Monday, January 19, 2009

Keutamaan Wirid Atau Ba'diyah

Salam
Kalaulah seseorang itu dalam kesuntukan masa, yang manakah perlu lebih diutamakan, wirid atau solat sunat ba'diyah?
_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mukminin dengan kadar kemampuan yg ada, Insyaallah.

Kedua-dua amalan lepas Solat fardu ini (iaitu Solat ba'diyyah dan wirid) merupakan amalan sunat yg mustahab untuk dilakukan. Walaubagaimanapun, apabila berbicara mengenai mana yang lebih afdal, sudah tentu ia merujuk kepada pengklasifikasian amalan sunat itu sendiri.

Ulama' membahagikan amalan sunat ini kepada beberapa darjat. Sebagai contoh, ulama Al-Azhar terkenal, Sheikh Dr Ahmad Syurbasi mengatakan :-

على أن المندوب درجات ومراتب؛ لأن من المندوب سنة مؤكدة، وهي الشيء الذي داوم النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ على أدائه دون أن يتركه، مع تنبيهه على أنه ليس فرضًا محتومًا مثل ركعتي السنة قبل صلاة الفجر، وركعتي السُّنة بعد المغرب، وقراءة سورة أو آية بعد الفاتحة في الصلاة.

"Mandub (sunat) terdapat darjat dan martabat. Sesungguhnya Sunat Mua'akkad, iatu apa-apa amalan yg Nabi saw selalu lakukan tanpa meninggalkannya, dengan peringatan darinya bahawa ia bukan fardu, contohnya Solat 2 rakaat sebelum Fajar, 2 rakaat selepas Magrib, membaca surah selepas membaca Al-Fatihah didalam solat."

Tambah beliau bahawa manusia tidak akan di azab kerana meninggalkan perkara sunat (mandub) ini. Pembahagian kedua pula ialah :-

ومن المندوب سنة غير مؤكدة، وهي الأعمال التي فعلها النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ مرة أو أكثر، ولكنه لم يداوم عليها، كصلاة أربع ركعات قبل العصر، وكصدقة التطوع، وكصوم يومي الاثنين والخميس من كل أسبوع

"dari Mandub (sunat) yang bukan Mua'akkad, iaitu amalan yang dilakukan oleh Nabi saw, sekali atau banyak kali, akan tetapi tidaklah ia sentiasa melakukannya, sebagai contoh Solat 4 rakaat sebelum Asar, sedekah sunat, Puasa Isnin dan Khamis setiap minggu"

Merujuk balik kepada soalan sdr, diantara wirid dan solat ba'diyyah, Solat ba'diyyah Zohor, Magrib dan Isya' adalah dikategorikan sebagai Sunat Mua'akkad atau sangat dituntut jika dibandingkan dengan wirid sunat, yang dianggab mustahab dilakukan. Nabi saw bersabda :

مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الفجر

"Allah swt akan membina rumahnya di syurga barangsiapa yang menjaga 12 rakaat sunat : 4 rakaat sebelum dan 2 sesudah Zohor, 2 rakaat selepas Magrib, 2 rakaat selepas Isya' dan 2 rakaat sebelum Fajar" - [hadith shahih riwayat Al-Tirmudzi no:379 dan lain-lain. hadith no:6183 didalam Sahih Al-Jaami].

Begitu juga hadith dari 'Anbasah ibn Abu Sufyan, meriwayatkan Umm Habibah ra. Rasulullah saw berkata :

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ

"Barangsiapa yang bersolat siang dan malam 12 rakaat akan dibina rumah baginya di syurga : 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 selepasnya, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya' dan 2 rakaat sebelum Fajar" -[Hadith riawayat Al-Tirmudzi #380. Katanya : hadith yg diriwayatkan oleh ‘Anbasah didalam bab ini ialah hadith hasan dan sahih. No#6362 didalam Sahih Al-Jaami'].

Solat sunat mu'akkad ini sangat penting didalam menampung solat fardu yang kita lakukan. Menurut Dr Husamuddin Afana, pensyarah Fiqh dan Usul, Universiti Qudus Palestine :-

وخلاصة الأمر أن على المسلم المحافظة على الصلاة بشكل عام ، الفرض منها والسنة فإن النوافل والسنن تكمل ما يطرأ على صلاة الفريضة من نقص وكثير من المصلين تكون صلاة الفريضة عنده ناقصة إلا من رحم الله جل وعلا .

"Ringkasnya, perintah keatas seorang Islam ialah menjaga solatnya secara umumnya, samaada Solat Fardu dan sunat, maka sesungguhnya solat Nawaafil (sunat) menyempurnakan keatas Solat Fardu dari kurang dan banyaknya solat seseorang, dengan menampung kekurangannya, melainkan mendapat rahmat Allah"

Kesimpulannya ialah disebabkan kebanyakkan Solat Ba'diyyah selepas solat fardu merupakan amalan sunat yang sangat di tuntut (Sunat Mu'akkad), maka sewajarnya jika diberi pilihan samada Solat atau wirid, maka lebih afdal melakukan Solat ba'diyyah. Solat-solat sunat ini akan menjadi penempel kepada solat wajib yang kita tunaikan setiap hari apabila terdapat sebarang kekurangan. Akan tetapi jika diberi kelapangan, seelok-eloknya dilaku wirid yang thabit dari Nabi saw kerana ia merupakan amalan Nabi saw selepas solat, dan diikuti dengan solat sunat ba'diyyah.

=========
Rujukan :-

1. Sheikh Dr. Ahmad Syurbasi. الفرق بين المندوب والمباح. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=96011

2. Sheikh Dr Husamuddin Afana. صلاة الفريضة دون النافلة . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=88168

0 comments:

Post a Comment