Monday, January 19, 2009

Basmallah Pada Al Fatihah

assalamualaikum..
betulke hadith yg mnyatakn bismillah sbahgian dari ayat /surah alfatihah dan wajib dibaca wajib dibac keras dalam solat jahriah yg dikatakan oleh golongan syafie adalh maudu'?.so kita sekarang baca dgn suara keras ikut pendapat inilah padahal ianya adalah hadith maudu'..
sekian minta pandangan ust2 yg lebih arif..

*****************
Salam

tidak benar bahawa hadith tentang bacaan bismillah itu adalah hadith maudhu'. Al-muhaqqiq ibn qayyim berkata, "bahawa kadang2 rasulullah S.A.W menyaringkan bacaan bismillah dan kadang2 tidak. ttp selalunya dia akan memperlahankan bacaan bismillah itu."


ونقل عن ابن تيمية في الفتاوى المصرية قوله:
مراعاة الائتلاف هي الحق، فيجهر بالبسملة أحيانا لمصلحة راجحة، ويسوغ ترك الأفضل لتأليف القلوب،

Dinaqalkan dari Ibn Taimiyah dlm Fatwa Mesir, katanya:
“Menjaga kesatuan adlah satu haq. Menyaringkan bacaan bismillah juga kadangkala satu maslahah. Meninggalkan sesuatu yg afdhal adlah harus demi utk menyatukan umat.”

Katanya lagi:


قال شيخ الإسلام ابن تيمية:

"وقد كان في الصحابة والتابعين ومن بعدهم من يقرأ بالبسملة، ومنهم من لا يقرأ بها، ومع هذا، كان بعضهم يصلي خلف بعض، مثلما كان أبو حنيفة وأصحابه والشافعي وغيرهم يصلون خلف أئمة أهل المدينة من المالكية، وإن كانوا لا يقرؤون بالبسملة لا سرا ولا جهرا".

“Pada zaman sahabat, tabiin dan selepasnya, ada orang yg membaca bismillah dan ada yg tidak, dan ada orang yg bersembahyang di belakang orang lain (yg berlainan mazhab) spt abu hanifah dan org yg bermazhab dgnnya, as-syafie dan lain2 bersembahyang di belakang imam di madinah yg bermazhab maliki walaupun mereka tidak membaca bismillah samada kuat atau perlahan.”

Ibn qayyim dlm kitabnya Zadul Maad (jilid I)menyelaraskan hadith2 tentang bacaan bismillah samada dijahrkan atau disirrkan:
“Tidak ada satu hadith yg menunjukkan bahawa baginda S.A.W senantiasa menyaringkan bacaan bismillah, begitu juga tidak satu hadithpun yg menunjukkan makruh atau bid’ah kalau ditinggalkan.”
(زاد المعاد ج1ص144).

Dan bahawasanya:


“وأكثر من ذلك أن للمأموم أن يصلي وراء إمامه،”

Semua ini menunjukkan bahawa makmum bersolat mengikut imamnya.

0 comments:

Post a Comment