Wednesday, January 21, 2009

Solat Jenazah Dua Kali

asalamualaikum

Baru baru ni pakcik ada menghadiri solat kematian (solat mayat). Pakcik nak
tanya boleh ker solat mayat dibuat dua kali. Maksud pakcik satu dibuat di rumah
bagi penduduk kg disana dan kemudian dibuat sekali lagi di masjid muhamadi kerna
allahyarham tersebut sentiasa solat dimasjid itu(masjid tersebut agak berjauhan
dari rumahnya dipanji). Dan imam dan makmum adalah berlainan di dua tempat
tersebut. Macam mana yer hukumnya?

p/s : kalau ikut mazhab shafei mcm mana lak? (hehehe lagi lagi mazhab shafei ..
jgn marah yer sheikh S2S)

***************
jawapan:

salam

Hukum spt di atas adalah boleh kerana hukum makruh adalah jika orang
yg sama solat 2X. Solat jenazah di mesjid juga adalah boleh (fatwa
albani dalam ahkam aljanaiz)

Fatwa Imam Syafi'iy: yg aku lebih sukai ialah solat jenazah itu sekali
sahaja kerana sunatnya disegerakan urusan pengebumian. (alUmm)

2. Ikut madzhab syafi'iy adalah boleh sekali kerana ia sebuah madzhab
yg lengkap. Disukai jika kita mengetahui dalil2 mereka.

Kitab madzhab syafi'iy yg berdalil dan ringkas ada dua yg boleh dibuat
rujukan:

1. Fiqh alManhaji oleh Dr Mustafa alBugho (terjemahan ada)

2. Syarah Matan Taqrib alQadhi Abu Sujak juga oleh Dr Mustafa alBugho
(ada terjemahan Indon)

Dr alBugho menggunakan hadis dan atsar untuk mengukuhkan dalil dan
hujah madzhab syafi'iy yg juga berdiri di atas minhaj ahli Hadis..

Kalau nak ikut madzhab syafi'iy, ini dua kitab yg baik.
sekian

0 comments:

Post a Comment