Assalamualaikum Wmt.Wkt,
Adakah benar Rasul sebelum diturunkan kewajiban solat, baginda solat 2 rakaat pagi dan petang... dan adakah solat tersebut sama bentuknya dengan solat yang Allah fardukan dalam peristiwa Isra` Mi`raj...Wassalam
Jawab:
Imam alSyafi'iy ra berpendapat soalan mengenai solat2 sebelum kefardhuan solat lima waktu adalah sia-sia dan tiada manfa'atnya sebab semuanya telah dimansuhkan dengan penerimaan solat Lima Waktu yg kita lakukan sekarang.
Apakah solat 2R pagi dan 2R petang sebelum Mi'raj itu wajib. Ini isu khilaf dikalangan ahli sejarah dan fuqaha'. Imam Syafi'iy sendiri menolak kewajiban itu dan berpendapat solat yg wajib sebelum Isra' ialah solat Qiyamullail (al_Umm, 1/68)
2. Apakah bentuk solat sebelum solat Lima Waktu juga isu khilafiah dan tidak ada yg muktamad. Imam Ibn Jarir Tabari (Tarikh ar Rusul walMuluk) menjelaskan memang kalau kita himpunkan semua riwayat, solat2 terdahulu ada element qiyam, ruku' dan sujud, tapi tidak dapat disahkan apakah ia sama dengan sifat solat selepas kefardhuan solat 5 W. Kita tidak akan disiksa (oleh Allah) jika tidak ada maklumat mengenai hal ini. WaLlahu a'alam
Monday, December 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment