Wednesday, December 17, 2008

Solat Tahajud Perlukah Tidur Dulu?

Assalamualaikum w.r.t Ustaz,
Saya mempunyai kemusykilan dalam perkara solat tahajjud. Ada sesetengah buku mengatakan bahawa solat tahajjud hanya boleh dibuat setelah tidur selepas solat isyak (samada lama atatu sekejap) , jika tak tidur tidak digolongkan di dalam golongan solat tahajud manakala ada sesetengah pendapat dalam buku lain pula mengatakan selepas solat Isyak boleh diteruskan solat tahajjud.
Boleh tak ustaz mengulas perkara ini dan kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah ustaz memberi penjelasan cara solat tahajjud rasullulah s.a.w serta para sahabat atau ulama/imam yang terkenal dan kelebihan2nya?

terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu

wassalam.


Jawapan
Terima kasih kerana masih terus menjadikan aL-Ahkam online sebagai rujukkan anda. Alhamdulillah inilah jawapannya:

(1)
Firman Allah Taala:
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik." (al-Isra':79)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam." (riwayat Muslim)


Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

(2)
Definasi tahajjud: Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur (Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi'i)

Hukum tahajjud: para ulamak telah ijmak mengatakannya sebagai sunat. Dan ia pernah diwajibkan pada permulaan Islam. Bagi orang-orang yang telah biasa melakukan tahajjud, makruh hukumnya meninggalkan tahajjud.

Waktu mengerjakan tahajjud: Selepas Isyak & selepas tidur. Dan, yang paling afdal ialah mentakhirkan sembahyang ini.

Menurut Imam al-Nawawi di dalam Minhaaj al-Thalibin, makruh mengerjakan sembahyang tahajud seluruh malam secara berterusan (Berjaga setiap malam mengerjakan tahajud). Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan perkataan al-Nawawi dengan katanya: "Makruh mengerjakan tahajud pada waktu malam yang dapat memudaratkan. Dari itu berjaga utk bertahajud seluruh malam setiap hari tergolong dalam kategori ini. Alasannya ialah, sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim:
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abdullah bin Amru bin al-Ash: Tidakkah aku diberitahu bahawa engkau berpuasa disiang hari dan berdiri (solat) diwaktu malam? Abdullah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda s.a.w. bersabda: Jangan lakukan. Berpuasalah dan berbukalah. Berdirilah (malam & bersolat) dan tidurlah. Sesungguhnya jasadmu juga mempunyai haknya.....al-hadis."

Al-Khatib al-Syarbini menyambung lagi: "Kerana berjaga malam secara berterusan dapat memudaratkan tubuh badan. Ia juga menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjaga pada waktu siang. Ini akan membuatkan maslahat dunia dan agamanya pada waktu siang terlepas." (Al-Mughni al-Muhtaj, vol 1, halaman 228)

Dimakruhkan juga mengkhususkan malam Jumaat untuk mengerjakan Tahajud. Maksudnya, kita mengkhususkan sembahyang tahajjud hanya pada malam Jumaat sahaja.

Orang yang hendak bertahajud disunatkan ber'qailulah'. Iaitu tidur sedikit sebelum tergelincir matahari. Qailulah samalah seperti sahur untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mintalah pertolongan dari qailulah untuk berdiri (solat) pada waktu malam."
Maknanya, qailulah dapat membantu untuk tahajud.

Bilangan rakaat tahajud: Sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya tiada had. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan, sebanyak-banyaknya 12 rakaat (rujuk Fathul Mu'in, bihamish I'anah al-Thalibin, vol 1, hal. 269)

(3)
Masalah saudara, tahajud: perlu tidur dahulu atau tidak?
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa definasi tahajud sahaja sudah menggambarkan ia hendaklah dikerjakan selepas tidur.

Jika begitu sudah tentu akan timbul satu persoalan lain--> Jika saya tidak tidur (kerana sebab-sebab tertentu), bermakna saya tidak dapat melaksanakan tahajud. Akan terlepaslah saya dari memperolehi fadilat tahujud yang besar itu...

Penyelesaiannya begini --> Terdapat beberapa solat yang dikategorikan di dalam 'sembahyang malam'. Iaitu sembahyang witir, sembahyang tahajud dan sembahyang sunat mutlak waktu malam.

Sembahyang sunat mutlak waktu malam: Sembahyang sunat mutlak ialah sembahyang yang dikerjakan tanpa sempena apa-apa. Niatnya, "sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala."

Sembahyang ini juga tidak kurang besar fadilatnya. Saya nukilkan lagi secara bebas tentang kelebihan dari kitab Sabilul Muhtadin, vol 2, hal. 19, 20 & 21:

Sembahyang sunat mutlak pada waktu malam lebih afdal dari sunat mutlak waktu siang.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."

Sabdanya lagi:
"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada setiap malam."

Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para sahabat mengenai sembahyang yang paling afdal selepas sembahyang fardu, baginda menjawab:
"Sembahyang pada tengah malam."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Sembahyang yang paling Allah Taal paling suka ialah sembahyang Nabi Allah Daud a.s., dia tidur pada separuh malam, dia bersembahyang pada sepertiga malam dan tidur pada seperenamnya."

Sabdanya lagi:
Perintah Tuhan turun ke langit dunia pada sepertiga pada waktu tinggal sepertiga yang akhir pada waktu malam, lalu berseru: Adakah orang yang memohon , pasti Aku kabulkan, adakah orang yang meminta pasti Aku akan beri dan adakah yang memohon ampun, pasti Aku akan ampuni baginya sehingga Subuh.

Inilah antara fadilat-fadilat sembahyang malam. Fadilat ini boleh digunakan untuk fadilat tahajud.

(4)
Cara-cara mengerjakan sembahyang tahajud dan sunat mutlak malam.

Niat: Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:
"Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya."

Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran. Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran lebih baik dari bertasbih.

Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Selepas berdoa, perbanyakkanlah mengucap istighfar, antara istighfar yang dianjurkan serta sabit dengan hadis yang sahih ialah Saiyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu daripada kejahatan apa yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa kami, keran itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada yang memberi pengampunan kecuali Engkau.


Sembahyang sunat mutlak, eloklah dilakukan dua rakaat, dua rakaat.. sehingga berapa banyak yang disukai. Selepas itu bolehlah membaca doa dan istighfar di atas.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
1. Fathul Wahab - Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori, vol 1
2. Minhaj al-Thalibin - Imam al-Nawawi
3. Mughnil Muhtaj - Syeikh Muhamad alKhatib al-Syarbini, vol 1
4. Al-Feqhul Islami Wa adillatuh - Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 2 *
5. Sabilul Muhtadin - Syeikh Muhamad Arshad al-Banjari vol 2**
6. I'anah al-Thalibin - Syeikh Muhamad Satha al-Dimyathi vol 1
7. Fathul Mu'in - Syeikh Zainudin al-Malbari*

32 comments:

Anonymous said...

Ustaz, cuba recheck tafsir ayat Qur'an di atas, al-Isra':97.

Kei said...

Salam. mungkin kesilapan menaip.

sila rujuk al-Isra:79

harap membantu.

aizuddin said...

Terima kasih Anon dan Kei,

salah taip sebenarnya Al Isra' 79 bukannya Al Isra' 97.... telah diperbetulkan.

jazakallah...

Anonymous said...

salam, mungkin soalan berikut sedikit lewat memandangkan post/comment terakhir adalah di april, soalan sy ialah ayat "Iaitu tidur sedikit sebelum tergelincir matahari" bermaksud sebelum maghrib kah? terima kasih.

Admin said...

Ya maksudnya tidur sebentar sebelum maghrib (gelincir matahari) untuk solat sunat malam... tak ada nas yang melarang tidur sebentar selepas 'asar... WA

Hanis said...

Tak silap saya, sebelum gelincir matahari adalah sebelum zohor. Tidur sebentar sebelum Zohor. Sila betulkan jika salah ye.

Anonymous said...

gelincir tu pada waktu tghari...waktu magrib itu terbenam matahari..wallahu a'lam

Anonymous said...

salam,saya musykil di sini,

"Sembahyang yang paling Allah Taal paling suka ialah sembahyang Nabi Allah Daud a.s., dia tidur pada separuh malam, dia bersembahyang pada sepertiga malam dan tidur pada seperenamnya."

merujuk hadis di atas,nabi Daud a.s tidur selepas selasai solat malam...jadi xsalah la tidur selepas itu??harap di perjelas..
wallalhualam~

Anonymous said...

Qailulah : tidur sebelum GELINCIR MATAHARI = sebelum ZUHUR (bukan sebelum maghrib)

Anonymous said...

Salam,sy perlukn penjelasan..adakh solat2 sunat dan mlm itu tidak sah krn tidak membaca doanya?contohnya,solat istikharah ada doanya iaitu doa istikharah..adakah solat itu tak sah sekiranya tak membaca doa tersebut?mohon penjelasan

Farith said...

Boleh kah org solat sumat mutlak berjemaah dgn org solat tahajjud

rushdi sharkhan said...

Boleh kut!!!!

rushdi sharkhan said...

Boleh kut!!!!

Unknown said...

Ingin bertanya.
Saye ada terbaca solat tahajud dikerjakan selepas tidur selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Soalannye.
Wajibkah solat Isyak berjemaah?
Boleh atau tidak untuk solat Isyak secara bersendirian?

Amirol Ramli said...

eh boleh jela. takwajib berjemaah pummmm

Nur Zulaiqa said...

Assalam . Saya nak tanya : contoh kalau kita bangun dalam pukul 5 pagi dan menunaikan solat tahajud , adakah ianya sah ? Sebab ada yang kata solat tahajud ini untuk 1/3 dan 2/3 malam sahaja ?


Mohon pencerahan .

Amirol Ramli said...

waalaikumussalam. boleh je selagi tak masuk subuh.

Tapi seeloknya jam 1/3
atau separuh malam lah.
sebab rahmat tuhan pada malam waktu 1/3 dgn separuh malam tu berbeza pada waktu2 lain.



... kita ni kadang kadang tak kuat nak bangun separuh malam. malam berketumbit. kalau terjaga pukul 5 dan terajin nak tahajjud tu dah kira okay dah.
tah tah solat tahajjud yang dibuat 1/3 malam terakhir tu tuhan bagi rahmat yang sama macam separuh malam sebab rajin kita. siapa yang tahu kan? rahmat tuhan.



kalau tak tidur malam sampai 1/3 malam atau separuh malam... Itu pulak namanya Qiyamulail. tak de istilah tahajjud.tapi dipanggil qiyam. solat sunat hajat keee, solat tauhat kee... sebelum tidur. pahala sama gak macam tahajjud.rahmat waktu tu pun sama juga macam tahajjud.


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir, (kemudian) Dia berfirman, ‘Barang siapa berdoa kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan, barang siapa meminta kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan, dan barang siapa memohon ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni.’”

Unknown said...

Salam,, sya nk tnya klw kita bngun pda 1/3 mlm,boleh ke kita solat taubat, hajat dan tahajud? Bila selesai ketiga2 solat tu perlukah kita solat witir?

Amirol Ramli said...

solat taubat .. hajat...witir 1/3 mlm slps bngun tido dikira tahajud. tp kalau SEBELUM TIDO TP DAH 1/3 MLM DIKIRA QIAMULAIL. solat witir tu penutup waktu solat. its up to u

Unknown said...

salam. nk tnya klu lpas buat solat sunat tahajud lpas tu tido blik sementara nk tnggu subuh boleh ke?

Amirol Ramli said...

Boleh je . TAPI KALAU KATA SEPANJANG MALAM TAK TIDUR, JGN SOLAT TAHAJJUD . TAPI SOLAT LAH SUNAT . SO SOLAT TU DIKIRA QIYAMULLAIL WALAU PN XTIDO. KALQU TAHAJJUD MM SYARATNYA KENA TIDO

Amirol Ramli said...

Boleh je. witir tu penutup segala solat . pahala ganda

Nadya Strange said...

Sya jnis nya susah nk tdo d mlm hri sbab x mngantuk, boleh ke buat solat Tahajjud?

Nadya Strange said...

Sya jnis nya susah nk tdo d mlm hri sbab x mngantuk, boleh ke buat solat Tahajjud?

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Boleh ke kalau kita solat sunat tahajjud dua kali dalam satu mlm tapi waktu yg berbeza?. Contohnya selepas isyak dah solat tahajjud, tapi pebih kurg pkul 2/3 pagi bangun lagi untuk solat tahajjud jgk. Dikira sah ke?

Rafil said...

Assalammualaikum. Saya nak tanya. Sekiranya saya kerja malam sebagai pengawal keselamatan tak boleh tidur, bolehkah saya solat sunat tahajud? Atau lebih afdal saya solat sunat mutlak? Tolong mintak jelaskan. Terima kasih

Unknown said...

Saya terbangun untuk pada jam 3 pagi untuk pergi tandas akan tetapi tidak mengerjakan solat tahajjud kerana telah set jam nak bangun jam 4.30 pagi untuk kerja kan solat tahajjud terus solat subuh. Lepas tu saya sambung tidor lagi. Tepat 4.30 pagi saya pon bangun trus solat tahajjud dan solat subuh
Apa kah solat tahajjud saya masih di kira sah??

Unknown said...

Salam ustaz.saya nk tanya.bolehkan kita solat tahajud jikalau belum melakukan solat isyak.jika lepas solat magrib, kita tertidur akibat penat kerja disiang hari, dan terjaga awal 3, 4 pagi dan bangun solat isyak. Bolehkah kita bersolat tahajud jika terjadi situasi begini?

Unknown said...

Maksud saya lepas solat isyak selesai lepastu solat tahajud pula. Sahkah solat tahajud itu ustaz.mohon pencerahan.

Unknown said...

Sah

Unknown said...

Bleh

Unknown said...

Xwajib

Post a Comment