Friday, January 23, 2009

Duduk Tasyahud Bagi Solat 2 Rakaat

Salam mengenai ddk tasyahud..saya ade terbaca dlm buku sifat solat nabi syeikh nasaruddin al-albani mengatakan nabi ddk tasyahud bg solat 2 rakaat shj, tdk menempelkan punggung ditanah..bleh ke sy amalkan...utk solat subuh?? and solat2 sunat yg lain..sekian.. Yellow Rolleyes

******************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Menurut Syeikh Nasyiruddin Al-Albani rh :-

"..Maka jika Solat itu 2 rakaat seperti Subuh, "Duduknya adalah secara iftiraasy"[1], sebagaimana duduk diantara 2 sujud, dan begitulah "duduk didalam tashahud awal"[2] didalam Solat yang mempunyai 3 rakaat atau 4 rakaat".[Sifat Solat Nabi, ms 156]. Merujuk kepada hadith - [1] Al-Nasaa'i (1/173), dengan sanad sahih [2] Al-Bukhari dan Abu Daud].

Berikut penerangan mengenai cara duduk tashahud tersebut, iaitu :-

1. Al-Iftiraasy - Duduk dengan menegakkan kaki kanan, dan duduk atas kaki kiri, tangan kanan diletakkan di atas peha kanan dengan menggenggam semua jari kecuali jari telujuk untuk berisyarat.[Majmu' Fataawa Abd Aziz bin Baaz 4/210]

2. Al-Tawarruk - Duduk dengan meletakkan tapak kaki kiri di bawah betis kaki kanan dan kemudian mendudukkan punggung di atas tanah, sedangkan kaki kanan tegak, berdasarkan hadith yang bersumber dari Abu Humaid. [Majmu' Fataawa Abd Aziz bin Baaz 4/211-212]

Jumhur ulama', iaitu qaul Imam Ahmad, al-Syafie dan Abu Hanifah berpendapat bahawa bagi Tashahud awal bagi solat yang 4 dan 3 rakaat adalah duduk secara Iftiraasy.

Mereka khilaf didalam bab cara duduk di Tashahud Akhir bagi solat yang mempunyai 3 dan 4 rakaat.

- Imam Ahmad berpendapat bahawa, bagi Tashahud awal, Solat yang mempunyai 2 rakaat, cara duduknya adalah Iftiraasy. Bagi Tashahud akhir bagai solat yang mempunyai 3 dan 4 rakaat, cara duduknya adalah Tawarruk.

- Bagi al-Syafie, kesemua cara duduk pada Tashahud akhir adalah Tawarruk.

- Bagi Mazhab Malik, mereka akan melakukan duduk cara Tawarruk didalam semua keadaan.

Walaubagaimanapun, ulama' bersetuju bahawa mereka yang melakukan duduk secara Iftiraasy atau Tawarruk pada tashahud akhir adalah sah solatnya. Imam Ahmad rh menyebut bahawa kedudukan cara duduk Nabi saw yang berbeza ditahiyat akhir memang disokong dengan dalilnya. Suruhan ini menunjukkan perkara ini LUAS (tidak sempit) [Sifatu Solaati al-Nabii saw, Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Thoriifii, ms 136-137].

Kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk melakukan duduk secara Iftiraasy didalam Tashahud Akhir. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

as salam.
soalan 1:apakah hukum sekiranya tersalah membaca tahyat akhir pada kalimah Wa'ala a-li Muhammad. iaitu a-li ditambah a-lihi.adakah sah solat saya?

soalan 2:sy amat keliru dengan ayat terkhir iaitu Fil 'a-lamina innaka hamidummajid...adakah hamidun majid atau hamidum?apakah sah solat jika salah baca?

Post a Comment