Wednesday, December 17, 2008

Solat Berpakaian Jarang Nampak Aurat

Assalamualaikum.......

Saya ingin bertanya ttg org yg solat dgn memakai pakaian yg jarang sehingga terbayang aurat tertentu.Adakah sah solatnya?Kalau tidak, adakah saya kena qada solat yg saya buat dalam keadaan demikian.Bagaimana saya nak qada sedangkan dah lama berlalu dan tak ingat.


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada saudara yang menggunakan nickname “ Pedang Malam “ .

Sebagai mana yang kita maklumi bersama , di antara syarat-syarat yang menentukan sesuatu sembahyang itu dipandang sah menurut syariat Islam ialah : MENUTUP AURAT .

Menutup aurat di sini ialah : Menutup Aurat Secara SEMPURNA kerana itulah tuntutan syariat .

Oleh itu jika seseorang itu sembahyang dengan memakai kain sarung yang nipis , maka sembahyangnya tidak sah .

Jika seseorang itu memakai kain telekung yang tebal , akan tetapi kain sarungnya nipis sehingga ternampak auratnya di dalam , maka solatnya itu tidak sah .

Tidak sah kerana auratnya itu masih dapat dilihat secara pandangan biasa sedangkan perintah menutup aurat diperintahkan agar terlindung aurat kita daripada pandangan orang .

Maka sembahyang yang tidak sah itu mestilah diganti semula . Kalau ianya diganti di dalam waktu itu juga ( masih di dalam waktu semabahyang itu sendiri ) maka ia dinamakan I’ADAH . Dan kalau ianya diganti diluar waktu sembahyang itu , maka ia dinamakan QODHO’ .

Bagaimana hendak Qodho’ jika seseorang itu sudah terlupa berapakah jumlah sebenar sembahyang yang dilakukan secara tidak sah itu ? .

Jawapannya : Hendaklah diqodho’ setakat yang dia ingat , dan kalau dia syak-wasangka adakah dia tertinggal sembahyang sebanyak 5 waktukah ataupun 7 waktu , maka hendaklah dipilih yang maksima ( 7 waktu itu ) . Dan begitulah seterusnya . Bandingkanlah dengan akal yang sempurna di bawah petunjuk wahyu Ilahi .

Dan sesungguhnya Allah Ta’ala tidak membebankan kewajipan sesuatu amalan itu melainkan yang memang mampu untuk dilaksanakan oleh hamba-hamba-Nya .

Silalah merujuk kembali ke dalam kitab-kitab Fiqh untuk mengetahui masalah ini . Kami cadangkan saudara mendapatkan FIQH al-ISLAMI WA ADILLATUH ( oleh : al-‘Allamah Prof. Dr . Wahbah az-Zuhaily ~ sudah diterbitkan oleh DBP ) dan juga FIQH as-SUNNAH ( oleh : Almarhum al-‘Allamah Syeikh Saiyid Sabiq rh ~ sudah diterjemahkan ke dalam B. Indonesia ) .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

Image

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

2 comments:

amy89 said...

salam

saya ada soalan berkaitan berkain sarung bagi lelaki sewaktu sembahyang...

ada satu masa saya menegur seseorang berkain sarung yang dipakai untuk sembahyangnya bagi saya amat singkat iaitu diparas setengah betis.
apabila dalam keadaannya sujud sewaktu solat qobliyahnye, saya terlihat lutut dan sebahagian bahagian pehanya.

atas rase ummah, saya menegurnya, dan reaksinya agak sedikit marah dan berkata biasalah jika ternampak jika sewaktu dalam keadaan sujud bagi yang memakai kain. dan saya menegurnya buat kali kedua dan dijawabnya menyingkat kan kain sembahyang sehingga setengah betis itu adalah sunnah..

apakah penjelasannya?
dan tolong sertakan dengan rujukan agar ia boleh menguatkan lagi hujah tuan.

amy89

amy89 said...

assallamualaikum.

saya ada 1 soalan..
apakah hujah yang sesuai bagi seseorang yang bersembahyang hanya memakai kain sembahyang dan t-shirt singlet (pagoda). ada kisah yang berkaitan dengan masalah ini bilamana ada seorang bangsawan yang sengaja memakai compang-camping untuk menunjukkan sifat tawadu'nya. dah beliau ditegur oleh Rasulullah.selain itu bukankah kita disunatkan untuk berpakaian terbaik untuk berjumpa dan berinteraksi dengan allah S.W.T?

apakah hujah tuan.
dan adakah sumber rujukan bagi saya untuk menyebarkan penyelesaian masalah ini?

amy89

Post a Comment