Wednesday, December 17, 2008

Waktu Solat Di New Zealand

Assalamualaikum,
Saya nak tanya sikit pasal menjakakkan sembahyang Isyak kedalam waktu maghrib kerana waktu Isyak kat sini lambat sangat. ie maghrib pukul 8:45pm and Isyak boleh sampai pukul 12 pagi or lebih. Subuh pula kekadang tu pukul 230pagi. Jadi there are difficulty for some people to come to the musolla at for isyak, and then to come for subuh. (ngantuk) Ada saya terdengar hadis kata bole jamak untuk elak kesukaran. Mohon tolong jelaskan apakah yang dikatakan difficulty itu.




Jawab
Ini adalah satu persoalan yang sulit dijawab kerana ia memerlukan fatwa oleh fuqaha' yang mendiami kawasan seumpama itu dan kesepakatan penduduk Islam di lokaliti tersebut untuk mengadakan syura dan memutuskan apa yang terbaik untuk mereka di atas prinsip tidak dijadikan dalam agama itu satu kesulitan.

Ini kerana pendapat jumhur ulamak, tidak mengharuskan solat jama' tanpa sebarang uzur. Namun segelintir fuqaha' seperti yang dinukilkan oleh Imam Nawawi antaranya ialah Ibn Sirin, Ibn Munzir, dll. Imam Ibn Hajar al Asqalani berpendapat harus solat jama' walaupun tanpa uzur.

Dalam hal ini jumhur fuqaha' antaranya Imam al Qurthubi dan Imam Haramain berpendapat jama' tanpa uzur ini sebenarnya ialah solat jama' Suri. Ini berdalilkan hadis Ibn Abbas riwayat Imam Nasa'iy," aku solat zuhur dan Asr secara jama' bersama Nabi saw. Baginda telah melewatkan solat Zuhr dan menyegerakan solat 'Asr dan melewatkan solat Maghrib dan menyegerakan solat Isya'.

Solat jama' suri bermaksud, solat maghrib itu dilakukan diakhir waktunya, kemudian disambung dengan solat Isya' sebaik sahaja masuk waktunya. namun kesemuanya bergantung kepada masyarakat setempat. Oleh itu mengikut kaedah Jama' Suri ini ahli qaryah Dunedin boleh melaksanakan jama' suri; yakni mereka berkumpul di pusat Islam (islamic centre) di penghujung waktu Maghrib. Sebaik sahaja habis solat Maghrib, tunggu sekejap hingga masuk Isya' dan teruskan laksanakan Isya'. Kaedah ini dapat mengurangkan kesulitan menunggu terlalu lama. Namun mencari kesepakatan dalam isu khilafiah adalah sulit. Ia bergantung kepada pihak pentadbir masjid atau pusat Islam di sana.

Selalunya kita boleh menyesuaikan diri kita dengan waktu tempatan. Inilah tanda-tanda kebesaran Allah.

Rujukan:
Tafsir Jami' al Quthubi, Jld 5,
sayyid sabiq, Fiqh Sunnah;
Syawkani, Jarar al Mutadaqqiq.

0 comments:

Post a Comment