Assalamualaikum,
1. Dalam keadaan sihat bolehkan seseorang solat sunat sambil duduk, saya ada terlihat imam di kampung dimana beliau solat fardu secara berdiri tetapi kemudian bersolat sunat sambil duduk.
2. Dalam keadaan kita keletihan disebabkan sesuatu perkara seperti bekerja, bergotong royong atau bertani adakah dibolehkan kita bersolat sunat sambil duduk, tetapi solat fardu kita lakukan sambil berdiri.
3. Dalam keadaan sakit (demam) yg tidak berat/sederhana, (dalam keadaan kita mampu berjalan dan berdiri) bolehkah solat sunat sambil duduk, solat fardu kita lakukan sambil berdiri (solat fardu itu kita gagahi utk dilaksanakan sambil berdiri, tetapi jika boleh sambil duduk kita rasakan ianya lebih selesa).
Terima kasih :bubble0
Wassalam
Jawab:
Hukum berdiri dalam solat fardhu adalah Wajib menurut ijma' (Ibn Hazm, Maratib alIjma' no 26, Asqalani, Fathul Bari 2/216)
Adapun solat sunat pulak boleh solat secara duduk atau gabungan antara duduk dan berdiri.
Dalil:
1. HR Bukhari-Muslim dari Aisyah ra," manakala RasuluLlah saw berusia lanjut, maka kebanyakan solatnya sambil duduk."
2. HR Ahmad dan asyhab sunan dari Aisyah ra," aku tidak pernah melihat RasuluLlah saw membaca sambil duduk pada solat lail, kecuali setelah beliau berusia lanjut.."
Tapi solat sambil duduk ini ada kurangnya:
1. HR alBukhari dari Imran bin Hussin ra, " jika seseorang bersolat sambil berdiri itulah yg lebih utama, dan barangsiap yg bersolat sambil duduk, maka baginya separuh pahala.."
2. HR Muslim dari Abdullah bin Amru ra," benarkah anda telah bersabda bahawa solat seorang lelaki sambil duduk sama dgn separuh solat? sedangkan dikau solat sambil duduk?
sabda baginda," ya, tapi aku bukanlah spt salah seorang kamu."
Rumusan: solat sunat sambil duduk adalah suatu rukhsah kpd umat supaya semua orang dapat melakukannya hatta dapat separuh pun tidak mengapa. WA
Tuesday, December 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Saya bekerja di sebuah kedai yang kecil dan agak sempit. Tiada tempat untuk solat. Tempat lain agak kotor.
1. Bolehkah saya solat dalam keadaan diri dan duduk di kerusi untuk sujud, tahiyat dll sebab tempat agak terhad.
Post a Comment