Salam
1. Berkenaaan sujud sahwi. Adakah bacaan di dlmnya itu mesti di baca atau perbuatan sujud shj itu memadai?
2. Sblm membaca al-Quran selalunya didahului dgn membaca Fatihah. Apakah hukum amalan ini?
Wassalam
Wassalam
Jawab:
1. Perbuatan itu sudah memadai, manakala bacaan di dalamnya (spt juga bacaan dalam sujud dan duduk di antara dua sujud) adalah sunat sahaja. Fiqh Islami
2. Hukum membaca alFatihah sebanyak mana yg disukai itu tidaklah ditegah bahkan kita memang banyak membaca S. alFatihah sekurang2nya 17 kali dalam solat fardhu, kalau dicampur dgn solat sunat tentu lagi banyak. Jika ia membaca S_alFatihah sebelum membaca alQur'an itu secara konsisten maka ia memerlukan contoh/dalil dari alQur'an atau asSunnah. Dalam alQur'an terdapat perintah membaca ta'awudz (AQ 16:98) tidak s-alfatihah. Terdapat hadis:"barangsiapa mengerjakan suatu amalan yg tidak ada perintah dari kami, maka amalan itu tertolak." (Muslim no 1718) Fatwa Lajnah Daimah Kerajaan rab Saudi no 7012. WA
Monday, December 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum...
Jika ia bid'ah sekalipun, itu adalah bid'ah hasanah menurut Imam as-Syafi'e. Kurang tepat jika terus mentaklid dengan mengatakan amalan tersebut tertolak...
Post a Comment