Asalamualaikum!
Apakah bacaan yang dibaca ketika duduk di antara dua sujud syahwi, samada sujud syahwi itu dilakukan sebelum dan sesudah salam?
*******************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
a. Bacaan yang di baca diantara 2 sujud syahwi menurut Syeikh Ibn Utsaimin rh. adalah :-
رب اغفر لي
"Rabbhig firli" - Ya Allah ampunkan dosaku. [al-Sharh al-Mumthi', 1/646].
Didalam kitab Mughni al-Muhtaaj (1/439) menyatakan bhawa zikir yang sama harus dilakukan sebagaimana sujud didalam solat. Ulama' mengatakan bahawa tidak ada zikir khas bagi perbuatan didalam sujud sahwi.
b. Persoalan bila hendak melakukan sujud sahwi; sebelum atau sesudah salam, merupakan khilaf ulama. Ibn Utsaimin memberikan pendapatnya :-
1. Jika seseorang melakukan tambahan dengan tidak sengaja didalam solat, sujud sahwi hendaklah dilakukan selepas salam. Sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas'ud bahawa Nabi saw telah ditegur kerana melakukan solat Zuhur 5 rakaat, lalu baginda bangun dan mengadap kiblat lalu melakukan sujud dua kali. [Hadith riwayat al-Bukari #4040; Muslim #572].
2. Jika seseorang itu tertinggal sesuatu didalam solat, maka hendaklah dia lakukan sujud sahwi sebelum salam. Contohnya Nabi saw pernah tertinggal tashahud awal, baginda meneruskan solat dan tidak mengulangi apa-apa, kemudian baginda melaukan sujud sahwi sebelum melakukan salam.
3. Jika seseorang tidak yakin samada yang mana satu yang mencukupi, maka hendaklah dia melakukan sujud sahwi sebelum salam. eg: Tidak pasti samada semasa solat Zohor telah mencapai 3 atau 4 rakaat, maka hendaklah dia memilih yang kurang iaitu 3, lalu menambah 1 rakaat, dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Akan tetapi, jika ia yakin salah dari bilangan rakaat yang dia telah lakukan; contohnya 3 rakaat, maka dia menyempurnakan rakaat keempat, dan melakukan sujud sahwi selepas salam.
(Lihat al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 1/636, Dar al-Ansar, 2003).
Sekian, wassalam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum.Tumpang bertanya.Bacaan di antara dua sujud itu wajib atau tidak dibaca?Kalau bacaannya tertinggal satu,bagaimana?Syukran.
Post a Comment