Wednesday, December 17, 2008

Sujud Seperti Anjing

YB Ustaz.
1.Saya ingin penjelasan tentang satu hadis yg melarang sujud seperti anjing> Adakah semua mazhab empat mengakui kesahihan hadis ini> adakah hanya imam syafiee yg mengtakan sujud spt ini tidak sah>
2. Apkah yg dimaksudkan olehsujud spt anjing ini? adakah hujung jari hingga hujung siku menenai lantai?

penerangan 1 n 2 diatas amat saya hargai kerana saya melihat golongan tabligh yg ramai sujud sperti ini> Adakah sah solat mereka jika tidak tahu berkenaan persoalan ini

Walaikumussalam.

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan yg sdr alijimmm kemukakan dengan sekadar ilmu yang sedikit, Insyaallah. Terima kasih Semutapi (yang banyak membantu Soal-Jawab al-ahkam) kerana melampirkan jawapan dari Persatuan Ulama Malaysia.

Benarlah dengan apa yang telah dinyatakan oleh jawapan PUM diatas permasalahan diatas. Sah solat mereka, akan tetapi ia dikategorikan sebagai orang yang melakukan kesalahan didalam solat, ia mengurangkan pahala solat malah ia mengurangkan darjat kekhyusukkan. Tidakkah solat ini berdasarkan hadith Nabi saw:

{{صلوا كما رأيتموني أصلي}}

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat".

Ketahuilah, sebaik-baik solat ialah dengan menurut sifat atau cara Nabi saw bersolat!

Disini, kami cuba memaparkan beberapa petikan dari ulama'-ulama' yang menjelaskan kesalahan yang dinyatakan diatas, dan kemudiannya akan cuba menjawab persoalan yg sdr alijimmm kemukakan.

-------------
Kesilapan didalam sujud yang disamakan seperti cara anjing.

Disebalik meniru cara-cara Nabi saw, ada juga manusia yang telah meniru secara tidak langsung gaya-gaya binatang (lihat Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtaa' Al-Mushaaliin). Ini termasuklah meniru gaya anjing didalam sujud mereka. Sunnah didalam sujud bagi meluruskan sujud sebagaimana yang diriwayat oleh Anas bahawa Nabi saw bersabda :

{{اعتدلوا في السجود ولا يبسط أحدكم ذراعيه انبساط الكلب }}

"Luruskanlah kalian dalam sujud dan jangan kamu menghamparkan kedua lengannya seperti anjing menghamparkan kakinya" - Riwayat al-Bukhari no:788, Muslim n:493.

Sheikh Ibn Utsaimin (Al-Sharh Al-Mumti', 3/168) didalam mengulas hadith diatas, beliau mengatakan :

أي: اجعلوه سجوداً معتدلاً ، لا تهصرون فينـزل البطن على الفخذ، والفخذ على الساق ولا تمتدون أيضاً كما يفعل بعضُ النَّاس إذا سجد، يمتد حتى يقرب مِن الانبطاح، فهذا لا شكَّ أنَّه مِن البدع وليس بسنَّةٍ، فما ثبت عن النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة فيما نعلم أنَّ الإنسانَ يمدُّ ظهره في السجود ، إنَّما مَدُّ الظهر في حال الركوع ، أما السجود فإنَّه يرتفع ببطنه ولا يمده.

"hendaklah meluruskan sujud, jangan membongkok ketat sehingga perut direhatkan diatas Peha, dan tidaklah melebarkan sebagaimana orang melakukan semasa mereka sujud, sehinggakan kelihatan solah-olah ia sedang berbaring menggunakan kepala mereka. Tidak dapat dinafikan, ini merupakan satu bid'ah dan bukan sunnah. Ia tidak diriwayatkan dari Nabi saw, atau mana-mana Sahabat, sejauh yang kami tahu, seseorang itu hendaklah memanjangkan (stretch) belakangnya semasa sujud. Dia juga harus memanjangkan belakangnya semasa rukuk, tetapi didalam sujud ia harus menaikkan perutnya dan bukan menghadapankannya".[1]

--------
Menurut Muhammad Sideq Al-Minshawi, menghamparkan tangan yang dilihat seolah-olah berbaring merupakan satu kesalahan didalam solat, dan ia bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Kata beliau :

بسط الذراعين، وضم الإبطين : هذا من الأخطاء المنتشرة عند مصلين، هو مخالف لهديه (ص): ((فكان لا يفترش ذراعيه، بل كان يرفعهما عن الأرض ويباعدها عن جنبيه حتى يبدو بياض إبطه من ورائه)).

وكان النبي (ص) يقول : ((ولا يفترش أحدكم ذراعيه افتراش الكلب))، في رواية : ((لا يبسط )).

"Menghamparkan lengan dan termasuk ketiak : Perkara kesalahan ini sangat berleluasa dikalangan orang yang bersolat[a], ia adalah bertentangan dengan cara Nabi saw : ((Beliau mengangkat kedua lengannya dari lantai dan menjauhkannya dari lambungnya sehingga warna putih ketiaknya terlihat dari belakang))

Nabi saw bersabda : ((dan jangan berbaring seseorang diatas lengannya seperti berbaring anjing)) didalam riwayat lain : ((dia tidak menghamparkannya))[c]."[2]

------
Begitu juga dengan pendapat Ibnu Taimiyah[3], kata beliau :

وهذا من المخالفات التي شاعت وانتشرت بين المصلين، وهذا أمر مخالف لهدي النبي (ص).

"Ini merupakan satu perlanggaran yang berleluasa dikalangan mereka yang bersolat, dan ini adalah perkara yang melanggar petunjuk Nabi saw."

---------
Shiekh Nasyiruddin Al-Albani didalam Ringkasan Sifat Solat Nabi menyatakan bahawa wajib meninggikan tangan agar tidak terkena tanah. Kata beliau :

ويرفع ذراعيه عنالأرض، وجوباً، ولا يبسطهما بسط الكلب.

"Harus menjauhkan lengannya dari tanah, dan ini wajib, dan TIDAK meletakkan (melebarkan)ianya di tanah seperti anjing."
--------

Jawapan :

1. Larangan sujud seperti anjing bukanlah khilaf dikalangan ulama', bukan sahaja Imam Syafie yang melarang berkata begitu, bahkan semua Imam mazhab melarangnya. Al-Minshawi mengkategorikan permasalahan sebagai kesalahan yang tidak diperselisihkan oleh para ulama fiqh (أخطاء لاخلاف فيها). Kesemua hadith-hadith diatas, seperti mana didalam buku yang ditulis oleh Minshawi merupakan hadith-hadith sahih (a. Al-Bukhari 2/351, b. Al-Bukhari no: 807 dan c. Al-Bukhari no:822).

2. Gambaran sujud seperti anjing ialah : melepaskan tangan ditanah (dari siku hingga tapak tangan), tidak nampak ketiaknya dari belakang dan kelihatan seolah-olah orang tersebut tidur.

Sebagaimana yang kita sebut diatas, solatnya masih sah. Apa yang berlaku ialah seseorang iaitu telah melakukan perkara-perara yang salah didalam solat. Dengan kata lain. melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Hadith Nabi saw. Tidak kiralah jemaah mana yang melakukan, perkara ini akan mengurangkan pahala didalam solat dan menjejaskan kekhusyukkan solat. Moga-moga Allah swt memebri kita kekuatan menghindari perkara-perkara yang salah didalam solat. Amin. Wallahu 'alam.

-wassalam-

===========
Rujukan :

1] Sheikh Ibn Utsaimin. Al-Sharh Al-Mumti' - 3. Riyad : Muaasasah Al-Risalah.

2] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtahu' Al-Mushalliin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996 ms 91.

3] Sheikh Ibnu Taimiyah. Fatawa Solaati. Beirut : Dar Al-Kotob, 2002. ms 73

4] Shiekh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

0 comments:

Post a Comment