Friday, January 2, 2009

Marah Ketika Solat

Salam

1] pernah saya berkata ketika sedang bersolat "lebih baik jadi kafir kalau nak melakukan solat pun susah" ini disebabkan masalah yg sering saya hadapi iaitu sering terkentut atau ada masa terasa macam nak terkentut ini menyebabkan saya tak pernah kusyuk dalam solat.
Soalannya: Perlukah saya mengulang solat tadi?

2] bagaimana pula jika disebabkan perkara tadi saya menjadi marah ketika solat lalu mendiamkan diri dan menangis lalu berniat nak hentikan solat tersebut. Adakah solat itu terbatal dgn sendirinya?

3] Bagaimana adap seseorang yang mengalami masalah selsema ketika bersolat, perlukah dia menggunakan kedua2 tangannya untuk menghembuskan cecair dari hidungnya atau menggunakan sebelah tangan?

sekian.
------

Wassalam

Jawab:

1. Bercakap dalam solat membatalkannya jika anda termasuk orang yg tahu hukum. Tidak batal jika anda orang jahil. Dalilnya HR Abu Daud dari Mu'awiyah alHakam asSulami yg bercakap dalam solatnya dan nabi tidak menyuruhnya mengulangi solat itu. Ini juga pendapat asSyafi'iy (alMughny: 1/737)

Adapun mengucap kalimah kufur hanya sanya kerana penyakit kentut adalah suatu penyakit jiwa dari orang yg amat jahil akan agamanya. Kentut itu adalah penyakit yg amat mudah diatasi. Jika dgn kentut pun dah mengugut Tuhan utk murtad, maka apatah lagi dengan ujian yg lebih mencabar! Ini kena segera belajar akan agama.

2. Menangis dan mendiamkan diri itu tidak membatalkan solat. Tapi berniat membatalkan solat, maka solat itu menjadi batal.

3. Tidak ada nas mengenai tatacara menghembuskan hingus bila selsema. Yang ditegah ialah bergerak tanpa sebab. Jika ada sebab syara'iy, maka lakukan apa yg anda rasakan terbaik buat anda. WA

0 comments:

Post a Comment