1. Dimasjid-masjid Malaysia, tempat solat wanita biasanya ditempatkan di sebelah kiri, dalam sesuatu kawasan masjid, soalannya ialah adakah amalan ini ada nasnya ?
2. Adakah solat wanita yang melapikkan tangannya dengan kain (tangan tidak menyentuh sejadah) ketika solat dikira batal?
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :
Masalah Pertama : DI SEBELAH MANAKAH SOF WANITA ?
Perkara ini telah dijelaskan oleh Panel Fiqh kita, Al-Fadhil Ustaz THTL di SJ-1691: Rampai: solat-riddah-Qisas-Catur.
Ini , dikuatkan lagi dengan beberapa hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w , di antaranya :
و عن إبن عباس قال : (( صلبت إلى جنب النبي صلى الله عليه و سلم و عائشة معنا تصلي خلفنا , و أنا إلى جنب النبي صلى الله عليه و سلم أصلي معه ))
Ertinya : Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : (( “ Aku pernah solat di sisi Nabi s.a.w dan ‘Aisyah juga solat bersama-sama kami di sof belakang, manakala aku pula yang berada di sebelah Baginda Nabi s.a.w solat bersamanya s.a.w “ )) ~ Hadis diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie (rh) dan Imam Ahmad Bin Hanbal (rh).
و عن أنس : (( أن النبي صلى الله عليه و سلم صلى به و بأمه أو خالته قال : فأقامني عن يمينه و أقام المرأة خلفنا ))
Ertinya : Dan daripada Anas : (( “ Sesungguhnya Baginda Nabi s.a.w pernah solat dengannya – Anas – dan ibunya ataupun ibu saudaranya, kata Anas lagi : Baginda s.a.w menempatkan aku di sebelah kanannya dan perempuan pula di belakang kami “ )) – Hadis riwayat Imam Ahmad (rh), Imam Muslim (rh) & Imam Abu Daud (rh).
و عن أبي هريرة قال : (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : خير صفوف الرجال أولها و شرها آخرها , و خير صفوف النساء آخرها و شرها أولها ))
Ertinya : Dan daripada Abu Hurairah, katanya : Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( “ Sebaik-baik sof lelaki ialah di bahagian hadapan sekali dan seburuk-buruk sof mereka ialah di belakang sekali, Dan ( manakala ) sebaik-baik sof wanita ialah di belakang sekali dan seburuk-buruk sof mereka ialah di hadapan sekali “ )) . ~ Hadis diriwayatkan oleh Jama’ah (rh) melainkan Imam Al-Bukhari (rh).
Penjelasan : Sebaik-baik sof lelaki ialah di hadapan sekali kerana jauhnya dengan jarak kedudukan sof wanita, agar hati mereka tidak dilalaikan oleh wanita ( suara mereka ) dan begitulah juga sebaliknya.
Apa yang berlaku di sebahagian masjid-masjid di tanah air kita yang menempatkan wanita di sebelah kiri, sepanjang pengetahuan kami, perbuatan ini tiada dalilnya. Yang terutama sekali ialah beramal dengan apa yang telah terbukti dengan dalilnya.
Lihat : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic53_2001.htm
***********************
Masalah Kedua : BATALKAH SUJUD DENGAN TERLAPIKNYA KAIN DI TANGANNYA ? :
Tidak mengapa dan sah solat yang bagi wanita yang tangannya tidak bersentuhan dengan tempat sujud disebabkan terlapik dek kain telekung dan seumpamanya. Kerana menurut Al-Imam Asy-Syawkani di dalam “ Nailul Autor “ ( Bhg ke-2, ms 276 , Bab : 61 ) : Sujud itu terhasil dengan terletaknya anggota sujud di atas tempat sujud tanpa perlu anggota sujud itu mencecah @ menyentuh secara langsung di atas tempat sujud .
Begitu juga, terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas ( Hadis ke-754 ) yang menunjukkan bahawa HARUS sujud di atas pelapik, samada ianya adalah baju dan sebagainya.
TETAPI, sebahagian ulama’ pula menyatakan ianya TIDAK HARUS melainkan disebabkan adanya halangan seperti panasnya ataupun sejuknya tempat sujud itu.
Yang paling afdhal menurut pendapat kami ialah TIDAK USAHLAH SUJUD DI ATAS SEBARANG PELAPIK , kerana dengan itu dapat mengelakkan khilaf ( perselisihan pendapat ) ulama’ di dalam bab ini.
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :
1- NAILUL AUTOR – Imam Asy-Syaukani (rh)
- Bahagian ke-2 ( ms 275 ) dan Bahagian ke-3 ( ms 217 )
Cetakan : Darul Fikr , Beirut.
2- AL-FIQH AL-ISLAMI WA ADILLATUH – Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
- Jilid ke 2 ( ms 1264 )
Cetakan Darul Fikr, Syiria.
3- PENGAJARAN SHALAT – Almarhum Ustaz A. Hassan
- ms 253 – Terbitan : CV Diponegoro, Bandung.
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
4 comments:
Sahkah solat jika jari kaki terlapik dengan kain sembahyang ?
harap dapat membantu saya ..
Nur zafirah.. Sy tanya balik cik... Kenapa ada yg kalau xada telekong tp bole guna sarung kaki utk solat? Jika baju besar dan labuh, kene pakai stokin utk tutup aurat ketika solat..kalu nk diikutkan, itupub sudah dikira berlapik atas pakaian solat bukan?
ustaz klu solat nmpak jari tangan still sah kan?or cmne?
Post a Comment