Salam
Dlm keadaan seseorang diserang migrain (yang perlu makan ubat dan tidur), yang manakah patut dilakukan? (situasi utk solat maghrib)
i) tangguhkan solat dan qadha' ketika bangun waktu mlm (utk khusyuk).
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)
JKK
Wassalam
_________________
g@y@t
w'salam
Quote:
i) tangguhkan solat dan qadha' ketika bangun waktu mlm (utk khusyuk).
Haram hukumnya meninggalkan solat dgn sengaja. Dan ini termasuk dalam kesengajaan.
Quote:
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)
Ya. gagahkan diri. Dalam keadaan perang sekalipun solat itu wajib. Bahkan dalam keadaan terlantar di katil hospital atau dalam keadaan menghadapi mautpun solat fardhu itu wajib, apatah lagi sakit migrain.
Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
Asalamu'alaikum
Tambahan sedikit -
a. Anda boleh bersolat dalam keadaan mana anda mampu ketika itu. Imran ibn Husain ra berkata :-
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب
"Rasulullah saw bersabda kepadaku : Solatlah sambil berdiri, jika tidak mampu solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]
Di riwayatkan oleh Jabir ra. bahawa Nabi saw telah bersabda kepada seorang yang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk ruku' dan sujud,
صلِّ على الأرض إن استطعت ، وإلا فأومِ إيماءً ، واجعل سجودك أخفض من ركوعك
"Solatlah di atas bumi jika kamu mampu, jika kamu tidak mampu, gerakkan sahaja kepala kamu, dan jadikanlah sujud lebih rendah dari ruku'" [Hadith Riwayat al-Baihaqi dengan Isnaad yang kuat].
Jika khuatir akan jatuh kalau berdiri, anda bolehlah melakukan solat secara duduk.
b. Andai kata sakit tersebut pada ketika itu teruk sangat, salah satu keadah solat bagi mereka yang uzur adalah menjamakkan solat, Anda boleh melakukan Jama' Takhir didalam keadaan ini, contohnya melakukan solat Zohor dan Asar di waktu Asar. Kedua-dua solat ini TIDAK boleh di QASARkan (pendekkan), misalya lakukan Zohor 4 rakaat dan Asar 4 rakaat.
Nabi saw memberi izin kepada seorang wanita yang menghadapi istihaadah menjamakkan solatnya sebagaimana didalam hadith riwayat Abu Daud (#287) dan al-Tirmudzi (#128). Imam Ahmad mengatakan bahawa ini merupakan dalil membenarkan seorang yang sakit menjamakkan solat, malah mengatakan bahawa kesukaran orang yang sakit lebih teruk daripada keadaan orang yang bermusafir. [Kashshaaf al-Qinaa' (2/5)].
Sekian, wassalam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
bagaimana jika sorang pesakit itu tak mampu untuk ke bilik air utk mengambil wuduk?bagaimana dia hendak solat?
Assalammualaikum
maaf soalan tidak berjawab kerana terlepas pandang...
tak mampu berwuduk:
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/soalt-tanpa-wuduk.html
salam....
a)bagaimana kedudukan solat ketika duduk?
b)kedudukan yang saya hanya mampu bersila tetapi kaki kanan lurus kerana tidak dapat bengkokkan seperti duduk antara dua sujud?bolehkah solat dalam keadaan tersebut...
w'salam
Boleh solat dalam keadaan duduk separuh bersela gitu kerana sakit. Kalau solat jamaah dimasjid cari tempat yang sesuai untuk duduk dalam saf. Masa rukuk letak dua tangan atas lutut tundukkan kepala sebagai isyarat rukuk. Masa sujud tundukkan kepala sebagai syarat sujud. Ada banyak orang yang mengalamai masalah yang sama kelihatan dalam solat jamaah di masjid. WA.
Salam. Saya ada masalah tulang blakang. Boleh berdiri tapi tak boleh tunduk banyak . Bolh tak saya solat diri, rukuk tunduk sikit tp tangan nk sampai peha pun xleh n sujud tunduk lebih skit dr rukuk?
Salam.saya sakit tekak and sakit bila mahu bercakap..apabila bercakap saya akan jadi sengau.jadi apabila saya solat kalimah2 saya sebut akan turut mnjadi sengau..bagaimanakah solat saya?
Post a Comment