Salam
sy telah membaca dr ahkam . net ttg solat hajat yg tdk ade pensyariatannya samada dibuat secara berjemaah @ individu.
tp ia selalunya menjadi 'program ibadah' yg paling masyhur kini. rata2 ia kerap dibuat di sekolah2 utk anak yg akn menghadapi peperiksaan bahkan parti politik UMNO / PAS pun pernah buat suatu ketika dulu secara berjemaah.
Jadi, adakah ia sesuatu yg menyalahi sunnah @ bagaimana ?
Bagimanakah alternatif terbaik ?
Bagaimana pula datangnya buku2 panduan solat2 sunat yg banyak di pasaran kini bahkan memaparkan beberapa cara yg boleh dilakukan utk solat hajat ? Dari mankah sumber itu dibukukan ?
Mohon pencerahan dr ahli fikr sekelian... syukran
********************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Solat Hajat merupakan solat yang dipertikaikan darjat kesohihan hadithnya. Syeikh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa hadith Abdullah ibn Abi Awfa al-Aslami yang diriwayatkan oleh Ibn Majah #1374 adalah sangat Dhaef (Dhaef Jiddan). Imam al-Tirmudzi mengatakan bahawa hadith ini Gharib (pelik) dan al-Hakim mengatakan bahawa status hadith ini Maudhu' atau palsu. Maka solat hajat ini tidak terdapat di sisi syara'.
Berikut adalah link perbincangan al-ahkam (PDF) mengenai solat hajat :-
al-ahkam.net: Kupasan Tentang Dalil Solat Hajat
http://al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book_-_Melayu/Kupasan_Ilmiah_TentangDalil_Solat_Hajat.pdf
Sumber2 ambilan buku-buku panduan solat hajat berdasarkan hadith Abdullah ibn Abi Awfa al-Aslami yang mempunyai beberapa masalah. Ada juga buka yang menjelaskan tentang kaifiat solat tersebut seperti rakaat pertama membaca surah al-Kafirun 10x selepas al-Fatihah dan rakaat kedua membaca al-Ikhlas 10x selepas al-Fatihah merupakan kaifiat yang direka semata-mata.
Alternatifnya adalah seseorang itu masih boleh bermunajad kepada Allah dimalam hari dengan melakukan Solat Sunat Multak dan memohon do'a kepadanya. Apa yang ingin ditekankan disini adalah, tidak adalah solat khusus yang dinamakan solat hajat. Bersolat sunat sepert tahajjud dan diikuti dengan do'a mohon hajat yang dikehendaki merupakan satu amalan yang dituntut. Berikut kami petik Soal Jawab yang lepas berkenaan dengan isu ini.
SJ-05-0050 : Solat hajat... wrote:
Tidak ada masalah bagi Allah swt untuk mendengar do'a atau hajat hambanya didalam satu permintaan yang lebih dari satu hajat, sebagaimana firman Allah swt :-
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina."-[al-Ghaafir : 60].
Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al_Khudri ra. bahawa Nabi saw bersabda :-
ما من مسلم يدعو الله عز وجل بدعوة ليس فيها إثم ولا قطيعة رحم إلا أعطاه الله بها إحدى ثلاث خصال ، إما أن يعجل له دعوته ، وإما أن يدخرها له في الأخرى ، وإما أن يصرف عنه من السوء مثلها ، قالوا : إذا نكثر ، قال : الله أكثر
"Tidak ada seorang Islam yang berdo'a kepada Allah dimana dia tidak mempunyai dosa, tidak memuruskan silatul rahim, melainkan Allah swt akan memberikan kepadanya salah satu dari 3 perkara : samada ia akan menyegerakan permintaannya, samada ia akan menyimpannya sehingga hari akhirat, dan samada dia akan menghilangkan sesuatu yang jahat/buruk daripadanya atau semisalnya, mereka berkata :'maka kita memperbanyakkan do'a?', baginda menjawab : Pemberian Allah lebih besar/banyak'". -[Hadith riwayat al-Tirmidhi, #3573, dikelaskan sebagai sahih oleh beliau].
Begitu juga didalam bacaan do'a2 didalam Qunut Nazilah ataupun do'a selepas tashahud akhir, disana terdapatnya pelbagai hajat dan permintaan didalamnya, dan tidak hanya tertumpu kepada satu hajat sahaja.
Cuma apa yang ingin kita nyatakan disini, terdapat dikalangan ulama' melihat bahawa Solat Hajat ini mempunyai beberapa kecacatan didalam hadith2nya, maka kedapatan ulama' khilaf tentang kewujudan solat tersebut. Perbincangan Solat Hajat ini boleh anda rujuk kepada artikel dibawah :-
Salah al-haajah??????????
URL : http://al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book_-_Melayu/Kupasan_Ilmiah_TentangDalil_Solat_Hajat.pdf
Walaubagaimanapun, sebagai jalan alternatif, kita masih boleh lagi berdo'a. Menurut Syiekh al-Syuqairi :-
وأنت قد علمت ما في هذا الحديث من المقال ، فالأفضل لك والأخلص والأسلم أن تدعو الله تعالى في جوف الليل وبين الأذان والإقامة وفي أدبار الصلوات قبل التسليم ، وفي أيام الجمعات ، فإن فيها ساعة إجابة ، وعند الفطر من الصوم ، وقد قال ربكم ( أدعوني أستجب لكم ) وقال : ( وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان ) وقال : ( ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها ) .
"Kamu telah mengetahui apa yang perkatakan didalam hadith ini, maka seafdal2, tepat dan lebih selamat bagi kamu ialah berdo'a kepada Allah swt pada waktu hening malam, diantara azan dan iqamah, disetiap penghujung solat sebelum salam, dan dihari Jumaat, kerana itu merupakan masa2 yang do'a2 akan dijawab, dan juga semasa berbuka puasa, kerana tuhan kamu telah berfirman :-
'Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'.[al-Ghaafir : 60]
'Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.'[al-Baqarah : 186]
'Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu' -[al-A’raaf 7:180]" [al-Sunan wa al-Mubtada’aat, ms. 124].
Do'a juga mempunyai adab2nya yang tertentu, Sila lihat kepada URL dibawah :-
SJ-2384 : Adab-adab berdoa dan waktu-waktunya
URL : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=11453
Sekian, wassalam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment