Friday, January 23, 2009

Apa Perlu Kata Dalam Hati Niat Solat

Salam

Macam mana nak Niat solat zohor . Apa yang perlu dikatakan di dalam hati

****************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada.

Dimanakah terletaknya Niat? (petikan dari SoalJawab yang lalu) :-

SJ-16-0008 : niat atau lafaz wrote:

Niat sebenarnya terletak di hati. Lafaz itu cuma membantu hati untuk berniat sahaja. Niat tersebut sah tanpa lafaz. Sabda Nabi saw :-

إنما الأعمال بالنيات
"Sesunggubnya setiap amalan/perkerjaan itu (bermula) denghan Niat......" [Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata Ibn Utsaimin ketika mensyarahkan hadith ini :-

هذا الحديث اصل عظيم في أعمال القلوب , لان النيات من أعمال القلوب قال العلماء : وهذا الحديث نصف العبادات
"Hadith ini adalah asal kehebatan pekerjaan hati, kerana sesungguhnya Niat adalah amalan hati, berkata ulama' : hadith ini adalah separuh daripada seluruh ibadat" [Ibn Utsaimin, Arba'un al-Nawawiyah].

Jelas menunjukkan tempat Niat adalah didalam hati. Sah niat tanpa lafaz.


Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami' al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].

Bagaimana Rasulullah saw memulakan solat? Ibn Qayyim berkata :-

كان صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة قال : الله أكبر ، ولم يقل شيئاً قبلها ، ولا تلفظ بالنية البتة ، ولا قال : أصلي لله كذا ، مستقبل القبلة ، أربع ركعات ، إمـاماً ، أو مأموماً ، ولا قال : أداءً ، ولا قضاءً ، ولا فرض الوقت ، وهذه عشرُ بدعٍ لم يَنْقُلْ عنه أحدٌ قط بإسنادٍ صحيحٍ ولا ضعيفٍ ولا مُسْنَدٍ ولا مُرْسَلٍ لفظةً واحدةً منها البتة ، بل ولا عن أحد من أصحابِه، ولا استحسنه أحدٌ من التابعين ، ولا الأئمةُ الأربعة
"Apabila Nabi saw bangun untuk bersolat, dia akan berkata : "ALLAHU AKBAR", dia tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, tidak melafazkan niat kuat-kuat. Dia tidak berkata : Aku bersolat itu dan itu, mengadap kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau makmum. Baginda juga tidak menyebut 'ada'an' atau 'qadaa'an' atau 'fardal waqt'. Kesemua ini perkara baru yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana ulama' dari mana-mana sanad, samada sahih, dhaef, musnad atau mursal mengenai melafazkan niat yang satu, bahkan tidak ada seorangpun sahabah yang meriwayatkan, dan tidak juga dari kalangan Tabien, atau dari kalangan empat mazhab yang mengatakan ia mustahab (digalakkan)" [Zaadul Ma'aad, 1/138]

Secara mudahnya, apabila anda melakukan takbiratul ihram, pastikan sudah terdetik niat solat Zohor pada masa itu, maka sahlah rukun pertama solat, iaitu NIAT. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

Ibn Qayyim al-Jauziyah. Zaadu al-Maa'ad fi Hadii Khair al-'ibaad - 1. cet ke 2. Beirut : Muassasah al-Rayyan, 2002.

0 comments:

Post a Comment