Friday, January 2, 2009

Solat Sunat 4 Rakaat

assalamualaikum..,
Mengenai solat sunat 4 atau 6 rakaat dengan satu salam. Ada pendapat menyatakan bahawa setiap rakaat hendaklah dibaca surah selepas fatihan. Bagaimana pulan dengan tahiyyat awal? ada atau tiada?..harap dapat memberi penjelaskan kepada saya yang muskil ini..wassalam
--------

Salam

Persoalan sdr agak umum dgn hanya mneyatakan solat sunat tanpa mengatakan solat malam ataupun siangnya. Tak mengapa kita jawab dua2 sekali.

Solat sunat malam

Saya senaraikan hadis2 yg berkaitan

1. Zaid bin Khalid al-Juhani berkata, "Pada satu malam, aku bercadang utk melihat Rasulullah saw mengerjakan solat malam. Aku dapati baginda bersolat 2 rakaat ringkas, kemudian 2 rakaat yg sangat panjang, kemudian 2 rakaat yg lebih pendek dari 2 rakaat yg terdahulu, kemudian 2 rakaat yg lebih pendek dari 2 rakaat yg terdahulu, kemudian 2 rakaat yg lebih pendek dari 2 rakaat yg terdahulu, kemudian 2 rakaat yg lebih pendek dari 2 rakaat yg terdahulu, dan kemudian 1 witir. Jumlahnya ialah 13 rakaat."[HR Malik, Muslim, Abu Uwanah, Abu Daud dan Ibn Nasr]

2. Dari Ibn Abbas ra katanya, "Aku bermalam di rumah Rasulullah saw ketika dia bersama Maimunah. Selepas 1/3 atau 1/2 malam, bagida bangun. Dia pergi ke sebah lopak air dan berwudhu' dan melakukan wudhu' bersamanya. Kemudian dia bangun mengerjakan solat dan aku bangun di sebelah kiri baginda. Beliau menarik aku ke sebelah kanannya dan kemudian meletakkan tangannya di atas kepala aku seperti menyentuh telinga untuk menyedarkan aku supaya peka. Baginda bersolat 2 rakaat ringkas dgn membacakan Ummul-Quran di setiap rakaat dan kemudian dia melakukan taslim. Selepas itu dia bersolat 11 rakaat termasuk witir. Kemudian beliau tidur sehingga bilal mengucapkan "Solat wahai Rasulullah!" Dia bangun mengerjakan solat 2 rakaat dan kemudiannya keluar mengimami makmum(subuh)."[HR Abu Daud]

3. Aishah ra berkata, "Apabila Rasulullah saw bangun di malam hari, beliau akan mulakan solatnya dgn 2 rakaat ringkas. Dia kemudiannya bersolat 8 rakaat dan eterusnya witir."[HR at-Tahawi, Muslim dan Abu Uwamah]

4. Aishah ra berkata, “Rasulullah saw akan tidur; kemudian apabila beliau bangkit, beliau akan membersihkan giginya dgn siwak dan berwudhu’. Dia kemudiannya akan bersolat 8 rakaat, duduk dan bertaslim di akhir setiap pasang rakaat, kemudian dia akan melakukan witir 5 rakaat tanpa duduk atau tanpa bertaslimsehingga ke rakaat kelima. Apabila azan subuh berkumandang, dia akan bangun utk bersolat 2 rakaat secara ringkas.”[HR Ahmad]

5. Aishah ra berkata, “Rasulullah saw selesai sembahnyanh Isya’ hingga fajar selalu bersembahyang 11 rakaat. Beliau bersalam antara tiap2 2 rakaat dan berwitir serakaat. Maka apabila muazzin selesai azan fajar dan fajar telah jelas dan muazzin datang kepada rasul, lalu beliau bangun bersembahyang 2 rakaat yg ringan. Kemudian beliau berbaring atas lambungnya yang kanan sehingga muazzin datang lagi memberitahukan bahawa sembahyang akan didirikan.”[HR Muslim, Abu Uwamah, Abu Daud, at-Tahawi dan Ahmad]

6. Dari Ibn Umar, “Seorang lelaki berdiri lalu berkata, “YA Rasulullah, berapa rakaatkah sembahyang malam?” Rasulullah saw menjawab, “Sembahyang malam itu dua-dua. Apabila engkau khuatir akan masuk waktu subuh, berwitirlah serakaat.”[HR Malik, al-Bukhari,Muslim dan Abu Uwamah]

7. Dari Abu Salamah bin Abd Rahman bahawa dia bertanya Aishah ra mengenai solat Rasulullah saw pada malam Ramadhan. Beliau menjawab, “Sama ada bulan Ramdhan atau selainnya, Rasulullah saw tidak pernah bersolat lebih dari 11 rakaat. Dia akan bersolat 4 –dan janganlah bertanya mengenai kebagusan dan panjangnya- Kamudian dia akan bersolat 4 –dan janganlah bertanya mengenai kebagusan dan panjangnya- Kemudia beliau bersolat 3 rakaat.”[HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dlln]

8. Al-Hasan menrangkan, “Bahawasanya Sa’ad ibn Hisyam berkata kpd Aisyah ra ujarnya, “Terangkanlah kpdku tetang witir Rasulullah saw.” Aishah menjawab, “Kami(para isteri) menyediakan utk Nabi saw sikat giginya, air sembahyangnya. Allah membangunkan beliau di malam hari itu bila Allah mengkehendakinya, lalu beliau menyikat gigi, berwudhu, dan bersolat 9 rakaat. Beliau tidak duduk pada salah satu dari 9 rakaat itu, kemudian beliau bersalam. Kami dapat mendengar suara salamnya. Sesudah itu beliau bersolat lagi 2 rakaat sambil duduk. Itulah 11 rakaat sembahyang rakaat beliau. Sesudah beliau beranjak tua dan badannya bertambah berat, beliaupun berwitir dgn tujuh rakaat. Dan beliau mengerjakan yang 2 itu spt yg pernah dilakukannya. Seluruhnya berjumlah 9 rakaat, wahai anakku. Dan Rasulullah saw sangat suka mengekalkannya. Dan apabila merasa sgt mengantuk, atau sakit tak dapat bangun utk bersembahyang malam, nescaya beliau kerjakan di siang hari 12 rakaat. Saya tidak mengetahui bahwa Rasulullah saw membaca al-Quran seluruhnya dalam satu malamdab eliau tidak mengerjakan solat malam semalam suntuk hingga subuh dan tidak berpuasa sebulan penuh terkecuali bulan Ramadhan..”[[HR Muslim, Abu Uwamah, Abu Daud, an-Nasa’I dlln]

Berdasarkan hadis2 di atas kita simpulkan cara Rasulullah saw bersolat malam.

Jumlah-----Rakaat-------------------No. dalil
13---------2,2,2,2,2,1--------------1,2,3
13---------2,2,2,5 ------------------4
11---------2,2,2,2,2,1--------------5,6
11---------4,4,3--------------------7
11---------9+2(selepas witr)--------8
9----------7+2(selepas witr)--------8

Maka dapatlah kita lihat bahawa Rasulullah saw kadang2 bersolat dua2 dan kekadang 4 terus. Namun begitu Imam Nawawi mengatakan adalah lebih baik dipisahkan sembahyang malam itu dua2 rakaat berdasarkan hadis ke-6 di atas.

bersambung......
_________________

Manakala sekiranya kita ingin melakukan solat sunat sebyk 4 rakaat atau lebih terdapat beberapa pendapat mengenai perlu atau tidak bertasyahud di antara dua rakaat itu. Menurut Al-Qadhi Husain, tidak boleh lebih bertasyahud lebih dari 2 kali dalam satu sembahyang dan tidak boleh lebih banyak dari 2 rakaat antara 2 tasyahud jika bilangan itu genap. Jika ganjil maka tidak boleh antara 2 tasyahud lebih dari satu rakaat.

Imamul Haramain dan Al-Ghazali pula membolehkan bertasyahud setiap 2 rakaat dan juga tiap2 satu rakaat. Pendapat ini dhaif.

Imam Nawawi berkata bahawa mazhab syafi’I membolehkan seseorang itu menghimpun solat sunat yg banyak tanpa salam. Ttp lebih utama jika dilakukan dua2 rakaat. Ini juga merupakan pendapat Imam Malik, Ahmad, Daud dan Ibn Mundzir.

Kesimpulannya, boleh saja jika ingin melakukan solat sunat 4 rakaat dgn satu salam atau boleh juga dilakukan dua2 rakaat. Jika ingin melakukan 4 rakaat terus, boleh berpegang kpd pendapat Al-Qadhi Husain krn pendapat ini kuat(TM Hasbi).

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, utk mengelakkan diri dari perkara khilaf yg mungkin mendatangkan was-was, adalah lebih elok jika dilakukan dua2 rakaat(iaitu pendapat Imam Nawawi) krn tiada khilaf dalam perkara ini. WA.

Wassalam

Rujukan

Koleksi Hadis2 Hukum 5
TM Hasbi

Intisari Bahrul Madzi
Sheikh Idris al-Marbawiy
Diintisarikan oleh Abdullah al-Qari

The Night Prayers Qiyam & Tarawikh
Compiled by Muhammad al-Jibali
From works by Sheikh Albani

2 comments:

SEMOGA DIBERKATI said...

Assalamualaikum

boleh ustaz jelaskan secara lebih mudah tentang jawapan ini


{Manakala sekiranya kita ingin melakukan solat sunat sebyk 4 rakaat atau lebih terdapat beberapa pendapat mengenai perlu atau tidak bertasyahud di antara dua rakaat itu. Menurut Al-Qadhi Husain, tidak boleh lebih bertasyahud lebih dari 2 kali dalam satu sembahyang dan tidak boleh lebih banyak dari 2 rakaat antara 2 tasyahud jika bilangan itu genap. Jika ganjil maka tidak boleh antara 2 tasyahud lebih dari satu rakaat.}


adakah boleh tasyahhud awal atau tidak boleh pada solat sunat 4 rokaat?
saya kurang faham jawapan ustaz,

taufiq said...

di tempat saya solat sunat badiah jumat 4 rakaat dilakuan berjaaah seperti salatnya dzuhur diawali ikomah, ada tahit awal dan tahiat akhir. mohon pencerahannya yg demikian itu bagaimana.

Post a Comment