Thursday, January 15, 2009

Cara Solat Duduk

Salam
Bolehkah sasaorang tu yang tak boleh sujud sebab kecederaan pada lututnya bersalat duduk diatas kerusi dari awal salat hingga akhirnya tanpa berdiri dan rukuk walaupun ia mampu berbuat demikian?

Terima Kasih.

***************

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Tengku dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mengenai Solat wajib secara duduk bagi seorang yang masih mampu berdiri, adalah tidak dibenarkan menurut makna umum firman Allah swt :-

وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

"dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk" - [al-Baqarah 2:238]

dan juga hadith Imraan ibn Hussein, dimana Rasulullah saw bersabda :

صلِّ قائماً فإن لم تستطع فقاعداً ، فإن لم تستطع فعلى جنب

"Solatlah berdiri, jika tidak mampu hendaklah duduk, dan jika tidak mampu berbaring disebelah tepi" - [hadith riwayat al-Bukhaari #1117] -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 8/126].

Pada dasarnya, seorang yang sakit hendaklah melakukan solat mana yang mungkin pada setiap rukun solat, dan dia tidak perlu melakukannya posisi mana yang tidak mampu dilakukan, sebagaimana firman Allah swt :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - [al-Baqarah 2:286]

Begitu juga dengan sabda Nabi saw :

إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Jika apa aku perintahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukan sejauh mana yang kamu mampu" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #7288, Muslim #1337]

Bagi keadaan yang dinyatakan diatas, apa yang boleh dilakukan ialah, lakukan Qiam seperti biasa (kerana ia mampu melakukan), kemudian rukuk, dan bila tiba rukun sujud, maka bolehlah duduk diatas kerusi sambil menundukkan kepala kedepan bagi menandakan situasi sujud. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz [Ahkaam Salaat al-Mariid wa Tahaaratihi]:-

ومن قدر على القيام وعجز عن الركوع أو السجود لم يسقط عنه القيام ، بل يصلي قائماً فيومئ بالركوع ( يعني وهو قائم ) ، ثم يجلس ويومئ بالسجود . . . ويجعل السجود أخفض من الركوع

"Barangsiapa yang mampu berdiri tetapi tidak mampu rukuk atau sujud TIDAK dikecualikan dari kewajipan berdiri (qiam), bahkan ia hendaklah solat berdiri, kemudian kedepan sedikit untuk rukuk (yakni dia masih qiam), kemudian duduk dan kedepan sedikit untuk sujud, ia harus kedalam sedikit bagi membezakan dengan rukuk"

Tambah beliau lagi :

ومتى قدر المريض في أثناء الصلاة على ما كان عاجزاً عنه من قيام أو قعود أو ركوع أو سجود انتقل إليه وبنى على ما مضى من صلاته

"Dan semasa solat, jika seorang yang sakit itu boleh melakukan sesuatu yg ia tidak boleh melakukan sebelum itu, seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud, dia harus mula melakukannya dan meneruskan dari apa yang dia boleh bagi menyempurnakan solat"

Kesimpulannya, jelas menunjukkan jika seorang yang sakit mampu berdiri semasa solat fardu, kewajipan berdiri itu masih tidak terangkat darinya. Duduk dibenarkan didalam kondisi rukun mana yang seseorang pesakit itu tidak mampu melakukannya, Bagi solat sunat, bolehlah seseorang itu melakukan solat sepenuhnya sambil duduk. wallahu'alam.

wassalam
================
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 8. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.

85 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanyakan tentang bagaimanakah cara mengerjakan solat sekiranya tidak boleh rukuk dan sujud? adakah sah jika solat tanpa bersujud?

Admin said...

solat dengan duduk di atas kerusi atau atas lantai. Letak tangan atas lutut cuma tundukkan kepala sebagai isyarat rukuk atau sujud... WA

Anonymous said...

salam,
mak saya mempunyai lemah dari segi otot dan mgkin urat saraf, mak saya boleh berdiri, tapi bila duduk atau naik tangga, keadaanya seperti kurang upaya, perlu berpaut sesuatu untuk bangun, saya melihat sendiri mak saya ketika solat, mampu berdiri, tetapi untuk bangun dari sujud itu cukup menyeksa dia untuk bangun,sah atau tidak sekiranya mak saya solat duduk?

Admin said...

w'salam

sah solat dia walaupun duduk kerana ini termasuk dalam masalah uzur dan sakit yang dimaafkan. WA

aida said...

bolehkah wanita mengandung (yang sedang sarat) solat secara duduk?

Admin said...

boleh duduk aida kalau memang tak larat langsung, tapi kalau mampu berdiri eloklah berdiri macam biasa. WA

Anonymous said...

salam,saya wati ingin bertanya satu soalan kepada ustaz.Saya berumur 37thn. saya menghadapi masalah nak sembahyang tapi sya x blh duduk. lutut sy sakit... jadi blh ka sya sembhyang secara duduk d atas kerusi. sedangkn sya berkemampuan berjalan dn bekerja seperti biasa. cuma bezanya sya x blh duduk melainkan duduk d atas kerusi. harap ustaz dpat membantu sya....

Admin said...

w'salam,

tentulah boleh duduk kalau memang betul-betul uzur. Sementara umur masih muda latih dan rawat keadaa lutut supaya boleh solat macam biasa. WA

piqah said...

salam ustaz, sekiranya sya hendk sembhyang secara duduk d atas kerusi adakah niat solat sma seperti kta sembahyang sperti biasa.

Anonymous said...

Salam ustaz, saya masih tidak faham dengan "Bagi keadaan yang dinyatakan diatas, apa yang boleh dilakukan ialah, lakukan Qiam seperti biasa (kerana ia mampu melakukan), kemudian rukuk, dan bila tiba rukun sujud, maka bolehlah duduk diatas kerusi sambil menundukkan kepala kedepan bagi menandakan situasi sujud"
adekah bermaksud setiap rakaat ketika waktu sujud diganti dengan duduk diatas kerusi sambil menundukkan kepala kedepan bagi menandakan situasi sujud? terima kasih

Admin said...

solat duduk dengan solat biasa sama sahaja niatnya.

Maksudnya kepada sesiapa yang boleh berdiri dan boleh rukuk tetapi tidak mampu atau tidak boleh melakukan sujud dan duduk antara 2 sujud kerana sakit. Sediakan kerusi kat belakang kita berdiri tu masa sujud duduk atas kerusi sahaja, letak dua 2 tangan atas lutut dan tundukkan kepala sebagai isyarat kita sedang sujud dan baca tasbih sujud. WA

Anonymous said...

Admin said... solat duduk dengan solat biasa sama sahaja niatnya.

Maksudnya kepada sesiapa yang boleh berdiri dan boleh rukuk tetapi tidak mampu atau tidak boleh melakukan sujud dan duduk antara 2 sujud kerana sakit. Sediakan kerusi kat belakang kita berdiri tu masa sujud duduk atas kerusi sahaja, letak dua 2 tangan atas lutut dan tundukkan kepala sebagai isyarat kita sedang sujud dan baca tasbih sujud. WA
April 18, 2011

Salam Ustaz,

Terima kasih di atas penerangan tersebut.

Anonymous said...

salam ustaz,ibu saya sakit lutut,lutut nya sakit.berdiri dia boleh.bolehkah dia solat secara duduk bersila?

Anonymous said...

As Salam Ustaz....
Saya seorang yang menggunakan kaki palsu akibat kemalangan jalan raya sejak 2007.
masalah saya dalam solat hanya tidak boleh duduk antara dua sujud....
soalan saya bolehkah saya solat dalam keadaan duduk di atas lantai dengan menjulurkan kaki kanan saya (kaki Palsu)sepanjang mengerjakan solat...?

ini la kedudukan soalat yang saya amalkan semenjak saya berkeadaan mcm ini...adakah solat saya sah Ustaz...?

Admin said...

menggunakan kaki palsu adalah termasuk dalam masalah uzur, anda boleh duduk berlunjur atau boleh duduk diatas kursi.

Anonymous said...

Terimah kasih Ustaz....

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.saya ibu mengandung 2bulan lebih.saya mengalami alahan yg teruk.hinggakan ke bilik air @ sinki pun boleh muntah setiap kali ambil wudhu'.bolehkan dalam keadaan itu saya jamakkan solat?contohnya magrib dan isya'?saya juga tidak mampu utk berdiri lama yakni qiam.apabila rukuk dan sujud pasti akan rasa nk muntah.Dalam keadaan itu, bolehkah saya solat duduk dlm posisi duduk antara dua sujud?

Admin said...

harap puan bersabar kerana alahan begitu adalah kebiasaan seorang ibu diperingkat awak mengandung. Cuba sedaya upaya sempurnakan wuduk, kalau terlalu kerap muntah setiap kali wuduk puan boleh usahakan bertayamum sahaja.

masalah ini termasuk dalam masalah UZUR jadi puan dibenarkan solat dengan cara duduk.

Anonymous said...

As salam, saya pun ada soalan. Saya ni seorang yg obes.

Saya susah untuk duduk ketika duduk antara 2 sujud dan duduk utk tahyat awal dan akhir.

Jadi bolehkah saya nak solat secara duduk dari rakaat 1 hingga rakaan akhir untuk 5 waktu tersebut?

Bagaimanakah cara untuk menunaikan solat secara duduk dan langkah2nya. Boleh ke ustaz memberikan saya kesemua jawapan ini dengan lengkap.

Anonymous said...

Pembetulan...

Jadi bolehkah saya nak solat secara duduk dari rakaat 1 hingga rakaat akhir untuk 5 waktu tersebut?

Bagaimanakah ustaz menunjukkan cara untuk menunaikan solat secara duduk (bergambar)dan langkah2nya dengan lengkap (step by step).

Boleh ke ustaz memberikan saya kesemua jawapan ini dengan lengkap.

Anonymous said...

Salam ustaz,
Saya ada masalah air kencing menitis secara tak sengaja seperti apabila saya rukuk atau sujud secara penuh. Bagaimana saya hendak bersolat?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, saya masih tidak faham dengan
"Dan semasa solat, jika seorang yang sakit itu boleh melakukan sesuatu yg ia tidak boleh melakukan sebelum itu, seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud, dia harus mula melakukannya dan meneruskan dari apa yang dia boleh bagi menyempurnakan solat"
blh ustaz tolong jelaskan?
jazakumullah ustaz..

Admin said...

Jika mampu berdiri wajib berdiri walaupun tak mampu rukuk dan tak mampu sujud. Berdiri adalah rukun wajib solat kecuali tidak mampu kerana sakit. Bagi yang boleh berdiri tapi tidak boleh rukuk dan tidak boleh sujud kerana masalah sakit sediakan kerusi untuk duduk semasa rukuk dan sujud, semasa berdiri hendaklah berdiri macam biasa. WA

Admin said...

masalah kencing yang sentiasa menitis hendaklah di alas dengan kain pada pakaian dalam supaya ia tidak mengenai anggota lain. Hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat. WA

Admin said...

Bagi yang tidak boleh rukuk dan tidak boleh sujud serta duduk di atas kerusi hendaklah menundukan kepalan kebawah sebagai isyarat rukuk atau isyarat sujud. Kedudukan tangan adalah sama seperti kedudukan masa rukuk dan kedudukan masa sujud biasa. WA

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz...nenek saya boleh berdiri dan berjalan secara normal dengan bantuan tongkat..namun,ketika menunaikan solat,beliau lebih selesa berdiri.tetapi ada masanya beliau berasa letih dan sakit serta mahu menunaikan solat secara duduk.Bagaimana cara solat yang disyorkan kepadanya.adakah beliau perlu berdiri dahulu atau duduk untuk kesemua rakaat.dan,jika beliau ingin menukar cara solat ketika dalam solat,bagaimana caranya..sekian,,terima kasih...

Admin said...

Solat fardu wajib berdiri kerana berdiri adalah salah satu rukun wajib solat, cuma dimaafkan dan boleh duduk jika sakit dan uzur memang tak mampu berdiri.

solat sunat boleh solat sambil duduk tapi hanya dapat setengah pahala sahaja. WA

Anonymous said...

salam ..
saya nak tanya .. saraf dilutut saya koyak .. macam mana cara saya nak solat dengan sempurna ?? bagaimana posisi duduk yang sepatutnya ??
*harap dapat diperjelaskan kekeliruan saya ini ..
terima kasih ..

Admin said...

koyak saraf atau otot boleh kira dalam keadaan uzur. Solat cara duduk atas kerusi sementara waktu, kesakitan akan pulih dalam jangaka masa singkat. WA

Anonymous said...

assalamualaikum,apa khabar?saya ada masalah tentang sembahyang.Saya nak tanya saya ada masalah lutut tak boleh sujud dan duduk di kerusi bila sembahyang.bagaimana caranya saya bertakbir secara duduk atau berdiri atau bila selepas rukuk baru saya duduk di kerusi pada rakaat pertama?.Bagaim ana saya membetulkan cara sembahyang saya ini?boleh tak huraikan masalah saya ini dan tujukan caranya ,sekian wassalam...

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,sy ada pertnyaan berkenaan dengan solat duduk nh,adakah semasa mengangkat tangan ketika takbiratulihram perlu berdiri dahulu kemudian baru boleh duduk(solat secara duduk)..keduanya bagaimana pula keadannya sewaktu mengangkat tangan takbiratulihram tetap dalam keadaan duduk walhal kita masih blh berdiri tetapi tidak terlalu lama?mohon pencerahannya..jazakallahukhair..

Anonymous said...

Masaalah tak boleh berdiri lama, tapi boleh rukuk & sujud seperti biasa. Aku pernah mengalaminya.

Ini yg aku pernah buat, berdasarkan ilmu aku setelah bertanya & membaca.

Mula2 aku bertakbir sambil berdiri & selepas baca fatihah aku duduk kat kerusi (sbb tak tahan berdiri lama).
Then masa rukuk aku bangun dari kerusi & rukuk seperti biasa, begitu juga sujud. Begitu lah seterusnya sehingga rakaat berikutnya & seterusnya duduk tahiyat akhir.

Pergerakan aku buat pelan2 ikut keselesaan & meminimakan sakit.

Duduk tahiyat akhir aku buat ikut selesa yg tak menyakitkan (yg rukun tu duduknya, bukan cara duduknya, cuma cara biasa tu ialah disepakati ikut Nabi saw, tapi klu dahrurat, apa cara tak pe, yg penting duduk).

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt wbt,
Saya rasa kebanyakan soalan mengenai solat secara duduk kerana sesuatu penyakit tidak spesifik. Saya mengalami osteoarthritis di kedua-dua belah lutut. Saya boleh berdiri setempat seperti orang besolat, tapi tidak terlalu lama kerana saya akan kesakitan dan sukar berjalan jika terlalu lama berdiri setempat. Saya boleh berjalan, tetapi tidak terlalu jauh tanpa alat sokongan. Pada masa in saya menggunakan knee braces utk berjalan jarak yang jauh ("jauh" di sini bermakna melebihi lebih kurang 100 meter). Saya tidak boleh membengkokkan lutut lebih dpd 90 darjah. Ini bermakna saya tidak boleh duduk di antara dua sujud atau duduk tahiyat. Apabila saya berdiri terlalu lama, adakalanya saya tidak boleh duduk, walaupun di kerusi, kerana lutut seakan terkunci dan tidak boleh dibengkokkan. Pernah ketika bersolat sunat di Masjid Nabawi, saya hampir terjatuh ketika hendak duduk utk di atas kerusi utk bersujud selepas rukuk secara biasa kerana lutut "locked" dan tidak boleh dibengkokkan. Dlm keadaan sebegini, tidakkah saya dibolehkan memutuskan sendiri cara saya harus bersolat pada sesuatu waktu berdasarkan keadaan fizikal saya pada waktu solat berkenaan? Pendapat yg diberikan di blog ini pada pandangan saya adalah terlalu umum dan dikhuatiri pembaca yg mempunyai masalah yg berbeza akan merasa kurang yakin dan was-was dgn apa yg mereka lakukan. Dan bagi mereka yg tidak mengalami penyakit yg berkenaan dan tiada masalah solat seperti biasa akan tersalah faham dan memandang serong kpd org yg bersolat secara duduk. Oleh itu, saya harap soalan saya di sini, yg hanya utk saya dan mereka yg mengalami penyakit serupa, dpt dijawab dgn spesifik dan tidak secara umum. Seperkara lagi, bagi mereka yg mempunyai masalah serupa dgn saya, juga akan mengalami kekekokan apabila solat berjamaah. Jika kita bersolat dan menggunakan kerusi hanya pada waktu sujud, kita tidak akan mengikut saf apabila kita berdiri kerana kerusi harus selari dgn saf. Jika kita berdiri mengikut saf, kerusi perlu dikebelakangkan dan ini akan menghalang jemaah yg berada di belakang daripada rukuk dan sujud. Jadi apa perlu saya buat? Mungkin jawapan mudahnya saya adalah saya perlu bersolat di saf yg paling belakang, tetapi itu rasa saya bukan penyelesaiannya. Saya harap Ustaz dapat membantu org-org yg mengalami keadaan seperti saya ini. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam...saya ingin bertanya tentang kaki saya yang tidak boleh dibengkokkan dengan sempurna,jd apabila duduk antara dua sujud,kaki saya terketepi dari tempat duduk saya...saya ingin tahu samada saya perlu duduk atau berdiri kerana saya mampu untuk berdiri,tetapi duduk antara dua sujud tidak dapat dilakukan dgn sempurna....???

terima kasih kerana sudi membalas.

Anonymous said...

salam..saya mempunyai penyakit adanya tumour besar d bahagian abdomen,ia membesar dr saraf tunjang hingga ke kawasan bawah kulit,jadi tumour ini dah mengelilingi system perut n usus saya n kadang2 menyebabkan sakit d abdomen,saya khuatir jika solat secara normal n rukuk n sujud seperti biasa akan menyebabkan bahagian abdomen sy ter'compressed' lalu menyebabkan tumour menghimpit perut/usus lalu memudharatkn lg keadaan sy.selama ini sy solat sambil duduk atas kerusi walaupun mampu berdiri (sy juga bongkok akibat tumour juga mengcengkam otot peha kanan sy menyebabkan otot jd tegang dan tdak dapat diri tegak),jd bolehkah sy terus solat begini?adakah sah solat sy?mohon penjelasan

Anonymous said...

Salam..
saya boley berdiri dan berjalan...tpi saya mempunyai kesukaran untuk melakukan sujud dan duduk antara dua sujud berikutan kecederaan di lutut saya...
berdasarkan jawapan dan comment diatas saya dapati saya perlu memulakan solat saya dengan berdiri..
apabila hendak melakukan rukun sujud baru ler saya boley duduk di atas kerusi..
Persoalan saya adalah:
utk rakaat kedua dah seterusnya, adakah saya perlu bngun semula atau saya boleh terus duduk di atas kerusi?

Salam terima kasih saya dahulukan..

aLepAdonSaid said...

salam..saya ada kecederaan lutut yang mengakibatkan kesukaran bagi saya untuk bangun dari posisi duduk dan tidak mampu untuk melipat kaki dan melutut.. bolehkah saya solat duduk sepanjang masa?

saya takut solat saya tidak diberkati kerana saya sebelum ini hanya solat dalam keadaan duduk sepanjang solat.. harap diperjelaskan lagi..

Anonymous said...

salam...saya pernah solat dari mula hingga akhir secara duduk..sekarang baru tahu bahawa berdiri tegak adalah rukun... saya takut solat saya tak sah...

Anonymous said...

salam..
boleh tak terang kaedah sebenar solat menggunakan kerusi bagi jemaah??sebab sesetengah jemaah mengambil saf di bahagian tengah dan ini mengganggu jemaah di bahagian hadapan dan dibelakang..boleh tak ustaz/ustazah terangkan???

Unknown said...

Assalammualaikum ustad saya sarat mengandung dan pertanyaan Saya , bolehkah Saya solat duduk Kerana Saya hampir terbalik ke belakang selepas bang un dari rukuk. Perlukah Saya berdiri tegak kemudian terus duduk.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz kwan saya tanya kalau solat duduk itu membuatkan seseorang itu semakin rajin untuk bersolat fardhu apakah hukumnya?

Admin said...

Kalau uzur atau sakit macam mengandung tu kan bolehlah solat cara duduk, kalau boleh berdiri dulu sebelum duduk diutamakan berdiri dulu.

Berdiri dalam solat adalah rukun solat (wajib) kalau tidak sakit tidak boleh duduk dalam solat fardu. Dalam solat sunat kalau penat sangat boleh duduk tapi dapat setengah pahala sahaja dari orang yang berdiri. Solat fardu tak boleh duduk kalau tidak uzur. WA

Harap dapat difaham dengan jelas

Anonymous said...

askum ustaz...maaf sy mengganggu....sy ada masalah lutut...di mne sya x boleh duduk di antara dua sujut....klau berdiri sya x blh lma kerana akan terasa sakit di pelipat belakang lutut....cra yg mcm mne terbaik untuk sy menunaikn solat,,,adakah berdiri selepas itu sy duduk atau sya kekalkn dlm keadaan duduk...musykil berkenaan cra untuk solat,harap ustaz blh bg jwpan yg tepat pd sy....

Anonymous said...

salam.. sy nk tnya. sy baru je selesai mnjalani operation breast sy. semasa solat, sy tdk berani untuk rukuk @ sujud coz takut jahitan tu sakit. soalan sy, blh kah sy solat smbil duduk? n sekiranya sy solat smbil duduk, rakaat prtama sy prlu bdiri. setelah selesai rukuk n sujud dlm keadaan duduk, prlukah sy qiam untk rakaat kedua @ proceed solat smbil duduk je?

Niza Soraya said...

assalamualaikum ustaz, saya seorang student d luar negara, and negara ini tidak la menerima islam dgn terbuka, dan sebab itu kelas2 selalu bertindih dgn waktu solat dan jarak waktu antara dua kuliah tidak panjang, hanya beberapa minit, adakah saya boleh solat secara duduk di dalam dewan kuliah?

Anonymous said...

Salam ustaz. Sy nk bertanya satu soalan.Baru2 ni sy tlh berkunjung kerumah kakak sy. Anak sy nmpk kakak sy solat duduk diatas kerusi sedangkan kakak sy itu bukan menghadapi ape2 penyakit yg serius, malahan kakak sy boleh pegi kerja mcm org lain, dan mengambil tempahan masakan..Jadi sekembalinye kami kerumah ank sy tlh bertanye kn hal tersebut kpd sy. Sy ckp pd ank sy ape yg sy tahu solat duduk diatas kerusi yg pd org2 yg x mampu berdiri lama spt org2 tua yg duduk di wheel chair dan org2 yg mengalami kecederaan dilutut dan sbgnye. Tapi spt kakak sy punye kes ni, die hanya rasa penat berdiri lama semasa solat, ini adalah krn die byk mengambil tempahan masakan dan dimasa yg sama die juga berkerja. oleh yg demikian die rasa letih dan x dpt berdiri lama semasa bersolat. Adakah solatnye sah ustaz?

Admin said...

kena ingatkan dan bagi tahu dia bahawa berdiri dalam solat itu adalah satu rukun dan wajib kecuali benar-benar uzur.

boleh duduk tanpa sebarang uzur dalam solat2 sunat tapi hanya akan dapat setengah pahala sahaja. WA.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.., saya mengalami masalah ketika hendak duduk tahiyat akhir kerana sejak 5 hari yg lepas saya ada masalah bisul yg tumbuh pada bahagian paha sebelah belakang ., bila duduk tahiyat akhir saya merasa sakit yg teramat sngat .., bagaimana cara utk mengatasi masalah ini...

Anonymous said...

salam, setiap kali saya sembahyang mesti ada rasa angin yang keluar dari bahagian depan dan belakang, cuma saya tak yakin saya kentut sebab ianya keluar dengan tiba2 walaupun saya tak bergerak, tetapi saya tetap mengulangi wuduk dan solat berkali kali, (dalam 4 5 kali), kadang2 bukan angin yang keluar tapi rasa macam sesuatu meletup secara perlahan tanpa bunyi, oleh kerana saya sukar untuk solat kerana asyik rasa kan angin keluar, saya menunaikan sembahyang dengan cara berdiri seperti biasa, namun tiada sujud, maksudnya saya sembahnyang secara berdiri terus, adakah sah solat saya ataupun ada cara untuk saya mengatasi semua ini ? terima kasih.

Admin said...

jangan solat cara berdiri tak sah solat tu kecuali solat jenazah sahaja yang boleh berdiri ni. Solat mesti sempurnakan rukunnya.
Hukum buang angin, wuduk akan batal sekiranya kita dengar bunyinya atau kita terhidu baunya, selain dari itu tidak membatalkan wuduk. Kalau kita ada masalah sakit yang tidak boleh berhenti buang angin teruskan sahaja solat itu, ini dimaafkan kerana masalah uzur tapi kena ambik wuduk sekali setiap kali hendak solat. WA.

Anonymous said...

salam..adakah sah solat..jika kita berwuduk tetapi tidak dapat rukuk dan sujud dgn sempurna seperti biasa d sbb kan tiada tmpt yg sesuai (situasi d luar negara bkn negara islam)

Anonymous said...

sambungan...selalu nyer..solat d tepi jalan..atau dalam fitting room d shopping complex..dan yakin dgn arah kiblat..perlu d qada solat itu atau tidak perlu..? terima kasih byk2..

Aziz Cheah said...

kerusi harus letak di dalam saf atau dibelakang saf? kalau letak di dalam saf kita akan kedepan, akan ganggung saf belakang kalau letak di luar saf.

Unknown said...

Assalamualaikum...
Bagaimana dengan kedudukan saf bagi org yg solat menggunakan kerusi? Ia mampu berdiri dan rukuk, cuma sujud shj ia gunakan kerusi..rakaat ke2 ia berdiri semula begitulah seterus nya sehingga selesai.Satu lagi, Apabila makmum lewat, dtg dan solat disebelahnya...adakah saf makmum yg lewat tadi terputus safnya? sbb kerusi selari dgn saf jemaah lain..ia yg uzur tadi akan solat dihadapan dari jemaah yg lain, disbbkan ia mampu berdiri dan rukuk?
mohon penjelasan ustaz...

Anonymous said...

Kalau seorang itu boleh berjalan dan melakukan aktiviti harian...tapi ketika solat...dia tak boleh duduk antara 2 sujud da duduk tahiyat akhir kerana dia gemuk....jadi dia mengambil keputusan solat duduk bersila.
Sah kan solatnye?jika tak sah.ape cara solat yang sah?

Unknown said...

salam..ustaz, sy mengalami tisu koyak di kaki kiri menyebabkan sy tidak boleh duduk antara dua sujud tetapi masih boleh berdiri, rukuk dan sujud..Apakah cara solat yang sesuai dengan keadaan sy?

Anonymous said...

salam .bagaimana cara solat untuk orang yang obesiti dan tidak mampu duduk antara 2 sujud ?

black paper said...

assalamualaikum ustaz,
bagaimana pula dengan pelajar di luar negara,di mana kami dilarang bersolat di dalam banggunan universiti,adakah kami perlu bersolat dgn cara duduk, dan perlukah kami ganti semula solat kami yg duduk tadi dengan solat yg sempurna (berdiri) apabila sudah sampai ke bilik (asrama) kami?

yana said...

assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertnya, saya sedang mengandung 7 bulan... saya mengalami sakit pinggang dan belakang yg teruk sepanjang tempoh kehamilan, dari hari ke hari apabila kandungan semakin membesar... jika saya mahu bangun daripada duduk atau tidur pun saya perlu berpaut pada sesuatu dahulu utk membantu saya bangun.. begitu juga ketika solat, saya terpaksa cari sesuatu utk berpaut di tepi bg membantu saya bangun... dgn keadaan saya ini, bolehkah saya solat secara duduk...?? benar saya masih boleh berdiri tapi kesukaran saya ialah untuk bangun daripada duduk... harap ustaz dpt membantu saya dalam masalah ini...

Anonymous said...

Salam ustaz, sy ada luka yg banyak dibhagian lengan sbb kemalangan. Kalau kena air, memang pedih. Bolehkah sy bertayamum walaupun rumah ada air ?

Anonymous said...

Boleh kah berimamkan org yg solat menggunakan kerusi kerana sakit dgn alasan imam itu lebih Qori drpd makmum?

Astalavista_Guy78 said...

Assalamualaikum... Saya lelaki yang berumur 36 tahun dan mempunyai berat badan 135-142 kg.. Saya mempunyai masalah sakit lutut ketika naik dan turun tangga. Maka, ketika solat saya berasa berat untuk sujud . Maka saya selalu sembahyang sambil duduk dengan syarat berdiri untuk setiap raka'at dan hanya duduk di kerusi untuk tujuan sujud. Masalahnya apabila saya ke Masjid untuk solat sambil duduk, beberapa orang yang datang untuk solat perli, ejek dan mengata saya dengan berkata "Dahlah muda lagi , tapi nak solat sambil duduk apesal? Jalan boleh tapi nak sembahyang kerusi apesal" Komen komen seperti ini dari masyarakat membuatkan saya berasa malas ke Masjid.. Saya inginkan penjelasan dari Ustaz, untuk tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Terim kasih dan Wassalam....

Anonymous said...

Salam ustaz..blh kah kt bersolat dgn cr dduk mcm antara 2 sujud..sekian terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.,sy ada pertnyaan berkenaan dengan solat duduk (bersila) adakah semasa mengangkat tangan ketika takbiratulihram perlu berdiri dahulu kemudian baru boleh duduk kembali (bersila)..saya mempunyai maslah kaki kanan terdapat besi, jadi tidak boleh melipatkan kaki. bagaimana pula keadannya sewaktu mengangkat tangan takbiratulihram tetap dalam keadaan duduk walhal kita masih blh berdiri tetapi tidak terlalu lama?mohon pencerahannya.

Hamba Allah said...

Assalamualaikum ustaz. Sya menghadapi masalah semasa duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir ( kaki kanan xdpt nak ditegakkan keatas ). Mohon pencerahannya

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,Saya pengidap penyakit athritis yang mana sakit pada sendi sendi badan.Soalan saya,saya solat seperti biasa berdiri,dan rukuk,masalahnya saya mampu sujud tetapi tak boleh hendak duduk antara dua sujud kerana kedua lutut tak boleh di bengkokkan.Malahan saya sukar sedekit untuk bangun kerana masalah sendi pada kedua pergelangan tangan dan lutut saya.Jadi bolehkah saya duduk untuk membuat sujud atau sebaliknya.Mohon pencerahan.

Mohamad Khail said...

assalamualaikum ustaz, saya telah menjalani amputation di kaki kiri saya di bawah lutut, dan semasa solat , saya hanya bolih berdiri mengunakan lutut, saya bolih sujud, tetapi saya sukar hendak duduk tahiyat awal dan akhir. Semasa tahiyat awal dan tahiyat akhir, saya ke posisi berdiri di atas lutut, dan menegak kan jari saya. bolih kah saya solat begini. Harap ustaz bolih jelaskan lebih lanjut.

Anonymous said...

assalamalaikum, dalam persoalan Cara Solat Duduk ini saya cuma inginkan kepastian, pada rakaat pertama, ketika qiam wajib berdiri kecuali bagi mereka yang langsung tidak boleh berdiri, kemudian duduk bagi mengerjakan ruku dan sujud bagi yg uzur, Selesai sujud secara duduk, dan bagi rakaat kedua, adakah seorang itu perlu berdiri semula? Atau terus duduk sehingga mengucap salam.

SmahChott a/l Turkiye said...

Assalamualaikumm Ustaz:Izin saya ulangi soklan seperti diatas-Saya mempunyai permasalahan kedua2 belah lutut sukar di bengkokkan.Jika kita bersolat dan menggunakan kerusi hanya pada waktu sujud, kita tidak akan mengikut saf apabila kaki kita berdiri kehadapan kerusi sikit sewaktu "takbiratul ihram" kerana kerusi harus selari dgn saf. Jika kaki kita berdiri mengikut saf, kerusi perlu dikebelakangkan dan ini akan menghalang jemaah yg berada di belakang daripada rukuk dan sujud. Jadi apa perlu saya buat dalam kaedah meletakkan kerusi ini-Terima kasih.

Anonymous said...

ustaz tak jawab pon.Apa yg saya nampak banyak soklan bertanyakan letaknya kerusi ketika solat jemaah.....nampak mudah tp tak siapa pon berani jawab.

Anonymous said...

Bolehkah berimamkan org yang solat duduk, ustaz. Mohon penjelasan.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanya,bagaimanakah saya ingin membetulkan duduk tahiyat awal.puas sudah saya cuba membetulkan mengikut gambar di dalam buku sembahyang tapi tidak berhasil.saya merasakan diri ini kerdil sedangkan anak saya yg berumur 2 tahun mampu duduk tahiyat awal dengan baik.

Unknown said...

Tuan, apa kah boleh org yg solat duduk semasa ber sujud dia sujut di kerusi yg di sediakan di hadapan .
bermakna semasa solat ada dua kerusi 1 untuk duduk 1 lagi untuk bersujud.
Terima kasih.

Unknown said...

asslamualaikum ustadz,tlg berikan saya penjelasan ,ini menyangkut dlm ibadah sholat saya,saya mengalami kecelakaan kaki kanan saya tdk bs d tekuk untuk melakukan sujud maupun duduk dantara 2 sujud,klu sholat berjamaah saya selalu mengambil posisi d belakang shaaf sendiri,agar tdk menggangu jemaah lain ketika saat sujud atw pun duduk d antara 2 sujud,apakah sholat bejaamah saya sah ustadz ,apakah belaku uzur sari,ah bgi saya ustadz karena saya mengambil posisi d belakang shaff,moh0n sangat penjelasan nya ustadz

Anonymous said...

salam ustad
bolehkah orang cacat menjadi imam?
terimakasih

Kak Dia said...

assalamualaikum.. tlg jelaskn bagaimana cara solat sy jika sy sakit di bahagian pinggang? sy mngalami kesukaran utk rukuk. tp bdiri dan sjud tiada masalah.

Kak Dia said...

assalamualaikum.. tlg jelaskn bagaimana cara solat sy jika sy sakit di bahagian pinggang? sy mngalami kesukaran utk rukuk. tp bdiri dan sjud tiada masalah.

Nur Zahirah said...

assalamualaikum.. saya baru lepas eksiden kecil, luka tu dilutut sahaja. tapi masa saya solat nak sujud sakit, tapi saya gagahkan juga untuk selesaikan solat saya. Sah tak solat saya? Dan satu lagi soalan, luka kecil saya dekat lutut boleh saya buat solat duduk ke?

Nur Zahirah said...

assalamualaikum.. saya baru lepas eksiden kecil, luka tu dilutut sahaja. tapi masa saya solat nak sujud sakit, tapi saya gagahkan juga untuk selesaikan solat saya. Sah tak solat saya? Dan satu lagi soalan, luka kecil saya dekat lutut boleh saya buat solat duduk ke?

RAISYA said...

Assalamualaikum , masalah yg saya hadapi sekarang adalah sukar untuk sujud ketika solat , kerana dilutut saya ad bisul , sy sudah cuba tapi saya tidak mampu ?

RAISYA said...

Assalamualaikum , masalah yg saya hadapi sekarang adalah sukar untuk sujud ketika solat , kerana dilutut saya ad bisul , sy sudah cuba tapi saya tidak mampu ?

athinn said...

Assalam ustaz.Saya sering mendapati rakan saya solat fardhu dlm keadaan duduk walaupun sebnarnya dia mampu berdiri.Apakah hujah ustaz untuk membuktikan cara menunaikan solat yang dilakukan itu adalah salah?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..
Sy ingin bertanya boleh kah solat duduk bila didalam situasi berikut
Di dalam bilik yang tiada ruang untuk solat..
Solat diatas katil dengan berkeadaan duduk
Tidak yakin untuk solat berdiri memandangkan keadaan katil yang bergoyang
Adakah solat sah jika dilakukan dalam keadaan duduk?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, saya bekas pesakit burn 24% second degree(kebakaran di bahagian kedua tangan, kedua kaki dan muka) dan kesan daripada peristiwa itu, saya tidak mampu untuk berdiri tetap untuk jangka masa yang lama, kerana kaki saya akan terasa pedih seperti mencucuk-cucuk, saya hanya mampu membaca Al-fatihah semasa berdiri tetap ketika solat berseorangan, tapi kan ustaz saya pun mahukan pahala berjemaah, apa yang perlu saya lakukan ustaz kerana jarang imam yang membaca surah Al-Fatihah sahaja ? Saya sudah pernah mencuba untuk bertahan tetapi ia sangat sakit sehingga saya menangis di dalam solat dan saya terpaksa untuk menggerak-gerakkan kaki saya beberapa kali ketika sedang solat untuk mengurangkan rasa sakit, sahkah solat berjemaah saya?
-Gadis 19 tahun-

Unknown said...

Assalamualaikum boleh ke solat duduk kalau kita boleh berdiri seterusnye rukun n last iktidal tapi part sujud dgn duduk tahiyat awl akhir tu ats kerusi?

Post a Comment