assalamualaikum,
bolehkan solat tanpa wuduk bagi orang yang sakit iaitu yg tak mampu nak ambil air wuduk?
-----
Salam
Orang yang uzur yg bersangatan sehingga ia tidak mampu berwudhu’ atau bertayamum apabila tiba waktu solat, mengikut qaul yg masyhur terdapat 3:
1. Mengikut pendapat jumhur, dia wajib mengerjakan sembahyang walaupun tanpa wudhu’ dan wajib mengulanginya (syafi’iyyah dan hanafiyyah)
2. Tidak wajib mengulanginya (hanabilah)
3. gugur kewajipan solat (malikiyyah)
Perincian hukum Mengikut Fuqaha Mazhab
Pendapat yg pertama: mengikut qaul jadid imam as-syafie, hendaklah ia melakukan solat sbg menghormati waktu. Tidak diperbolehkan ia bersolat sunat dan hanya diperbolehkan melakukan solat fardhu sahaja. Mengikut pendapat yg rajih di kalangan fuqaha syafie, sembahyang dilakukan seperti biasa dan hendaklah diulangi. Sekiranya orang itu berada di dlm keadaan junub, dia hanya disyaratkan membaca surah al-fatihah shj. (Al-muhazzab, Al-Durr Al-Mukhtar)
Pendapat kedua: Ini disandarkan kepada bbrp dalil antaranya dlm hadith ada menyebut, “Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, hendaklah kamu melakukan menurut kemampuan kamu.”
Keuzuran/kelemahan tidak menjadi syarat utk meninggalkan yg wajib. Kedudukan ini sama seperti seseorang yg tidak berupaya menutup aurat dan tidak berupaya mengadap qiblat. Walaubagaimanapun, ia tidak wajib mengulanginya. Ini disandarkan kepada riwayat dari Aisyah R.A bahawa beliau telah meminjamkan kalung pada Asma’, lalu rantai itu tercicir. Rasulullah S.A.W menghantar bbrp orang utk mencari kalung itu. Setelah mereka menjumpai kalung itu, lalu waktu solat telah masuk tetapi mereka tidak mempunyai air. Lalu ditunaikan solat tanpa ada wudhu’. Selepas itu, mereka memberitahu baginda S.A.W, maka Allah S.W.T menurunkan ayat mengenai tayamum. Rasulullah tidak memerintahkan mereka mengulangi solat itu. (Muttafaq alaih)
Mengikut kaifiyyat solat, mereka hanya dibenarkan membaca surah al-fatihah sahaja, bertasbih sekali shj, memendekkan tama’ninah, rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud, tasyahud awal dan akhir, kmdn hendaklah ia terus memberi salam.
Pendapat ketiga: gugur kewajipan solat itu samada tunai ataupun qadha’. Kedudukannya sama seperti perempuan yg dlm keadaan haid. Ini kerana air dan tanah adalah menjadi syarat wajib pelaksanaan solat, sedangkan dlm kes keuzuran/kelemahan syarat itu tiada.
Rujukan:
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum,saya nak bertanya tentang solat di dalam keretapi..saya mempunyai seorang anak berusia setahun.sblm ni saya prnah mnaiki keretapi ttpi berwuduk dr rmh dan brsolat isyak dlm kretpi ttpi tidak dpt mnunaikn subuh krn saya mempunyai masalah utk tinggalkan anak saya utk berwuduk di dalam keretapi..adakah saya boleh mnunaikan solat tnpa brwuduk ktika itu?
Post a Comment