Sunday, December 14, 2008

Solat Hajat Bulan Ramadan

Saya ingin mendpat penjelasan berkenaan solat hajat dimalam bulan ramadhan

1. Bolehkah sekiranya selepas melakukan tarawih dan solat witir (3 rakaat ) dimasjid dan bila pulang kita terus melakukan solat Hajat. (sebelum tidur dan selepas sahur), kerana ada pendapat yang mengatakan tidak boleh melakukan solat lagi setelah menyempurnakan witir.

2. Bolehkan ustaz berikan cadangan bila dan bagaimana melakukan solat hajat dimalam ramadhan sekiranya pendapat 1 diatas adalah benar.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab:

1. Boleh melakukan solat sunat selepas witr. Yang ditegah ialah melakukan dua solat witr atau lebih pada satu malam. Dalil: HR Imam berlima kecuali Ibn Majah dari Talq bin Ali ra,"tidak ada dua witr pada satu malam." Pendapat yg melarang itu ialah dari Imam Syafi'iy yg meriwayatkan fatwa Sayyidina Ali dengan syarat solat witr itu digenapkan dan penyudahnya dilakukan witr sekali lagi.

2. Boleh saja dilakukan pada sebarang waktu yg anda senangi.

0 comments:

Post a Comment