Thursday, June 17, 2010

KENAPA SOALAN AGAMA TERLALU LAMBAT DIJAWAB

Jawapan dari Ustaz Abu Umair dari Al-Ahkam.net.

Postby Abu_Umair »

Waalaikumussalam..

- Pertama, kami memohon kemaafan yang tidak terhingga kepada pengunjung-pengunjung yang menghantar soalan feqah, dan masih tidak terjawab.

- Kami bukan sengaja mahu mengecewakan sahabat-sahabat yang menghantar soalan. Tetapi kami sangat-sangat beringat bahawa menjawab soalan feqah adalah amanah besar, kerana ia berkait dengan memberitahu hukum ALlah.

- Ditambah lagi dengan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, "Orang yang paling terkedepan dalam memberi fatwa, dialah yang paling terkedepan atas api neraka".

- Ibn Mas'ud berkata, "Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya, adalah orang gila".

- Kata Ibn Abi Laila, "Aku menemui 120 orang ansar dari kalangan sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila salah seorang ditanya masalah, dia akan menolak supaya diaju kepada yang lain. Yang lain pula menolak supaya diaju kepada yang lain, sehingga kembali kepada orang pertama".

- Al-Sakhtiyani berkata, "Orang yang paling pantas memberi fatwa, dialah yang paling sedikit ilmunya tentang khilaf ulama".

- Kita sepatut lebih malu kepada Imam Malik, yang pernah disoal dengan 50 masalah, beliau tidak menjawab walau satu soalan pun. Imam Malik berkata, "Sesiapa yang mahu menjawab, maka sebelum menjawabnya hendaklah merentangkan dirinya di atas syurga dan neraka, dan bagaimana kesudahannya di akhirat, barulah dia menjawab".

- Imam Malik juga pernah disoal satu masalah, lalu dia menjawab "Aku tidak tahu". Lalu dikatakan kepada Imam Malik, "Ini masalah mudah sahaja". Imam Malik marah dan berkata, "Dalam ilmu tidak ada suatu pun yang ringan".

- Berkata al-Khatib, "Sedikit sahaja orang yang gemar memberi fatwa, berlumba-lumba memberi fatwa, dan senantiasa memberi fatwa, kecuali kuranglah taufiq Allah kepadanya".

- Imam Sahnun pernah disoal satu masalah oleh seorang lelaki. Lalu tiga hari lelaki itu berulang-alik kepada Sahnun dan mendesaknya, "Soalan aku, -semoga Allah membaikkan urusanmu-".

Sahnun berkata, "Wahai sahabat, apa yang boleh aku lakukan dengan soalanmu. Ia rumit. Dalamnya ada banyak pendapat. Dan aku kebingungan padanya".

Lelaki itu berkata, "Kamu (layak menjawab) untuk semua soalan yang rumit".

Sahnun berkata, "Jauh sekali wahai anak saudaraku. Kata-katamu itu bukanlah lebih mendedahkan kamu daripada daging dan tulangku kepada api neraka. Alangkah banyak apa yang aku tidak mengetahui".

Sahnun berkata lagi, "Kalau kamu sabar, aku harap kamu boleh kembali semula dengan persoalan kamu ini. Kalau kamu mahu bertanya kepada orang lain selainku, pergilah dan masalah kamu itu mungkin dijawab segera dalam masa sekejap sahaja".

Ibn Solah berkata, "Dalam kalangan mereka ada yang melambat-lambatkan menjawab soalan yang dia tidak ragu padanya (yakni: tahu jawapannya), dan mereka bertawaqquf dalam masalah yang mudah yang dia boleh menjawabnya".

- Saya merasakan nukilan-nukilan di atas daripada tokoh ulama besar, boleh kiranya dijadikan alasan kami mengapa banyak soalan-soalan feqah yang masih tidak berjawab.

- Setakat yang kami mampu, kami akan cuba membantu pengunjung menyelesaikan masalah-masalah mereka. Tetapi apa yang kami tidak mampu, maka LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Wallahu A'lam

14 comments:

abu said...

salam.. nk minta izin post di note FB.. sebab byk sgt org yg suke mengeluarkn pndapat. mungkin ade yg main jawab je tanpa ilmu dan sumber yg btl

Admin said...

silakan tak ada masalah....

Anonymous said...

mohon share ea....

Anonymous said...

salah ke?
kongsikan ilmu..atau perlu fakih ilmu tu baru kongsi..
mcm mane dgn kongsep :
"yuballiru inni walauayah"

Anonymous said...

Mana2 soalan yg agak luar biasa tu, mmg patut pun lambat dijawab. Sementara dia tunggu jawapan tu, nasihatkan supaya stick pada amalan yg disepakati mejoriti ulamak.

Sebab kalau baca pendapat2 ulamak2 tersohor dulu2 memang banyak, org2 ni pulak tak sama Allah beri tahap pemikiran & tangkapan, ada yg semakin terbuka & dapat ilmu & ada yg semakin pening.

Jadi stick le pada atas ilmu yg diyakini masa kini. Tanpa menidakkan pendapat2 ulamak tersohor yg banyak & pelbagai tu..(Ini yg aku amalkan, sbb klu banyak sangat nak ikut aku pun pening, so pelan2)

Cuma jgn cepat menghukum, boleh jadi kita yg masih jahil.

Aku beri contoh, org masbuk. Bila imam salam dia pun salam sdngkan dia lum cukup rakaat. Bila dia sedar (dlm tempuh tak terlalu lama), cepat2 dia sambung. Dulu2 aku akan ulang semula solat sbb masa tu ilmu lum ada.

So yg tak tau, terus kata, 'mana boleh awak sambung, kena ulang'. Rupa2 nya ilmu dia yg lum sampai.

Anonymous said...

Tahniah, cikgu kerana menyediakan ruang ini yang dapat memantapkan pemahaman kita sebagai umat Islam.

Anonymous said...

Tahniah, cikgu kerana menyediakan ruang ini yang dapat memantapkan pemahaman kita sebagai umat Islam.

Umum said...

Assalamualaikum usraz,
saya nak tanya tentang bacaan qunut solat subuh, adakah kalau tertinggal melakukannya saya kena sujud sahwi, itu lah yang saya tau, baru baru ini sayasolat subuh jemaah, imam tidak membaca qunut, saya fikir imam terlupa dan tidak ada makmum menyebut subhanallah saya agak jauh kebelakang, selepas imam salam saya pun melakukan sujud sahwi. selesai solat dan berdoa imam memberi kuliah subuh dsn menyentuh pasal bacaan qunut, katanya bacaan qunut pada solat subuh tak baca pun takpe baca pun takpe. dalam masalah ini betul ke kata imam tu ustaz, pasal kata imam itu kita kena banyak membaca kitab.
harap ustaz beri penjelasan
sekian terima kasih.. wassalam

Umum said...

Assalamualaikum usraz,
saya nak tanya tentang bacaan qunut solat subuh, adakah kalau tertinggal melakukannya saya kena sujud sahwi, itu lah yang saya tau, baru baru ini sayasolat subuh jemaah, imam tidak membaca qunut, saya fikir imam terlupa dan tidak ada makmum menyebut subhanallah saya agak jauh kebelakang, selepas imam salam saya pun melakukan sujud sahwi. selesai solat dan berdoa imam memberi kuliah subuh dsn menyentuh pasal bacaan qunut, katanya bacaan qunut pada solat subuh tak baca pun takpe baca pun takpe. dalam masalah ini betul ke kata imam tu ustaz, pasal kata imam itu kita kena banyak membaca kitab.
harap ustaz beri penjelasan
sekian terima kasih.. wassalam

mizi said...

Assalamualaikum ustaz...
Saya pernah solat fardhu maghrib dgn seorang yg kebetulan mahu solat maghrib juga di salah satu surau dan dia telah mengimami solat maghrib trsebut..
Di dalam rakaat pertama sesudah al-fatihah dibaca,dia telah membaca ayat kursi.
Di dalam rakaat kedua pula selepas al-fatihah dibaca,dia telah membaca surah 3 Qul iaitu al-ikhlas diikuti al-falaq dn an-nas..
Selepas itu,pada mlm berikutnya saya meniru pembacaan trsbt utk dibaca ketika solat fardhu sndirian di rumah semasa solat isyak..

Selepas beberapa ketika timbul kemusykilan trhdp diri saya dn solat jemaah yg telah sy ikut trsebut..
Adakah sah dan apa hukumnya dibacakan 3 surah sekaligus dlm solat fardhu maupun lebih drpd satu surah selepas al-fatihah dibaca?sbb yg mnjadi kemusykilan sy slps itu adalah sunnah dibaca surah yg lbh panjang pada rakaat prtama brbnding rakaat kedua dn hanya satu surah dipilih pd rakaat prtama dn kedua slps al-fatihah dbaca..

Mohon pencerahan..timakasih..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz saya sering was2 dalam solat dan selalu kentut2..saya terpaksa mengambil wudhuk berkali kali kerana sering terkentut tapi saya tidak pasti adkah itu kentut.oleh itu saya selalu menahan kentut.. tapi saya tahu perkara tersebut adalah makruh.jika solat berjemaah saya selalu ulang semula solat kerana tidak yakin.. oleh itu saya jarang solat berjemaah kerana selalu mengambil wudhuk berulang kali.boleh ustaz jelaskan supaya saya dapat solat dengan yakin..

Unknown said...

Asik2 beri alasan aje. Kalo susah atau tak blh jwt beri saja kata yg benar dan bkn beri perbagai mcm alasan kata2 hikmah dari org2 lain. Tak tahu nak jwb kata tak tahu atau beri rujukan pd siapa yg tahu dan yg berilmu.

Unknown said...

Assalammualaikm, sy nak tnya . Jika kita tinggal 1 solat dari lima adakah yg 4 itu batal ?

Anonymous said...

Tak Lekang Karena Terik dan Tak Lapuk Karena Hujan

PESAN ABADI RASULULLAH

Post a Comment