Friday, January 23, 2009

Solat Hajat

Saya ada mendengar ceramah seorang ustaz bermanhaj salaf mengenai solat hajat. Beliau menyatakan solat hajat dalilnya lemah dan tidak boleh beramal dengannya.

soalannya

1) apakah taraf hadis yg menjadi dalil solat hajat x silap saya dalam Tirmizi?

2) Jika taraf hadis itu lemah, tidak bolehkah kita mengamalkan hadis lemah sama sekali?

3) Jika solat hajat itu tidak boleh bahkan bid'ah (ustaz salaf tadi), apakah ganti bagi solat hajat jika kita berhajatkan sesuatu?
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:

1) apakah taraf hadis yg menjadi dalil solat hajat x silap saya dalam Tirmizi?

Hadis Ibn Abi Aufa yg menjadi sandaran solat hajat, diriwayatkan oleh Tirmizi (no: 479) dan beliau menDHOIFkannya.
Kata Tirmizi: Hadis Gharib, pada sanadnya ada pertikaian. Faid bin Abdul Rahman dinilai DHAIF dalam hadis.

Quote:

2) Jika taraf hadis itu lemah, tidak bolehkah kita mengamalkan hadis lemah sama sekali?

Di dalam Fatwa Lajnah Daemah 8/162:
"Apa yang dinamakan sebagai Solat Hajat, disebut dalam beberapa hadis yang Dhaif dan Munkar -setakat pengetahuan kami-, tidak tertegak hujjah dengannya dan tidak boleh didirikan amalan bersandarkan kepadanya".

Quote:

3) Jika solat hajat itu tidak boleh bahkan bid'ah (ustaz salaf tadi), apakah ganti bagi solat hajat jika kita berhajatkan sesuatu?

pertama:
Tidak tepat mengatakan solat hajat adalah satu bidaah, kerana mereka yang mengatakannya sunat bersandarkan kepada dalil, sekalipun dhaif.
Manakala Bidaah ialah: satu tatacara dalam agama yang DIREKA-REKA yang menyerupai syariat, dengan tujuan untuk berlebih2an dalam ibadah.Oleh itu, cukup dengan mengatakan: TIDAK MASYRUK kerana tiada dalil sahih.

kedua:
Banyak lagi amalan lain yang boleh dijadikan gantian solat hajat, antaranya:
- berdoa di tengah-tengah malam
- berdoa antara azan dan iqamah
- berdoa pada hari Jumaat, yang padanya ada satu saat diperkenankan doa
- berdoa sebelum memberi salam dalam solat

Apabila kita mengetahui bahawa hadis solat hajat terdapat pertikaian dan dihukum DHAIF, maka lebih selamat, lebih ikhlas, dan lebih afdhal kita melakukan doa-doa di atas yang diyakini bersumber kepada nas yang tidak dipertikaikan.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..sye ada 2 hajat.boleh kah sye lakukan 2 kali solat hajat ataupun buat skali..???

Admin said...

berapa hajat pun boleh panjatkan kehadrat Ilahi... panjangkan doa dalam solat fardu setiap hari. Buat solat sunat hajat selalu tak ada salahnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum...jika ada hajat yg besar brp malam harus kita lakukan solat hajat..?

Anonymous said...

Dalil dalam qur'an.. Wasta'inu bissobri wassolah.. mintalah pertolonganku dengan Sabar dan Solat..

Unknown said...

Assalamualaikum, dalam sehari berapa banyak kali solat hajat boleh kita laku kan,?

Unknown said...

Assalamualaikum, dalam sehari berapa banyak kali solat hajat boleh kita laku kan,?

Unknown said...

assalamualaikum...boleh kah kita tunaik an solat hajat 12 rakaat 6 kali salam dalam satu masa...

Post a Comment