nak tanya sikit boleh..
kalau kiter solat pakai baju yang ader gambar mcmgambar org ker haiwan atau gambar tengkorak ker...boleh ker? aper hkmnya?
**************
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah, silakan bertanya sdr hajime81, cuma kami tidak dapat menjamin soalan tersebut dapat dijawab dengan segera. Insyaallah, kami akan cuba menjawab persoalan sdr dengan kadar yang mampu.
Sebelum kita melihat hukum memakai pakaian bergambar didalam solat, elok juga kita melihat hukum umum memakai pakaian yang sebegini. Hukum memakai baju bergambar berkisar dari hukum harus sehinggalah ke hukum haram menurut pelbagai ijihad ulama. Ulama Saudi sebagai contoh mengharamkan apa-apa bentuk gambar makluk yang hidup termasuklah mencetakkannya diatas baju dan ada dikalangan ulama' moderate yang mengambil ijtihad bahawa gambar diperbolehkan (harus) dicetak keatas baju dengan mematuhi beberapa syarat-syarat yang lain (seperti berikut). Walaupun hukum ini khilaf dikalangan ulama, akan tetapi beberapa peraturan dibawah ini dipersetujui oleh mereka, iaitu :-
حرمة تصوير أو طباعة صور الفساق والعصاة ، أو كل من يحارب الإسلام ، فلا يجوز لبس هذه الملابس التي عليها مثل هذه الصور.
فلا يجوز طبع ملابس هؤلاء ، لما يكون في ذلك من أثر سيئ ،لأنها ترويج لمثل هذا النموذج في المجتمع الإسلامي، فتلبس الفتيات ملابس عليها صور للشباب ،ويلبس الشباب ملابس عليها صور الفتيات ، وكل ذلك ينهى عنه شرعا.
والذي تطمئن إليه النفس هو النهي عن طبع الصورة على الملابس التي عليها صور إنسان ، سواء كان صالحا أم غير صالح ،فطباعة صورة بوش أو بن لادن الأولى تركها ،وهذا لا يعني الاشتراك في الحكم على الشخصين ،وإنما الحكم على طباعة صورة الإنسان ،أيا كان ذلك الإنسان .
أما الملابس التي تطبع عليها صور بعض الأماكن كالأقصى ونحوها ، فإنه لا يمكن الحكم عليها بالحرمة ، لعدم حرمة تصويرها أو طبعها ،ولكن الأولى إن لبست ألا يصلي فيها خاصة في المساجد ، حتى لا يشوش الإنسان على المصلين بالنظر جبرا إلى مثل هذه الصور، مما يخرج الناس عن الخشوع في الصلاة .
ولا يعني هذا حرمة ارتداء الملابس التي عليها صور الأماكن أو الأشخاص إن لم يكن هناك نوع من التعظيم أو التقديس ،ولكنه يكره هذا ،ويكون حراما إن كان هناك نوع من التقديس أو التعظيم ونحوهما .
1. Mengharamkan segala bentuk gambar perkara fasik dan pengganas, atau mereka yang memerangi Islam, maka memakainya tidak dibolehkan bagi gambar seperti itu. Mencetak gambatr seperti ini juga tidak dibolehkan , dimana ia merupakan sejenis bentuk kejahatan, dan penyebaran contohnya dikalangan komuniti Islam. Gambar wanita yang dipakai oleh budak-budak lelaki, dan gambar lelaki yang dipakai oleh budak-budak perempuan, kesemuanya ditegah didalam Islam.
2. Salah satu perkara yang ditegah mengenainya ialah mencetak gambar manusia, samada lelaki soleh atau pun tidak, maka mencetak gambar Bin Ladin atau Bush lebih utama lagi tinggalkan, ia tidak bererti menghukum kedua-dua pribadi ini, akan tetapi ia hanyalah hukum mencetak gambar manusia, iaitu kedua-duanya adalah manusia/insan.
3. Bagi pakaian yang mencetak gambar-gambar tempat seperti Masjia Al-Aqsa dan kawasan-kawasannya, hukum pengharamnya tidak diperbolehkan, maknanya tidak haram mengambil gambar atau mencetaknya, akan tetapi, pertama-tama kalinya tidak dipakai semasa bersolat dengannya dan khususnya didalam masjid. Kerana mansia akan lalai didalam solat kerana ia akan memaksa seseorang itu melihat kearah gambar tersebut, dimana manusia ia mengeluarkan insan dari khusyuk didalam solat.
Ini tidak bermakna diharamkan memakai pakaian yang dicetak gambar tempat atau sesuatu jika tidak terdapat bentuk-bentuk memuliakan (ta'zim) atau mensucikan (takdis), tetapi makruh(dibenci) keatasnya. Akan tetapi ia adalah haram jika terdapat bentuk-bentuk kearah memulia dan mensucikan.
------------------------
Berkata Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-
الصور الشمسية (الفوتوغرافية) والصور المرسومة أو المطبوعة على الملابس الأصل فيها الإباحة، ما لم يشتمل موضوع الصورة على محرم، كتقديس صاحبها تقديسا دينيا، أو تعظيمه تعظيما دنيويا، وخاصة إذا كان المعظم من أهل الكفر والفساق كالوثنيين والشيوعيين والفنانين المنحرفين .انتهى
"Gambar (photografi), lukisan, cetakan keatas pakaian pada asalnya adalah harus, tidak termasuk didalammya gambar perkara--perkara yang haram, seperti mensucikan (memuliakan) sesuatu kumpulan atau mensucikan (memuliakan) agamanya, atau membesarkan kebesaran agama, lebih-lebih lagi yang dibesarkan adalah ahli-ahli kufar dan fasik seperti penyembah berhala, komunis dan artis-artis yang sesat."
Menurut Dr Wahbah Zuhaily, pensyarah di Universiti Syria berkata :
يكره لبس الألبسة ذات الصور، للصغار والكبار على السواء، وإنما المشروع هو الألعاب ولو كانت مجسمَّة بالنسبة للصغار فقط، دون نصبها على الحيطان والمكتبات والمفروشات، فذلك تعظيم لها وهو حرام.انتهى
"Makruh memakai pakaian yang ada gambar, sama hukumnya keatas orang muda atau tua, akan tetapi diperbolehkan untuk permainan walaupun jika ia dicetak secara embossed untuk kanak-kanak sahaja, tanpa mengantungnya ke dinding, atau pejabat ataupun perabot, maka itu memuliakan adalah haram."
--------------------
Kesimpulan dari apa yang dapat kita ambil dari fatwa diatas adalah, diperbolehkan memakai baju yang dicetak dengan gambar-gambar permandangan dan sebagainya (sebagaimana syarat yg digariskan diatas), yang jauh dari unsur-unsur haram dan juga gambar-gambar manusia. Akan tetapi adalah makruh hukumnya dibawa didalam solat kerana ia akan menggangu khyusuk seseorang yang sedang bersolat. Adalah elok memakai pakaian warna yang plain dan sederhana untuk mengelakkan gangguan kepada jemaah lain.
Bagi hukum gambar-gambar yang melambangkan keganasan, kemaksiatan, kekufuran, iaitu identiti mana-mana persatuan atau kumpulan-kumpulan adalah haram dipakai. Lebih-lebih lagi jika ia bertujuan memuliakan sesuatu kaum, pertubuhan, organisasi yang kufur dan fasik. Mudah-mudahan anda boleh menjadikan pandangan diatas sebagai garis panduan berpakaian. Wallahu'alam
wassalam
--------------------
Rujukan :
Jemaah Mufti IslamOnline . Fatwa :طباعة الصور على الملابس والصلاة فيها . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=83673
3 comments:
salam
bgmn kl wanita pakai baju yang ada gmbar karton kucing dan memakai telekung semasa solat?
kenapa gambar tengkorak diharamkan?
Post a Comment