Monday, January 19, 2009

Doa Bahasa Melayu Lepas Tasyahud

Assalamualaikum wbt...

1.Bolehkah kita berdoa dalam bahasa Melayu selepas tahiyat akhir?
2.Bagaimana kedudukan jari telunjuk?

************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Shohor dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1. Mungkin sdr maksudkan ialah selepas bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. Syeikh Nasyiruddin al-Albani menyebut didalam Ringkasan Solat Nabi bahawa selepas selesai membaca Tashahud akhir :-

ثم يدعو لنفسه بما بدا له , مما ثبت في الكتاب والسنة , وهو كثير طيب فإن لم يكن عنده شيء منه , دعا بما تيسر له , مما ينفعه في دينه , أو دنياه .

"Kemudian hendaklah membaca do'a untuk dirinya mana2 lafaz yang sesuai, sebagaimana yang diriwayatkan dari al-Quran dan sunnah. Terdapat banyak sekali do'a yang baik, dan jika dia tidak mengetahui akan do'a2 tersebut, berdo'alah dengan apa2 yang mudah, bagi perkara yang bermunafaat untuk dirinya dan agamanya, atau dunianya" [Talkhis Sifat Solat Nabi saw, #176].

Syarat membaca do'a hendaklah didalam Bahasa Arab, kerana seseorang itu masih lagi didalam solat. Menurut Shaykh Abdul Karim al-Khudayr :-

الدعاء في اللغة الإنجليزية وغيرها من اللغات جائز خارج الصلاة ، وأما الصلاة فلا يجوز شيء منها بغير العربية عند جمهور العلماء

"Do'a didalam bahasa inggeris atau lain2 bahasa dibenarkan di luar solat, dan didalam solat tidak boleh menggunakan bahasa yang lain melainkan bahasa Arab menurut Jumhur ulama'".

Ibn Taimiyah rh mengatakan boleh bagi sesiapa yang tidak mampu berbahasa Arab, boleh membaca do'a didalam bahasa apa yang diketahuinya diluar solat (Majmu' al-Fataawa, 22/488-489).

Anda boleh merujuk kepada url dibawah ini untuk penjelasan lanjut :-

SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17686&highlight=doa+bahasa+arab

2. Kedudukan jari telunjuk berbeza mengikut Mazhab, akan tetapi sahih nabi mengerakkan jari telunjuknya semasa solat. Diantara pandangan ulama' :-

a. Mazhab Hanafi - mengerakkan jari telunjuk semasa perkataan "LA" didalam ayat "Ashadu..."
b. Mazhab Syafie - .semasa membaca "illa Allah"
c. Mazhab Maliki - mengerakkan jari telunjuk kekiri dan kekanan sehingga selesai solat
d. Mazhab Hanbali - menunjukkan jari semasa menyebut nama Allah tanpa mengerakkannya.

Bagi merumuskan kedudukan jari telunjuk didalam Tashahud, disini kita memetik Ringkasan Sifat Solat Nabi karangan Syeikh Nasyiruddin Al-Albani :-

- Hendaklah menggengam tangan kanan dan menemukan ibu jari dengan jari tengah.(ويقبض أصابع كفه اليمنى كلها , ويضع إبهامه على إصبعه الوسطى تارةً )
- [Ibu jari dan jari tengah] akan membentuk seperti bulatan (وتارةً يُحلَّق بهما حلقةً)
- Jari telunjuk hendaklah mengadap qiblat (ويشير بإصبعه السبابة إلى القِبلة )
- hendaklah dia melihat kearah jari telunjuk (ويرمي ببصره إليها)
- mengerakkan jari, melakukannya semasa do'a, dari tashahud sehingga selesai (ويحركها يدعو بها من أول التشهد إلى آخره .) - perbicaraan mengenai mengerak2 jari telunjuk ini panjang. Sila rujuk kepada URL :
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=11555 (Studi berkaitan jari telunjuk ketika Tasyahud).

WA, wassalam

Rujukan :
=============
1. Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw (تلخيص صفة صلاة النبي صلى الله عليه وسلم). url : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10647

Sheikh Hj Kamin - AAN

0 comments:

Post a Comment