Monday, January 19, 2009

Tambah Satu Rakaat Kerana Terlupa

Assalamu'alaikum ustaz,
Kalau kita tidak pasti jumlah rakaat, kita tambah satu dan buat sujud sahwi.
Bagaimana pula kita tidak pasti sama ada sudah melaukukan sesuatu rukun tatu tidak? adakah perlu sujud sahwi atau sebaliknya?

Wassalam.

***********
Salam

Salah satu sebab dikenakan sujud sahwi adalah meninggalkan perkara yg disuruh. Spt meninggalkan satu rukun kemudian diingatnya ketika sedang bersolat, maka hendaklah ia melakukan rukun yg ditinggalkan itu dan seterusnya melakukan baki rukun solat yg lain. Kemudian ia sujud sahwi. Hal ini sama dgn ketidak-pastian samada telah melakukannya atau tidak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, 'Yg yakin tidak dibatalkan dgn syak.'

Jika disedari selepas selesai solatnya, maka hendaklah ia kembali melakukan solatnya dgn 'menampal' perkara yg ditinggalkannya itu kemudian disusuli dgn sujud sahwi. Ini berdasarkan kisah Zul Yadain yg dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya dibawah tajuk kitabus sahw. Tetapi ini hanya boleh dilakukan sekiranya jarak masa antara dia salam dan masa dia tersedar itu tidak lama dan wudhu'nya belum terbatal spt yg dinukilkan oleh Dr Abd Karim Zaidan dalam al-Mufashal.

WA.

Wassalam

1 comments:

Anonymous said...

saya solat isyak di belakang imam...apa yang saya musykilkan ialah pada rakaat keempat..iman tak bagi salaam...dia berdiri mungkin terlupa kot...jadi para jemaah ada yang ikut dan lebih ramai yang hanya duduk sahaja..saya bengong ostaz....apa hukum nya....solat saya dan apakah yang harus saya buat..tolong bagi pencerahan ostz....syukran

Post a Comment