Salam, saya ada terbaca alitantawi tulis yg bersedekap didada yg ditegaskan albani, tidak boleh dijadikan hujah.. dan saya hanya inginkan kepastian, apakah hujah alitantawi, mengenai hal ini. sekian. maaf sekiranya pertanyaan ini kurang menyenagkan..saya hanya inginkan kepastian. sekian. Yellow Rolleyes
*********************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Jawapan kepada hadith-hadith meletak tangan diatas dada boleh dirujuk pada artikel dibawah ini :-
MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15415
Artikel ini disusun oleh sdr Abu Ismail berdasar perbincangan Dr Mahir Yasin al-Fahl di forum Mutaqa ahl al-hadith dan artikel Ustaz Anwaruddin. Perbincangan diforum diatas menjadi sumber pemangkin Ust Alitantawi mengutara pendapat ini.
Kesimpulannya adalah hadith-hadith yang menyatakan letak tangan datas dada menurut Dr Mahir Yasin dan Syeikh Abdul Aziz Marzuq al-Thorifi mempunyai kecacatan masing-masing, berdasar kajian yang telah dilakukan oleh ulama' mutaqaddimin (ulama' hadith dari kalangan salaf).
Imam al-Tirmudzi rh berpendapat bahawa permasalahan ini LUAS dan tidak perlu disempitkan. Apa yang disarankan oleh Imam Mazhab yang empat adalah amalan-amalan yang dilakukan oleh para ulama' salaf. Syiekh al-Thorifi menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Ulama' Salaf dari kalangan sahabat dan Tabien, iaitu meletakkan tangan atas dada, atas pusat, atau atas perut dsb, tidak ada masalah baginya [Sifatu Solaati al-Nabii saw, Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Thoriifii, ms 89-90]. WA.
Sekian, wassalam
p/s - Minta ma'af saya menjawab bagi pihak Ust Alitantawi kerana beliau telah berpindah dari Forum Fiqh ke Forum Hadith.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment