Friday, January 2, 2009

Beralih Tempat Untuk Solat Sunat

Salam

Benarkah terdapat hadith yang menganjurkan kita supaya beralih tempat apabila ingin menunaikan solat sunat selepas solat fardhu?

Wassalam
_________________


Salam

1) Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dgn sanad hasan dari Ali, dia berkata, "Termasuk sunnah agar imam tidak solat sunat hingga berpindah dari tempatnya."

2) Dari As-Sa'ib bin Yazid bahwasanya ia solat jamaah bersama Muawiyah, lalu ia solat sunat sesudahna. Maka Muawiyah berkata kepadanya, "Apbila engkau solat jumaat, maka jangan teruskan solat sunat hingga engkau berbicara atau keluar, kerana sesungguhnya Nabi saw memerintahkan demikian."[HR Imam Muslim]

3) Al-Mughirah Ibn Syu'bah ra berkata, "Rasulullah saw bersabda, "Jgnlah imam sembahyang sunat di tempat ia bersembahyang fardhu, hingga ia pindah.""[HR Ibn Majah dan Abu Daud dan menurutnya hadis ini munqathi]

4) Abu Hurairah ra berkata, "Nabi saw berkata, "Apakah tak sanggup seseorang kamu apabila telah bersembahang(solat fardhu) supaya maju sedikit atau mundur sedikit atau kekanannya atau kekirinya.""[HR Ahmad dan Abu daud. Menurut Abu Hatim ar-Razi terdapt seorang perawi yg tidak terkenal]

Berdasarkan hadis2 di atas, imam hendaklah tidak bersembahyang di tempat dia bersembahang fardhu. manakala makmum hendaklah ia berpindah atau berbicara berdasarkan hadis no 2 di atas. WA.

Wassalam

Rujukan

Fathul Bari
Ibnu Hajar al-Asqallani

Koleksi Hadis2 Hukum 4
TM Hasbi
_________________

Wassalam

Tashih dan Tahqeeq:

Jawapan crew Fiqh Ahkam kami, Ust [email]G@y@t[/email] adalah LULUS

Tambahan:

Imam alHafeedz alSyaukani (Nailool Awthor:3/242) mengutip tafsiran Imam alBukhari, "bahawa tempat2 sujud itu akan menjadi saksinya di hari Qiyamat.
Dalil Qurani berikut:

a. "Pada hari itu bumi akan menceritakan beritanya." AQ 99:04
b. "Maka tiadalah mereka ditangisi oleh langit dan bumi." AQ 44:29. WA

0 comments:

Post a Comment