saya ada kemusykilan dengan tuma'ninah dalam solat. Setahu saya tuma'ninah yang masa belajar kat sekolah berhenti seketika sepanjang perkataan subhanallah masa rukuk, i'tidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Saya musykil bila masa ramadhan tengok imam mekah kat tv selalu masa dia i'tidal dia gerak banyak cnth betul2 baju, kain serban seolah2 takde tuma'ninah dan terus sujud.
Apakah makna tuma'ninah sebenarnya? Kawan saya kata mazhab hanafi takde tuma'ninah, betul ke ustaz? Sekadar nak lebih berilmu dan lebih khusyu' ketika solat.
Wassalam.
**************
Salam
Mengenai tuma’ninah (الطمأنينة), terdapat 2 kitab yang membahaskannya, antaranya Nailul Awthar Syarh Muntaqa Al-Akhbar Li As-Syaukani dan Fathul Bari Li Ibn Hajar Al-Asqalani. Tuma’ninah bermaksud ketenangan. Inilah sebenarnya objective solat, utk mencapai ketenangan. Kalau tidak ada tuma’ninah, maka tiada ketenangan dlmnya. Nabi S.A.W pernah bersabda, "Seburuk2 pencuri ialah pencuri dlm solat." Siapa pencuri dlm solat? Yakni, "mereka yang gagal menyempurnakan ruku' dan sujud." (Riwayat Ibn Khuzaimah, Ahmad, At-tabarani dan Al-Hakim dan isnadnya adalah sahih memenuhi syarat Bukhari dan muslim).
jadi tuma'ninah itu dlm erti kata yang sebenarnya ialah melakukan ruku' atau sujud dgn sempurna. Org yg tergesa2 tidak akan sempurna ruku' dan sujudnya.
نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار
باب السجدة الثانية ولزوم الطمأنينة في الركوع والسجود والرفع عنهما
عن أبي هريرة: (أن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم دخل المسجد فدخل رجل فصلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وسلم فقال: ارجع فصل فإنك لم تصل فرجع فصلى كما صلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم فقال: ارجع فصل فإنك لم تصل فرجع فصلى كما صلى ثم جاء فسلم على النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم فقال: ارجع فصل فإنك لم تصل ثلاثًا فقال: والذي بعثك بالحق ما أحسن غيره فعلمني فقال: إذا قمت إلى الصلاة فكبر ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن ثم اركع حتى تطمئن راكعًا ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدًا ثم ارفع حتى تطمئن جالسًا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدًا ثم افعل ذلك في الصلاة كلها).
Hadith ini menerangkan seorang sahabat yg masuk ke masjid dan sembahyang terburu2 tanpa ada tuma’ninah. Lalu Nabi S.A.W suruh dia ulangi solat itu sampai 3 kali sehinggalah lelaki itu menyempurnakan rukuk dan sujudnya dgn tuma'ninah:
ثم اركع حتي تطمئن راكعا..رواه البخاري مسلم
" ... kemudian ruku'lah kamu sampai kamu ketenangan (tuma'ninah) dalam keadaan ruku'."
ثم اسجدحتى تطمئن ساجدا..روه البخاري ومسلم
"Kemudian sujudlah kamu sampai kamu ketenangan(tuma'ninah) dalam sujud."
------------------------
نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار
قوله (ثم اركع حتى تطمئن) في رواية لأحمد وأبي داود: (فإذا ركعت فاجعل راحتيك على ركبتيك وامدد ظهرك ومكن ركوعك).
Sabda baginda S.A.W: “Kmdn ruku’lah sehingga mencapai ketenangan(tuma’ninah)”
Dalam riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud menyebut, “Jika seseorang itu ruku’, lutut
hendaklah direhatkan(tidak bengkok) dan belakang ditegakkan dan bongkok.”
قوله (ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا) في رواية لابن ماجه: (تطمئن) وهي على شرط مسلم وأخرجها إسحاق بن راهويه في مسنده وأبو نعيم في مستخرجه والسراج عن يوسف بن موسى أحد شيوخ البخاري.
Sabda baginda: “Kmdn bangun sehingga dia tegak dlm berdiri”
Ia turut riwayat Ibn Majah: (Tuma’ninah) Di mana riwayat itu memenuhi syarat Muslim dan disampaikan oleh Ishaq bin Rahawaih dlm Musnadnya dan Abu Nuaim dlm takhrijnya
Mengenai I’tidal, tuma’ninahnya ialah sekadar berdiri tegak sahaja. Ini disebut dlm hadith riwayat Imam Ahmad. Itu sudah cukup memenuhi rukun tuma’ninah.
حدثنا يحيى بن آدم حدثنا عامر بن يساف حدثنا يحيى بن أبي كثير عن عبد الله بن بدر الحنفي عن أبي هريرة قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينظر الله إلى صلاة رجل لا يقيم صلبه بين ركوعه وسجوده
Meriwayatkan dari Yahya bin Adam meriwayatkan Amir bin Yusaf meriwayatan dari Yahya bin Abi Kathir dari Abdullah bin Badar Al-Hanafi dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada solat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya di antara ruku' dan sujudnya." (Hadith Riwayat Ahmad dengan isnad sahih)
Rujukan:
1. http://al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=253&CID=48
2. Fathul Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani
_________________
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. JKK Ustaz Zayed yang mengemukakan pandangan ulama' hadith mengenai toma'ninah. Menurut Dr Wahbah Zuhaily :-
أقل الاطمئنا في الركوع : هو أن يمكث في هيئة الركوع حتى تستقر أعضاؤه راكعا قدر تسبيحة في الركوع والسجود و في الرفع منها.
"kadar minima toma'ninah didalam rukuk : ialah berada dalam keadaan tidak bergerak kesmua anggota-anggotanya dengan kadar sekali tasbih dalam ruku dan sujud, dan bangkit dari melakukan kedua-duanya" - [Al-Fiqh Al-Islami 1/657]
Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam membincangkan kadar toma'ninah, katanya :-
وحدّ الطمأنينة المشروطة قد اختلف فيه العلماء . فمنهم من جعل أدناه أن يكون مقدار تسبيحة كأن يقول: سبحان ربي الأعلى مثلاً . وبعضهم - كالإمام شيخ الإسلام ابن تيمية اشترط أن يكون مقدار الطمأنينة في الركوع والسجود نحو ثلاث تسبيحات، فقد جاء في السنة أن التسبيح ثلاث، وذلك أدناه فلابد أن تطمئن بمقدار ثلاث تسبيحات ... ويقول الله عز وجل: (قد أفلح المؤمنون . الذين هم في صلاتهم خاشعون). (المؤمنون: 1، 2).
"dan had(kadar) toma'ninah terdapat perselisihan diantara beberapa ulama'.... Ada yg menjadikan tasbih sebagai bilangan masanya sebagaimana katanya :"Subhana Rabbiyal 'ala". (Maha suci engkau yg Maha Tinggi) sebagai contoh. Ada yg lain pula, seperti Sheikul Islam Ibnu Taimiyyah meletakkan syarat jangkamasa toma'ninah didalam ruku' dan sujud berjumlah 3 kali tasbih... maka telah datang menjadi sunat membacanya 3 kali, dan sekurang-kurangnya tidak boleh lari darinya toma'ninah dgn dapat dipastikan dengan menyebut 3 kali tasbih.... dan firman Allah swt :"Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat" - Surah Al-Mukminun 1,2. "
Toma'ninah didalam ruku', 'itidal, sujud dan duduk diantara dua sujud bagi Mazhab Hanafi hukumnya wajib dan bukan fardu. Dengan katalain, meninggalkannya tidak membatalkan solat. Bagi jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie, Toma'ninah didalam ruku' , sujud dan duduk diantara 2 sujud adalah Fardu, dan ia merupakan rukun solat. Tanpa Toma'ninah, solat tidak sah. Menurut Mazhab Syafie, sujud tanpa 'itidal tidak sah dan batal solat, sebagaimana hadith :-
ثم ارفع حتى تعتدل قائمًا
"kemudian bangkitlah sehingga tegak berdiri".
Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga mensifatkan, solat yang tidak ada toma'ninah tidak ada maknanya, katanya :-
وهو الخشوع والطمأنينة وإتمام الركوع والسجود، ولا معنى للصلاة بغيرها،وقد قال تعالى:{قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون}سورة المؤمنون:1،2
"Khusyuk dan toma'ninah, serta kesempurnaan didalam Ruku' dan Sujud, Solat tidak ada makna tanpanya, dan Allah telah berfirman : 'Berbahagialah orang mukmin. Mereka adalah orang khusyuk apabila melakukan solat'-[Surah Al-Mukminun 1,2]" -[Fatawa Mu'aasyirah 3/538].
Kesimpulannya ialah, toma'ninah merupakan rukun (fardu) bagi jumhur ulama', tetapi hanya wajib bagi mazhab Hanafi. Bagi jumhur ulama, solat tanpa toma'ninah adalah tidak sah. Kadar toma'ninah menurut sebahagian ulama adalah sekadar satu bacaan tasbih, manakala Sheikh Al-Islam menyatakan dengan kadar 3 kali tasbih. Kita bersangka baik kepada para Imam di Masjid Al-Haram, dimana didalam perbuatan bangun dari ruku', iaitu melakukan 'itidal hanya disyaratkan berdiri tegak sebentar sahaja. Nabi saw mensifatkan orang yang mencuri didalam solat adalah orang-orang tidak melakukan toma'ninah didalam sujud dan ruku'. wallahu'alam.
wassalam
=============
Rujukan :
1. Dr Wahab Zuhaily. Al-Fiqh Al-islami wa adillatuh - 1. cetakan ke 3. Damsyik : Dar Al-Fikr. 1989.
2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'aasyirah - 3. cetakan ke 2. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2002.
4 comments:
Assalamua'laikum...
Saya ada sedikit kemusykilan...berkenaan tuma'ninah ketika i'tidal...berdasarkan jawapan di atas katanya...tuma'ninah ketika i'tidal hanya sekadar berdiri tegak sahaja...sekiranya sudah berdiri tegak tetapi tangan masih lagi terbuai2 apabila baru bgn dari ruku' (tidak diletakkan dgn kemas di sisi peha) adakah itu masih dikira tuma'ninah...
Majoriti muslim tidak kiralah apa bangsa dan negara lebih mementingkan bacaan(sunat muakad) dalam iktidal, ruku', sujud dan duduk antara dua sujud lebih dari rukun tumakninah yang wajib. membaca bacaan tidak dikira tumakninah. untuk mendapatkan ketenangan dari tumakninah adalah ditegaskan supaya berhenti bernafas untuk memastikan semua anggota tidak bergerak. berhenti bernafas bukan bermakna tahan nafas, tetapi lebih kepada teknik pernafasan seperti yang dipraktikkan dalam yoga.
Selain daripada ia adalah kewajipan solat itu sendiri, solat merupakan pergerakan2 tubuh badan dan teknik pernafasan untuk menghasilkan ketenangan. itu adalah tujuan sebenar solat diturunkan kepada umat akhir zaman tidak pada umat sebelumnya kerana umat akhir zaman akan melalui kehidupan yang sukar dan tidak menenangkan(anxiety). Sama2lah memperbaiki solat kita,
kurangkan bebanan pada bacaan rukun jika tidak dapat menyempurnakan tumakninah yang wajib(hukum sah solat).
waktu saya duduk antara dua sujud, tangan saya mengelap peluh di dahi kemudian terus kembali sujud . adakah terdapat tomakninah di situ ?
Selepas qunut wajib thukmaninah x?
Post a Comment