Monday, January 19, 2009

Solat Qabliyah Dan Ba'diyah

Assalammualaikum.......

Terlebih dahulu pohon maaf jika ada persoalan yang telah ditimbulkan mengenai perkara yang akan disebutkan nanti....

Kalu tak silap saya melalui kaset ceramah Us. Shamsuri Ahmad (akan diposkan sedutan kemudian jika bertemu dengan kasetnya)
di mana pernah berlaku di zaman nabi s.a.w ...

seorang sahabat telah kelewatan dan terus bersembahyang jemaah asar bersama baginda rasullulah s.a.w .....dan kemudian sahabat tersebut membuat sembahyang sunat selepas selesai berjemaah bersama rasul...

setelah selesai baginda rasullulah s.a.w telah mendekati sahabat tersebut lalu bertanya ...sembahyang apa yang dilakukan...maka sahabat tersebut menjawab bahawa beliau mengqada sembahyang sunat asar qabliyah...
dan baginda rasullulah diam dan tidak menegur perbuatan sahabat tersebut...
ertikata lain perbuatan sahabat tersebut tidak menyalahi dari sudut hukum yang melarang sembahyang sunat selepas sunat asar....

pohon penjelasan lebih lanjut daripada us.

ada dikalangan 2, 3 orang sahabat saya melakukan sunat ba'diyah asar dan subuh di surau...jadi takut-takut timbul fitnah ...ini pun jika sahabat tau akan perkara yang disebutkan di atas itu benar berlaku atau tidak ...

Wallahu A'lam

*************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan dan kekurangan ilmu yang ada, Insyaallah.

Benar scenario yang sdr assb4558 nyatakan diatas. Hadith diatas (akan kita paparkan hadithnya dibawah) ini mendatangkan 2 hukum didalam bab solat. Ia menunjukkan bahawa solat sunat boleh di qadha' dan Nabi Muhammad saw juga pernah mengqadha' solat sunnat tersebut. Bab ini juga merupakan bab yang menunjukkan terdapatnya solat yang dinamakan Solat sunat yang mempunyai sebab yang terdahulu (الصلاة ذات السبب غير المتأخر) dimana solat-solat seperti Solat Sunat Fajar, Solat Sunat Tahiyat Al-Masjid, Solat Sunat Gerhana, Sunat Wudhu', Solat Jenazah, Solat Istisqaa', dan sebagainya boleh dilakukan pada waktu yang diharamkan bersolat. Begitu juga dengan Qadho' solat menurut Imam Al-Syafie, ia boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja.[Al-Fiqh Al-Islami, 1/524].

Pada umumnya, hadith yang diriwayatkan didalam Sahih al-Bukhaari #581 dan Sahih Muslim #831 melarang melakukan solat selepas Fajar sehingga matahari naik setinggi galah, pada masa tengahari pada masa matahari berada tegak dan selepas Asar sehinggalah matahati terbenam. Nabi saw mengkhabarkan kepada kita bahawa pada masa matahri naik dan terbenam ialah keadaan diantara 2 tanduk syaitan, dan diwaktu itu orang kuffar akan menyembahnya. Hadith riwayat Abu Sa'ed al-Khudri ra. berkata : Nabi saw bersabda :

لا صَلَاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ، وَلا صَلاةَ بَعْدَ صَلاةِ الْفَجْرِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

"Tidak ada solat selepas solat Asar sehingga matahari terbenam, dan tidak ada solat selepas Fajar sehingga matahari telah naik" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #586 dan Muslim #728].

Ulama khilaf didalam bab menqadha' solat sunat diwaktu yang diharamkam bersolat. Menurut padangan yang terbaik, dibolehkan mengqadha'nya pada waktu tersebut. Ini merupakan pandangan Imam al-Syafie rh. (al-Majmu' 4/170). Syeikh al-Islam ibn Taimiyah rh. juga cenderung kepada pandangan ini sebagaimana yang beliau nyatakan didalam al-fataawa 23/127. Diantara hadith-hadith yang mendokong permasalahan ini :-

Hadith dari Ummu Salamah r.a:

‏حَدَّثَنِي ‏ ‏حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ ‏ ‏أَخْبَرَنِي ‏ ‏عَمْرٌو وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏بُكَيْرٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏كُرَيْبٍ ‏ ‏مَوْلَى ‏ ‏ابْنِ عَبَّاسٍ ‏
‏أَنَّ ‏ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ ‏ ‏وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَزْهَرَ ‏ ‏وَالْمِسْوَرَ بْنَ مَخْرَمَةَ ‏ ‏أَرْسَلُوهُ إِلَى ‏ ‏عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَقَالُوا اقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنَّا جَمِيعًا وَسَلْهَا عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ وَقُلْ إِنَّا أُخْبِرْنَا أَنَّكِ تُصَلِّينَهُمَا وَقَدْ بَلَغَنَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏نَهَى عَنْهُمَا قَالَ ‏ ‏ابْنُ عَبَّاسٍ ‏ ‏وَكُنْتُ أَضْرِبُ مَعَ ‏ ‏عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ‏ ‏النَّاسَ عَلَيْهَا قَالَ ‏ ‏كُرَيْبٌ ‏ ‏فَدَخَلْتُ عَلَيْهَا وَبَلَّغْتُهَا مَا أَرْسَلُونِي بِهِ فَقَالَتْ سَلْ ‏ ‏أُمَّ سَلَمَةَ ‏ ‏فَخَرَجْتُ إِلَيْهِمْ فَأَخْبَرْتُهُمْ بِقَوْلِهَا فَرَدُّونِي إِلَى ‏ ‏أُمِّ سَلَمَةَ ‏ ‏بِمِثْلِ مَا أَرْسَلُونِي بِهِ إِلَى ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏فَقَالَتْ ‏ ‏أُمُّ سَلَمَةَ ‏ ‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَنْهَى عَنْهُمَا ثُمَّ رَأَيْتُهُ يُصَلِّيهِمَا أَمَّا حِينَ صَلَّاهُمَا فَإِنَّهُ صَلَّى الْعَصْرَ ثُمَّ دَخَلَ وَعِنْدِي نِسْوَةٌ مِنْ ‏ ‏بَنِي حَرَامٍ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏الْأَنْصَارِ ‏ ‏فَصَلَّاهُمَا فَأَرْسَلْتُ إِلَيْهِ الْجَارِيَةَ فَقُلْتُ قُومِي بِجَنْبِهِ فَقُولِي لَهُ تَقُولُ ‏ ‏أُمُّ سَلَمَةَ ‏ ‏يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَسْمَعُكَ ‏ ‏تَنْهَى عَنْ هَاتَيْنِ الرَّكْعَتَيْنِ وَأَرَاكَ تُصَلِّيهِمَا فَإِنْ أَشَارَ بِيَدِهِ فَاسْتَأْخِرِي عَنْهُ قَالَ فَفَعَلَتْ الْجَارِيَةُ فَأَشَارَ بِيَدِهِ فَاسْتَأْخَرَتْ عَنْهُ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ ‏ ‏يَا ‏ ‏بِنْتَ ‏ ‏أَبِي أُمَيَّةَ ‏ ‏سَأَلْتِ عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ إِنَّهُ أَتَانِي نَاسٌ مِنْ ‏ ‏عَبْدِ الْقَيْسِ ‏ ‏بِالْإِسْلَامِ مِنْ قَوْمِهِمْ فَشَغَلُونِي عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ فَهُمَا هَاتَانِ ‏

"Diriwayatkan daripada Kuraib r.a katanya: Sesungguhnya Abdullah bin Abbas, Abdul Rahman bin Azhar dan Miswar bin Makhramah, menyuruhku untuk menemui Aisyah isteri Nabi s.a.w. Mereka berkata: Sampaikan salam kami semua kepadanya. Juga tanyakan kepadanya mengenai sembahyang dua rakaat selepas sembahyang Asar. Katakan juga kepadanya, bahawa kami telah mendengar khabar yang dia juga melakukan dua rakaat sesudah Asar. Sedangkan setahu kami, Rasulullah s.a.w melarang kami melakukannya. Kata Ibnu Abbas: Waktu itu aku yang sedang bersama Umar bin Al-Khattab segera meninggalkan tempat tersebut. Kemudian Kuraib bercerita: Tanpa membuang masa aku terus menemui Aisyah dan menyampaikan apa yang mereka katakan padaku. Aisyah menjawab: Tanyalah Ummu Salamah. Aku terus pulang menemui orang-orang yang menyuruhku tadi dan aku beritahu tentang jawapan Aisyah. Setelah itu mereka menyuruhku berjumpa Ummu Salamah supaya bertanyakan soalan sebagaimana yang dikemukakan kepada Aisyah. Ummu Salamah menjawab: Dia memang pernah mendengar Rasulullah s.a.w melarangnya. Namun begitu dia juga pernah melihat baginda melakukannya. Dimana setelah baginda selesai mendirikan sembahyang Asar, baginda masuk ke dalam rumah. Pada waktu itu Ummu Salamah bersama seorang wanita Bani Haram dan seorang wanita golongan Ansar. Baginda terus mendirikan sembahyang dua rakaat tersebut. Ummu Salamah kemudiannya menyuruh seorang hamba perempuan supaya berdiri di samping baginda dan bertanya tentang sembahyang dua rakaat yang baginda lakukan kerana baginda pernah melarangnya. Sebelum itu Ummu Salamah telah berpesan kepada hamba perempuan tersebut agar menggunakan isyarat tangan. Hamba perempuan itu pun melaksanakan suruhan Ummu Salamah dan ternyata Nabi s.a.w memberikan isyarat tangan supaya menjauhkan diri dari baginda. Apabila jariah itu mulai beredar, baginda lalu bersabda: Wahai puteri Abu Umayyah! Kamu tentu akan bertanyakan mengenai dua rakaat selepas Asar yang baru aku lakukan. Ketahuilah, wahai Puteri Abu Umayyah! Sebenarnya tadi beberapa orang dari suku Abdul Qais datang kepadaku membuat urusan pengislaman kaumnya, sehingga membuatkan aku terlambat melakukan dua rakaat selepas sembahyang Zuhur. Manakala yang sebentar tadi itu adalah dua rakaat yang belum sempat aku lakukannya" [hadith sahih riwayat Imam Muslim]

Imam al-Nawawi didalam komentar hadith Imam Muslim mengatakan bahawa :

وهذا صريح في قضاء السنة الفائتة ، فالفريضة المقضية أولى .
"Ini sarih/jelas menunjukkan bahawa boleh mengqadha' solat sunat yang tertinggal, maka adalah afdhal lagi mengqadha' solat yang wajib"
-----------------

Hadith riwayat Qays ibn 'Amr berkata :

رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلاةِ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَصَلاةَ الصُّبْحِ مَرَّتَيْنِ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ : إِنِّي لَمْ أَكُنْ صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، فَصَلَّيْتُهُمَا . قَالَ : فَسَكَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Nabi saw melihat seorang lelaki solat 2 rakat selepas solat subuh. Nabi saw pun bersabda :'Adakah anda bersolat Asar 2 kali?'. Lelaki tersebutpun berkata :'Aku tidak bersolat 2 rakaat yang datang sebelumnya, maka akupun bersolat sekarang'. Nabi saw pun diam." - [Hadith riwayat Ibn Majah #1154, di sahihkan oleh al-Albani didalam sahih Ibn Majah #984.

Ibn Qudamah didalam al-Mughni 2/532 mengatakan bahawa berdiamnya Nabi saw menunjukkan ia dibenarkan.

-----
Didalam suasana yang sdr sebut diatas, terdapat 2,3 orang yang melakukan solat sunnat qabliyah asar selepas solat Asar kemungkinan akan menimbulkan fitnah. Disini kita cuba melihat kepada Fiqh Al-Aulawiyat (Fekah Keutamaan); dimana sebaik-baik solat fardu ialah solat berjemaah dimasjid, dan sebaik-baik solat sunat, adalah solat yang dilakukan dirumah. Tanpa menimbulkan pelbagai persoalan, adalah lebih afdhal sahabat-sahabat tadi melakukan qadha' solat sunat qabliyah Asar dirumahnya sebagaimana hadith dari Ummu Salamah ra. diatas menunjukkan bahawa Nabi saw mengqadha' solat sunat ba'diyah Zohor selepas solat Asar dirumah. Berikut kami paparkan beberapa hadith yang menyatakan keafdhalan solat sunat di rumah:-

Hadith Ibnu Umar r.a katanya:

‏و حَدَّثَنِي ‏ ‏زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ‏ ‏وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏قَالَا حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى وَهُوَ ابْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُبَيْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ أَخْبَرَنِي ‏ ‏نَافِعٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏ ‏ح ‏ ‏و حَدَّثَنَا ‏ ‏أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏أَبُو أُسَامَةَ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عُبَيْدُ اللَّهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نَافِعٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏ ‏قَالَ ‏
‏صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَبْلَ الظُّهْرِ سَجْدَتَيْنِ وَبَعْدَهَا سَجْدَتَيْنِ وَبَعْدَ الْمَغْرِبِ سَجْدَتَيْنِ وَبَعْدَ الْعِشَاءِ سَجْدَتَيْنِ وَبَعْدَ الْجُمُعَةِ سَجْدَتَيْنِ فَأَمَّا الْمَغْرِبُ وَالْعِشَاءُ وَالْجُمُعَةُ فَصَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فِي بَيْتِهِ ‏

"Aku sembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua sujud (dua rakaat) sebelum Zuhur dan dua sujud (dua rakaat) selepasnya. Dua sujud (dua rakaat) selepas Maghrib dan dua sujud (dua rakaat) selepas Isyak. Dua sujud (dua rakaat) selepas Jumaat. Adapun sembahyang Maghrib, Isyak dan Jumaat, aku sembahyang bersama Nabi s.a.w di rumah baginda " - [Hadith shahih riwayat Imam Muslim]

Hadith Ibnu Umar r.a:

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُبَيْدِ اللَّهِ ‏ ‏قَالَ أَخْبَرَنِي ‏ ‏نَافِعٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏
‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏اجْعَلُوا مِنْ صَلَاتِكُمْ فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا ‏

"Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Dirikanlah sembahyang (sembahyang sunat) kamu di rumah kamu dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan" - - [Hadith shahih riwayat Imam Muslim]

Hadith Zaid bin Thabit r.a katanya:

و حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏سَالِمٌ أَبُو النَّضْرِ ‏ ‏مَوْلَى ‏ ‏عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ‏ ‏قَالَ ‏
‏احْتَجَرَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏حُجَيْرَةً بِخَصَفَةٍ ‏ ‏أَوْ حَصِيرٍ ‏ ‏فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يُصَلِّي فِيهَا قَالَ فَتَتَبَّعَ إِلَيْهِ رِجَالٌ وَجَاءُوا يُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ قَالَ ثُمَّ جَاءُوا لَيْلَةً فَحَضَرُوا وَأَبْطَأَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَنْهُمْ قَالَ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ فَرَفَعُوا أَصْوَاتَهُمْ وَحَصَبُوا الْبَابَ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مُغْضَبًا فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَا زَالَ بِكُمْ صَنِيعُكُمْ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُكْتَبُ عَلَيْكُمْ فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلَاةِ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ خَيْرَ صَلَاةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ

"Rasulullah s.a.w mengalas sesuatu tempat dengan alas atau tikar. Lalu baginda sembahyang di situ. Beliau berkata: Perbuatan baginda itu diperhatikan oleh beberapa orang sahabat, lalu mereka datang untuk mendirikan sembahyang di tempat baginda itu. Beliau berkata lagi: Pada malam berikutnya mereka datang dengan lebih ramai lagi lalu Rasulullah meninggalkan mereka. Beliau berkata lagi: Rasulullah s.a.w tidak mahu keluar menemui mereka, lalu mereka meninggikan suara, bahkan ada yang melontar pintu rumah baginda dengan batu-batu kecil. Akhirnya dengan murka Rasulullah s.a.w keluar menemui mereka seraya bersabda: Sentiasalah kamu melakukannya dan biarlah Allah mewajibkan ke atas kamu. Sembahyanglah di rumah kamu, sesungguhnya sebaik-baik sembahyang seseorang itu ialah sembahyang yang dilakukan di rumahnya kecuali sembahyang fardu " - [Hadith shahih riwayat Imam Muslim]

------------------------
Beberapa soalan mengenai solat di waktu yang dilarang telah dibincangkan di al-ahkam, dan diantaranya yang anda boleh rujuk (di arkib) : -

1. SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=18172

2. SJ - 2801 : Solat Jamaah atau solat sunat subuh 2
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16709

3. SJ - 2795 : Solat jemaah atau solat sunat subuh
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16590

Kesimpulannya, Mazhab Syafie membenar menqadha solat sunat (dan juga solat wajib) pada waktu-waktu yang dilarang bersolat. Seafdhal-afdhal tempat untuk melakukan solat sunat ialah di rumah. WA.

==============
Rujukan :

1. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

Sheikh Hj Kamin - AAN

0 comments:

Post a Comment