu wajib?
jazakumullahu khair...

*************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Gayat diatas jawapan diatas. Sebagai tambahan :-

Iqomah menurut mazhab Syafie, hukumnya sunnat mu'akkad. Dr Husammuddin Musa, professor Fiqh dan Usul, Universiti Al-Quddus berkata :-

الإقامة من السنن المؤكدة الثابتة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي مشروعة في صلاة الجماعة ولمن صلى منفرداً من الرجال دون النساء فليس على النساء أذان ولا إقامة .

"Iqaamah adalah sunat mu'akkad sebagaimana thabit dari Rasulullah saw dan dan ia adalah syara' didalam solat jemaah dan kepada siapa yang bersolat bersendirian dari kalangan lelaki tanpa wanita, dan bukanlah (dituntut) keatas wanita itu azan dan iqamah"

Mustahabnya azan dan iqamah ini thabit dari beberapa hadith Nabi saw dan diantaranya :-

إذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم وليؤمكم أكبركم

"Jika solat tiba, maka salah seorang dari kamu melakukan azan dan biarlah yang tua dari kamu mengetuai kamu" - [Muttafaq 'Alaih]

Dari Uqbah ibn 'Amir berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :-

يَعْجَبُ ربك من راعي غنم في رأس الشظية للجبل يؤذن ويصلي فيقول الله عز وجل : انظروا إلى عبدي هذا يؤذن ويقيم الصلاة يخاف مني قد غفرت لعبدي وأدخلته الجنة

"Tuhan kamu sukakannya apabila gembala yang berada dipuncak gunung melaungkan azan dan kemudiannya bersolat. Maka Allah swt berkata : 'Lihatlah pada hambaku ini, melaungkan azan dan Iqaamah untuk bersolat dan takut kepadaku, maka aku ampunkan hambaku dan memasukkannya kedalam syurga"

Didalam al-Umm, Imam al-Syafie rh menyebut :-

فَإِنْ تَرَكَ رَجُلٌ الأَذَانَ وَالإِقَامَةَ مُنْفَرِدًا , أَوْ فِي جَمَاعَةٍ كَرِهْت ذَلِكَ لَهُ وَلَيْسَتْ عَلَيْهِ إعَادَةُ مَا صَلَّى بِلا أَذَانٍ وَلا إقَامَةٍ .

"Jika seorang lelaki meninggalkan azan dan Iqaamah didalam solat berseorangan atau jemaah, aku tidak menyukainya (makruh) begitu, dan tidaklah keatasnya perlu mengulangi (solat) yang dilakukan tanpa azan dan Iqaamah"

Syeikh Ibn Qudamah Al-Maqdisi rh berkata :-

والصحيح قول الجمهور لما ذكرنا ولأن الإقامة أحد الأذانين فلم تفسد الصلاة بتركها كالأخر

"Sah menurut pandangan jumhur mengenai apa yang disebut dan sesungguhnya iqaamah itu adalah salah satu dari dua azan, maka tidaklah ia merosakkan/batalkan solat meninggalkannya sebagaimana [pendapat] yang lain". (al-Mughni 1/303).

Kesimpulannya, menurut Mazhab Syafie bahwa amalan azan dan iqamah ini sunnat mu'akkad. Dr.Mustafa Al-Khin didalam Al-Fiqh Al-Manhaji menyatakan bahawa azan dan iqamah bagi individu merupakan sunat 'ainiah (عينية); pahala sunnat akan diperolehi apabila melakukan.(Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/114) WA.

wassalam
==============
Rujukan.

1. Dr. Husammuddin Musa. حكم صلاة المنفرد دون إقامة. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=73210

2. Dr. Mustafa al-Khin etc. Al-Fiqh Al-Manhaji - 1. cetakan ke 4. Damsyik : Dar al-Qalam, 2000.

Sheikh Hj Kamin - AAN

1 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum ...tuan saya nak tanya...jika saya solat sendiri d rumah ...adakah saya perlu azan atau iqomah atau kedua nya sekali....saya mohon penjelasan dari tuan ...terima kasih

Post a Comment