Sunday, December 14, 2008

Solat Di US Part 2

JKK atas penjelasan.

1. Bagi soalan solat dalam keadaan bahaya, saya memahami bahawa saya boleh menggunakan dalil untuk menqasarkan solat maka cadangan tuan untuk solat di apartment/hotel atau pusat islam itu OK. Bagaimana jika masa bekerja saya nanti tidak menentu dan saya tidak menjumpai atau tidak sempat menemui tempat yg selamat ada alternatif yg. lain spt. spt solat duduk di bangku kemudian menggantinya. Bukan sengaja untuk mencari jalan keluar ini jika tidak boleh dielakkan sahaja.

2. Flight itenerary

Bertolak - KL/Sing/SF/Orl

KL 2350
Sing 0045

Sing 0650
San Francisco 0840

San Francisco 1120
Orlando 1916

Pulang

Orlando 0725
San Frs 1016

San Frs 1215
Sing 2350

Sing 0650
KL 0745
Afwan


Jawab:

1. Anda boleh terus menjama'/qasr solat selagi mana anda tidak akan berniat bermukim di USA walaupun anda akan menetap beberapa bulan. Dan jika ditambah dgn suasana tidak aman, maka keperluan jama' itu semakin diperkuatkan. Mengenai cara dan di mana hendak solat, anda kena melihat realiti dan persekitaran terlebih dahulu. Buat masa ini hukum tidak dapat diberikan kecuali ia benar2 berlaku dan realitinya menepati keperluan syara'. KIV dulu. Pokoknya Islam adalah agama yg mudah dan sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan masyaqqah (kesulitan) kepada pemeluknya.

2. Schedule Solat:

2.1 Bertolak - KL/Sing/SF/Orl

KL 2350 (11:50 pm)
Sing 0045 (12:45 am)
-----------
Option:
Solat dibereskan di rumah sebelum bertolak ke KLIA, Isya' masuk pukul 8:10pm (waktu sekarang)

Sing 0650 (6.50 am)
San Francisco 0840
-----------
Option:
Solat Subuh boleh dilakukan di hotel atau Changi Airport (yang mana lebih memudahkan)
Sepanjang penerbangan melintasi Pasifik, anda tidak perlu lagi solat Maghrib atau Isya' kerana anda melintas sempadan masa di mana SF lewat 8 jam dari KL dan NY lewat 12 jam dari KL
---------------

San Francisco 1120 (11.20 am
Orlando 1916 (7:16 PM)
-------------

Option:

Ini agak rumit buat anda kerana penerbangan dari SF ke Orlando anda melintasi zon masa benua USA di mana waktu di Orlando cepat 4 jam dari waktu SF. Ini bermakna, kemungkinan tiga waktu solat (Zuhur, Asr dan maghrib) akan masuk semasa penerbangan menyeberangi benua itu. Saya syorkan anda browse internet untuk local solat times bagi laluan SF-Orlando. Option terbaik ialah solat jama'/qasr Zuhur dan Asr di atas kapal terbang secara yg menasabah dan jama'/qasr Maghrib-Isya' secara taakhir bila tiba di Orlando (hotel/apartment)
------------

Pulang/Departure

Orlando 0725
San Frs 1016
----------
Option:
Solat Subuh di Orlando (tertakluk pd waktu solat tempatan, mungkin sempat solat di apartment/hotel penginapan)

San Frs 1215
Sing 2350
-----------------
Option:
Zuhur dan Asr perlu dilakukan atas kapalterbang, manakala Maghrib boleh ditakhirkan bersama Isya' di hotel Singapore

Sing 0650
KL 0745
------------
Option:
Subuh di airport Changi atau hotel.
WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment