assalamualaikum...
sy ade satu kemusykilan berkenaan bacaan semasa duduk antara 2 sujud...
adakah sebarang nas atau dalil berkenaan hal ini?krn ada ustaz yg mengatakan bahawa tidak perlu mambaca sebarang bacaan semasa duduk antara 2 sujud.
Diharapkan mendpt pencerahan didlm hal ini.
Mohon maaf jika soalan ini merupakan soalan ulangan. Jika ia soalan ulangan, diharapkan dpt memberitahu link yg berkenaan.
Terima kasih, wassalam.
**********************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Bacaan tersebut datang dari Nabi saw. Contoh 2 versi bacaan didalam duduk diantara 2 sujud :-
رب اغفر لي ، رب اغفر لي
"Ya Tuhanku, ampunilah daku, Ya Tuhanku, ampunilah daku" [Hadith Riwayat Abu Daud 1/231, lihat Sahih Ibn Majah 1/148].
اللهم اغفر لي ، وارحمني ،واهدني ، واجبرني، وعافني،وارزقني ، وارفعني
"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, berilah hidayah kepada ku, gantilah aku, sihatkan daku, berilah reski kepadaku dan tingkatkan darjatku" [Hadith dikeluarkan oleh Ashab al-Sunan kecuali al-Nasaa'i, lihat sahih Tirmudzi 1/90, dan Sahih Ibn Majah 1/148].
(kedua-dua bacaan diatas diambil dari Kitab Hisnul Muslim min Azkaari Kitaab wa Al-Sunnah, bacaan no: 48 dan 49, oleh Dr Said bin Ali Wahf al-Qahthani)
Menurut Mazhab Syafie, perbuatan duduk diantara dua sujud itu wajib bagi setiap rakaat beserta toma'ninah dan tidak termasuk membaca bacaan diatas. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/138]. Maksudnya, Mazhab Syafie tidak mewajibkan membaca bacaan diatas semasa duduk diantara 2 sujud.
Bagi mempercantikkan solat sebagaimana Nabi bersolat, eloklah dibaca bacaan ini sekurang-kurangnya sekali.
Sekian, wassalam
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment