Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab kemusykilan anda sekadar yang mampu, Insyallah.
Sebagaimana yang kami telah sentuh didalam jawapan SJ-2631 yang lalu, kafiat Sujud Syukur sama dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama' mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.
Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:
{{أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى }}
"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)
Pelbagai cara melaksanakan sujud syukur ini barangkali mungkin disebabkan dilakukan oleh mereka yang berlainan mazhab. Di al-ahkam, persoalan sujud syukur ini telah banyak diperbincangkan. Dibawah ini kami paparkan beberapa url SJ yang telah jawab Sheikh THTL (Sila klik di link tersebut).
1.SJ-1852: [U] Sujud Syukur & Sujud Tilawah
2.SJ-1935: [U] Sujud syukur
3.SJ-1617: Sujud Syukur
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Dari pandangan ulama' salaf pula, Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :
: يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى
"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
Adalah dimaklumkan bahawa Sujud Syukur tidak boleh dilakukan ketika didalam solat, kerana ia bukan dari bahagian-bahagian solat.
-----------
wallahu 'alam
-wassalam
Rujukan :
1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000. ms 266.
2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 - 120.
2 comments:
Assamualaikum!
Saya ada 3 kemushkilan:
1) Perlukah mengambil Wudhuk?
2) Bagi wanita perlukah tutup aurat seperti solat farthu atau tak perlu?
3) Bolehkah wanita didalam keadaan haid sujud syukur?
Jazakamullah Khoir!...
sila baca jawapan:
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/03/ikhtikaf-dan-sujud-ketika-haid.html.
WA
Post a Comment