Friday, January 23, 2009

Telekong Berwarna

Sembahyang dengan telekong berwarna

Assalamualaikum...

Saya ingin mendapat kepastian tentang pemakaian telekong seorang wanita semasa sembahyang...Boleh kah saya mengenakan telekong berwarna selain warna putih....Minta penjelasan...

*************************
al-jawhar
Panel Feqh
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Tidak ada salahnya jika menggunakan telekong yang berwarna selain dari warna putih.Ini kerana syarat sah sembahyang ialah menutup aurat.Maka sebarang pakaian yang boleh menutup aurat dengan baik dan sempurna adalah dibolehkan untuk kita menggunakannya.

WA

bacaan surah dlm solat

Salam..

Ana ad bce bk sifat shalat nabi yg d'tulis nasiruddin al-albani r.h.. tp ana ad skt kekeliruan..sbb d'dlm bk i2 d'ajrkn solat m'ikt sunnah..tp dlm bacaan surah ana lihat nabi spt m'khususkn bacaan surah dlm setiap wak2 solat..ana keliru adkah blh d'bcekn surah ap2 shj dlm ap2 wak2 solat??mcmnr bg org yg x hafal surah 2?

**********************
al-jawhar
Panel Feqh
Salam....

Memang terdapat dalil atau hadis yang menceritakan jenis-jenis surah yang dibaca oleh Rasulullah saw selepas bacaan Ummul Quran , samada dalam sembahyang fardhu mahupun sembahyang sunat.

Walaubagaimana pun , ianya bukanlah satu perkara yang wajib dilakukan.Anda boleh membaca mana-mana surah yang termampu dan terdaya dibaca dalam mana-mana solat fardhu atau sunat.Malah jika tidak membacanya juga (surah-surah) , sembahyang anda tetap sah dan in sya Allah diiterima oleh Allah swt.Ini kerana , membaca surah selepas al-Fatihah bukanlah termasuk dalam rukun atau perlakuan sembahyang yang perlu dijaga dan dilaksanakan.Ianya merupakan perkara sunat sahaja.

Apa yang pastinya , jika sesutau yang dilakukan adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah saw , adalah suatu perbuatan yang lebih baik.

WA
_________________
Abu_syu'aib
Panel Feqh
Nabi kata:

Bacalah apa-apa yang mudah bagu kamu daripada Al-Quran...

bacaan jahar zohor & asar utk tujuan pendid

salam ustaz,

ada sebuah sekolah rendah agama di tempat sy, apabila tiba time solat zohor n asar, seorang wakil pelajar (giliran) akan dipilih utk mengimami solat bersama2 pelajar2 yg lain. imam ini dimestikan membaca dgn jahar sehingga didengari makmum yg lain.

ulasan pihak sekolah- adalah bg tujuan pendidikan. lama2 mereka dengar, insyaAllah, akan melekat bacaan di fikiran. logik jgk...

apakah pandangan hukum islam terhadap keadaan ini...?
sekian, wassalam

****************
al-jawhar
Panel Feqh
Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Bagi kami tidak ada salahnya solat zohor dan asar tersebut dibaca jahr atas tujuan pendidikan.Lebih-lebih lagi ianya dilakukan di Sekolah Rendah Agama yang mana kebanyakkan murid-muridnya masih lagi belum mencapai ‘aqil baligh yang mana tempoh sebelum aqil baligh ini adalah sememangnya dalam proses pembelajaran.

Berkata As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam :

Membaca secara perlahan bagi solat zohor dan asar adalah lebih utama / afdhal.Walaubagaimana pun tidak mengapa jika membaca surah al-fatihah dan ayat-ayat daripada sebahagian surah selepas al-fatihah dengan kuat atas dasar maslahah seperti untuk tujuan pendidikan dan peringatan.Ini kerana Rasulullah saw pernah menguatkan bacaan sesetengah ayat dalam sesuatu surah dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada para sahabat pada ketika itu. ( Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , Kitab as-Solat , bab Sifat Solat )

WA

1 comments:

nekma said...

adakah boleh sembahyang tanpa memakai telekong sembahyang tetapi menggantikannya dgn jubah atau baju kurung ketika di mekah?

Post a Comment