Wednesday, December 17, 2008

Sujud Lama Kadar Melebihi Satu Fatihah

Ana ada sedikit kemusykilan...


1. Apakah hukumnya kita sujud lama dalam solat (melebihi kadar satu fatihah)?
2. Jika kita mengeluarkan bunyi "ehem" dalam solat, batal ke?
Sebab ana baca dalam fiqh islami wa adillatuh... keempat-empat mazhab mengatakan solat itu batal...kecuali imam abu hanifah yg mengecualikan keadaan bila mana seseorang itu ingin memperelokkan suaranya dalam sembahyang...jadi...ada pendapat lain ke?
3. Macam mana kalau kita solat, terkeluar bunyi yg tidak sengaja...yg tidak memberi apa-apa makna secara zahirnya...(ah...ep...dsb) ???

WA

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima sdr VHoutenJr. Insyaallah kami akan cuba menjawabnya dengan semampu yang mungkin.

1. Apakah hukumnya sujud lama didalam solat?

Toma'niinah (الطمأنينة) didalam sujud merupakan rukun didalam solat. Tanpa toma'ninah didalam solat ini akan membatalkan solat. Nabi saw bersabda kepada mereka yang tidak toma'ninah didalam Ruku dan sujud[1] :

ارجع فصل فإنك لم تصل

"Ulangilah solat, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat!"

Berkata Al-Albani didalam Talkhis Solat Nabi saw (Ringkasan Solat Nabi saw)[2]:

ومن اعتدل في سجوده هكذا فقد اطمأن يقيناً، والاطمئنان في السجود ركن أيضاً.

102. Sesiapa yang mendapat tenang (ease) didalam sujud, iaitulah toma'ninah yang yakin, Toma'ninah didalam sujud adalah rukun.

ويستحب أن يكثر الدعاء فيه، فإنه مظنة الإجابة.

104. Adalah mustahab memperbanyakkan do'a didalamnya, sesunguhnya ia adalah waktu apabila do'a kita kemungkinan di jawab.

ويجعل سجوده قريباً من ركوعه في الطول كما تقدم.

105. Ia harus menjadikan masa sujudnya lebih kurang sama dengan ruku' sebagaimana yang disebutkan diatas.

ولا يجوز أن يقرا القرآن وهو ساجد.

107. Tidak dibolehkan membaca Al-Quran semasa sujud.

Apa yang ingin disampaikan oleh Al-Albani ialah, toma'ninah itu wajib didalam sujud, disunatkan berdoa' didalam sujud dan kadar lamanya sujud biasanya dinisbahkan dengan kadar lamanya ruku', dan tidak dibenarkan membaca Al-Quran didalam sujud.

Bagi menjawab persoalan VHoutenJr mengenai sujud yang terlalu lama, kami memetik Jawapan yang telah diberikan oleh Sheikh Mohammad Salih Al-Munajid didalam website Islam-qa.com.

----------
Soalan:

أحد المصلين يحب أن يطيل في السجدة الأخيرة لدرجة أنه في بعض الأوقات يسلم الإمام قبل أن يقوم هذا الرجل من سجوده . وحجته في ذلك أن الرسول (صلى الله عليه وسلم) قال بأنه علينا أن نتقن الصلاة (أو ربما الدعاء) في السجدة الأخيرة. ما هو الحكم بالنسبة لصلاته ؟.

Seorang lelaki yang mengikuti Imam membiasakan dirinya memanjangkan sujud akhirnya sehinggalah salam dilakukan oleh Imam sebelum beliau bagun dari sujud. Alasannya ialah Nabi saw berkata bahawa disujud akhir harus memperbaikan solat (atau kemungkinan berdo'a). Apakah hukum solat tersebut?

Jawapan :

الحمد لله
لا يجوز للمأموم أن يتقدم على الإمام ، فتحرم مسابقة الإمام ، وكذلك التأخر عنه تأخرا بينا بحيث يفوته الركن الذي يليه ، لقوله عليه الصلاة والسلام : " إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا ركع فاركعوا " ، فالعطف بالفاء يقتضي المبادرة بالمتابعة ، كما هو معروف مما تفيده الفاء من العطف والتعقيب.
الشيخ عبد الكريم الخضير .
وإتقان الصلاة لا ينافي متابعة الإمام ما دام الإمام يطمئن بالصلاة وتخصيص السجدة الأخيرة بالتطويل من دون بقية سجدات الصلاة ليس عليه دليل ولا يجوز الابتداع في الدين والله أعلم.

Segala Pujian bagi Allah. Tidak boleh seseorang bersolat dibelakang Imam mendahului Imam. Adalah haram untuk ia bergeraksebelum Imam, atau tertinggal kebelakang sehingga ia meninggalkan rukun solat yang kemudiannya. Nabi saw bersabda :"Imam dilantik untuk diikuti. Apabila ia berkata Allahu Akbar, maka, katalah Allahu Akbar, dan apabila ia Ruku', maka hendaklah kamu ruku'". Penggunaan huruf FA menunjukkan perbuatan dengan kadar 'SEGERA', sebagaimana yang diketahui (didalam nahu bahasa Arab) - menurut pandangan Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr.

Pandangan memperbaikkan solat tidaklah bercanggah dengan pandangan mengikut Imam, selama mana Imam tidak tergesa-gesa didalam solatnya. Tidak ada ALASAN yang kukuh menunjukkan bahawa sujud akhir perlu dipanjangkan dari sujud yang lain, dan tidak dibenarkan melaku penambahan (bid'ah) didalam agama. Wallahu 'alam.[3]
===========

Untuk Soalan 2 dan 3 telah kami jawab didalam Jawapan : SJ - 2724 : Berdehem ketika Solat. Dimana ulama-ulama dari empat mazhab telah menyatakan jika seseorang berdehem atau keluar perkataan dengan tidak sengaja, tidaklah membatalkan solat. Akan tetapi, berdehem dengan sengaja tanpa mempunyai apa-apa Hajat dan mengeluarkan 2 huruf atau lebih, akan membatalkan solat. Ulama'-ulama salaf pula mengatakan berdehem tidak membatalkan solat kerana ia bukanlah dari perkataan. Detail perbincangan boleh dilihat didalam Soal-Jawab didalam SJ-2724 diatas.

wallahu 'alam

-wassalam-

===========
Rujukan :

1] Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhtha'u Al-Musholiin. Kaherah : Islamiyyah Inc, 1996, ms 94.

2] Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. Talkhees Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa oleh Sheikh Muhammad Nasyiruddin al-Albaani. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

3] Sheikh Mohammad Salih Al-Munajid. Sujud yang panjang didalam solat url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=9856&dgn=3&dgn=2

0 comments:

Post a Comment