Friday, January 2, 2009

Solat Sunat Selepas Terbit Matahari

Assalamualaikum.

Di sini saya ada beberapa kemusykilan. saya ada terndengar dlm satu penyampaian ada hadith yg mengatakan bahawa barang siapa yg solat subuh dgn berjamaah dan terus duduk sambil berzikir setelah selesai solat sehinggalah terbit matahari dan kemudiannya solat sunat 2 rakaat, Allah s.w.t akan beri ganjaran seolah2 dia mengerjakan haji/umrah yg diterima. Dan jika dia bersolat 2 rakaat lagi, Allah s.w.t akan selesaikan segala keperluannya pada hari tersebut.

Soalan saya:

1. apakah status hadith tersebut.
2. apakah solat-solat sunat yg dimaksudkan dlm hadith
tersebut.
3. apakah perbezaan diantara solat sunat
ihsrak dan dhuha? bilakah masa nak menunaikannya?
--------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdr KkBinjai diatas soalan diatas, dan kami mengucapkan Ahlan wa sahlan dan Selamat mengunjung ke al-Ahkam. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan semampu yang mungkin. Untuk makluman sdr, soalan no:3 telah pun kami jawab didalam SoalJawab yang lepas.

1. Hadith diatas adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmudzi mengatakan bahawa Nabi saw bersabda :-

من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة . قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : تامة تامة تامة

"Barangsiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolat 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah saw berkata : "sempurna, sempurna, sempurna". (Didalam Al-Jumu'ah 535)

Hadith ini dikelaskan sebagai HASAN oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan al-Tirmudzi, 480.

2. Yang dimaksudkan solat sunat disini ialah Solat Sunat Isyraaq atau Duha.

3. Solat Sunnat Isyaaq dan Solat sunat DUHA adalah sama sahaja. Jawapannya telah kami jawab didalam SoalJawab url dibawah, Sila klik untuk mendapatkannya:-

Kami ulangi petikan dari url diatas ini :-

a. Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :

من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...

".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"

Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :

بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق

"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"

b. Sheikh Abdul Aziz bin baaz (majmu' fataawa, 11/401) mengatakan :
صلاة الإشراق هي صلاة الضحى في أول وقتها .

"Solat Isyraaq ialah Solat Duha diawal waktunya"

Secara ringkas bahawa kedua istilah Solat ini menunjukkan Waktu atau masa sejenis Solat sunat itu dilakukan. Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya. Duha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari. Dengan kata lain Solat Duha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan sebagai Solat Al-Isyraaq dan selepas itu dinamakan Duha. Selain dari Imam Syafie, mazhab lain juga menamakan Solat Duha ini sebagai Solat Awwaabiin. Wallahu'alam

-wassalam-
------------------------
Rujukan :-

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997.

1 comments:

Unknown said...

salam,nak tanya adakah solat hajat diterima sekiranya solat fardu tak cukup?

Post a Comment