Wednesday, December 17, 2008

Qadha Solat Dan Zakat

Semasa sekolah saya diajar qada solat jika tertinggal dan ia memangpun menjadi amalan, bila tertinggal solat, maka saya akan qada. baru2 ini, akibat lalai saya terlupa menunaikan zakat fitrah. bila bertanya kpd ustaz, katanya boleh di qada kan. latest sekali, baru2 ini, saya belajar hadith ahkam , kitab subulussalam. saya tanyakan kembali soalan tersebut kerana qada zakat agak janggal pada saya. dan jawapan ustaz, mana ada qada zakat. qada solat pun takde. katanya, bid'ah. bolehkah ustaz terangkan, kenapa ada yg mengatakan boleh qada dan ada yg menafikan qada. dari manakah kedua2 pihak mendapat sumber hukum, terutamanya yg menyatakan adanya qada.

Wassalam
Jawab:

Ustaz yg mengatakan adanya Qadha itu ialah ustaz madzhabi (aliran madzhab), manakala yg mengatakan tiada Qadha itu dari aliran Fiqh Sunnah atau Fiqh Hadis. Jika anda ulang alik antara dua aliran ini, maka anda akan terduduk dan bingung! Mujurlah anda datang kepada kami yg bisa sahaja menemukan dua golongan ini dan menjernihkan semula kepada anda. Inilah penjelasanya.

Qadha Solat:
a. Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm), Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani.
Dalil: S. Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1
Dalil-dalil hadis semuanya mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.
b. Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya.
Manakah pendapat yg lebih kuat atau rajih?
Thtl memilih pendapat pertama kerana ibadah mesti thabit dgn nas. Tapi jika anda ingin kekal dgn pendapat jumhur juga boleh kerana kemuktabaran empat madzhab fiqih yg masyhur itu.

Qadha Zakat Fitrah:
a. Tiada Qadha bagi zakat fitrah yg luput waktunya baik secara sengaja atau lupa kerana waktunya yg sudah dimaklumi dan cukupnya peringatan. Jika luput waktu, jika dikeluarkan menjadi sedeqah sebagaimana sedeqah yg lain. Inilah pendapat ahli Hadis dan Zahiri serta Salafiyah (Syaykh Ali Hasan Abdul hameed, Ahkam 'Iidayn)
b. Jumhur fiqh madzhab mewajibkan qadha' zakat fitrah yg luput waktunya dgn kadar segera tanpa tangguh. (Imam Nawawi, alMajmu': 6/115; Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 3/66)
Pendapat yg rajih:
Lagi sekali madzhab ahli hadis.
Dalilnya: HR Abu Daud, dan Ibn Majah dari Ibn Abbas ra," Barangsiapa yg menunaikan (zakat) sebelum solat, diterima zakatnya, b/siapa yg menunaikan selepas itu, maka ia sekadar sedeqah shj"
Tapi beramal dgn pendapat jumhur juga valid dan sah kerana kemuktabarannya. WA

3 comments:

Anonymous said...

Assalam mu'alaikum.

Boleh saya tanya? Jika seseorang itu dahulunya meninggalkan solat bertahun-tahun lamanya, apakah maksudnya dia tidak perlu mengqada'?

Sekian.

aizuddin said...

Tidak perlu qadha solat itu mengikut Sheikh Ibn Taimiyah adalah dengan jalan taubat dengan sebenar benar taubat, perbanyakan solat dan puasa sunat mengikut unjuran Rasulullah SAW. Perbanyakan membantu fakir miskin... mohon keampunan Allah, yakin kerana Allah maha pengampun...

Dah terlalu banyak memang tak terganti dah... lagi hujah tidak ada qadha solat adalah lebih menepati sunnah... wallahu'alam..

Anonymous said...

boleh saya tanya..jika seseorang itu lupa untuk membayar zakat fitrah atau sengaja tidak membayar selepas solat aidil fitri..dan sebelum masuknya ramadhan pada tahun hadapannya baru dia teringat akan perihal itu..apa tindakan yang sepatutnya dilakukan ?

Post a Comment