Thursday, June 25, 2009

Terlewat Solat Isyak

Terlewat Solat Isyak

Disiarkan pada Oct 19, 2007 dalam kategori Fatwa |


Soalan: Saya sering tertidur ketika menyusukan anak. Sehingga kadang-kala apabila saya bangun sudah pukul 4 atau 5 pagi iaitu menghampiri subuh sedangkan saya belum menunaikan solat Isyak. Bagaimanakah kedudukan solat saya?.

Jawapan: Dalam hadith yang sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, baginda s.a.w. bersabda: “Adapun sesungguhnya bukanlah pada tidur itu kecuaian, namun kecuaian itu pada sesiapa yang tidak menunaikan solat sehingga masuknya waktu yang lain”.

Waktu solat Isyak berterusan sehingga masuknya waktu subuh. Walaupun begitu berdasarkan hadith-hadith menunjukkan waktu patut ditunaikan solat Isyak ialah berlanjutan sehingga pertengahan malam sahaja. Adapun selepas pertengahan malam sehingga ke masuknya subuh ialah waktu yang diizinkan atau untuk keperluan sahaja. Namun dinasihatkan sekiranya khuatir terlepas waktu solat maka hendaklah menunaikan sebelum tertidur.

0 comments:

Post a Comment