Salam
Lafaz niat adalah bid'ah-tambahan baru dalam beribadat. Bagaimana kita hendak mengajar niat ikut sunnah kepada kanak-kanak.Kem Solat J-QAF adalah program yang baik tetapi murid disuruh hafal lafaz niat solat dan lain-lain.Malah ia menjadi sukatan yang mesti diajar sejak dibangku sekolah.
Ibu bapa tidak lafat niat kerana ikut sunnah. Anaknya disekolah diajar
lafat niat. Bila ibu ayah tegur, anak kata ustaz dan ustazah ajah.Mereka balik Mesir, Yaman, Jordan.Semua buku teks dan buku kerja serta poster solat mesti ada lafaz niat...
Sudah berlaku pertembungan bid'ah dan sunnah.Bagaimana mengatasi masalah ini.
**********************
alitantawi
saya secara peribadi tidak menganggap bahawa lafaz niat itu adalah bid'ah dalam erti yang wujud dalam hadith-hadith sahih.
ia adalah satu perkara yang bersifat 'membantu' dan ia tidak berada dalam solat itu sendiri.
tetapi sekiranya ia disebut sebagai 'sunat' atau 'wajib', pasti ia adalah satu penambahan dalam agama.
bagi yg berpegang kpd pendapat bahawa ia bid;ah, mereka perlu berfikir bagaimana utk mengubah masyarakat dlm keadaan yang paling baik.
apa yang menjadi tujuan utama sepatutnya ialah bagaimana kita ingin mengajar anak2 kita dan masyarakat utk berniat hanya di dalam hati.
paling kurang, kita bezakan antara dua perkara tersebut. kita beritahu mereka bahawa lafaz niat tidak pernah dilakukan oleh rasulullah SAW dan para sahabat serta para tabiin n ulama terdahulu, tanpa kita menghukum ia bid'ah. skurang2nya, berikan mereka pilihan. insya Allah, mereka akan memilih yg terbaik. wallahu a'lam.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
niat membantu kita memasuki makam solat, starting nak dapat feel solat, sebab tu tok2 guru dulu ajar macam tu, jazahumullah...diorang bagi tips (petua bukan fatwa) sebenarnya tu...macam mana nak rasa intro solat..nabi memang org arab jadi automatik la cakap arab, sebenarnya niat tu memang secara tak langsung akan terlintas jugak..cuma lafaz nak mengingatkan kita sahaja...kadang2 kita tersasar jugak, lebih2 lagi baru bangun tido atau tengah ada pikir benda lain dlm kepala.
sekadar pandangan.
Post a Comment