Sunday, December 14, 2008

Solat Sunat Nikah

Assalamualaikum wbt

Bolehkan ust terangkan mengenai solat sunat nikah.


Jawab:

Tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dgn isnad hasan) yg menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya terhadap perkahwinannya. WaLlahu a'alam

10 comments:

Anonymous said...

apakah baacaan yg sesuai untuk solat sunat dua raka'at bersama isteri di malam pertama

aman shah said...

minta penjelasan berkaitan page ini...

aman shah said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Nikah

Admin said...

Tak perlu risau... solat sunat sebelum nikah amalan tradisi orang islam Malaysia sahaja, tak ada keterangan dari hadis mengikut kebanyakan ulamak, tak ada riwayat solat ini pernah dilakukan pada zaman sahabat... dalam penerangan di wikipedia itu tidak ada pun merujuk kepada sebarang hadis cuma menukilkan doa-doa sahaja.

lebih baik ikut hadis di atas solat sunat berjemaah dengan isteri bila waktu bersendirian selepas upacara akad nikah...

Admin said...

Kalau perlu solat juga jangan niat atau ada sangkaan solat sunat nikah, niat solat sunat mutlak biasa sahaja...

Anonymous said...

bagaimana kalau solat sunat selepas nikah pada waktu selepas asar...sah?

Anonymous said...

Kalau nak meniduri isteri setiap kali adalah

Anonymous said...

Jika hendak mendodoikan anak buah tidur selepas nikah terus?

Anonymous said...

bagaimanakah CARA LAFAZ NIAT solat sunat malam pertama seperti hadis nabi s.a.w sebelum bersama isteri?

Admin said...

tak ada SOLAT SUNAT NIKAH mengikut sunnah...

ada terdapat banyak jenis solat sunat mengikut sunnah yang boleh dikerjakan oleh suami atau isteri bagi mendapat manafaat dan ganjaran. Solat sunat juga boleh dibuat secara berjamaah dengan isteri.

Amalkan kehidupan Islam sepenuhnya insyaallah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan. WA

Post a Comment