Wednesday, December 17, 2008

Solat Sambil Lihat Quran

Bolehkah kita sembahyang sambil melihat kepada Al-Quran? Bukankah itu perbuatan bidaah?

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anakmurid dengan kadar kemampuan yang terbatas, Insyaallah.

Pada umumnya, membaca Al-Quran dari Mushafnya lebih baik dari hafalan, kerana ia lebih tepat dan menolong seseorang itu mengingati dengan lebih baik. Akan tetapi jika membaca dengan mengguna hafalan lebih baik dan menolong seseorang menumpukan perhatiannya dengan baik atau khusyuk, maka lebih baik ia mengunakan ingatannya.

Imam Al-Nawawi didalam Al-Azkar[1], Bab "Kitab Tilaawah Al-Quran" (ms 95) mengatakan :

"Membaca Al-Quran dari Mushaf adalah lebih baik daripada menggunakan ingatan, ia adalah pandangan para sahabat dan ia mashyur pandangan ini dikalangan salaf. Ini tidak berdasarkan kepada semua keadaan, dimana jika pembaca boleh menumpukan perhatian dan maknanya dengan lebih baik dari ingatan, maka membaca darim ingatan adalah lebih baik. Jika keadaan kedua-duanya sama, maka membaca dari Mushaf adalah lebih baik. Inilah yang dimaksudkan oleh para salaf".

Walaubagaimana pun menurut Sheikh Ibnu Utsaimin[2], didalam solat, adalah lebih baik dibaca menggunakan ingatan, kerana bagi mereka yang membaca mengguna Mushaf, ia akan melakukan perkara ini berulang kali seperti memegangnya, meletakkannya kebawah, membuka muka surat dan membaca hurufnya. Dengan melakukan ini, ia akan terlepas peluang meletakkan tangan kanannya keatas tangan kiri diatas dada apabila melakukan qiam didalam solat, atau mengembangkan tangannya semasa ruku' dan sujud', jika ia meletakkan Al-Quran ditangannya. Maka kami fikir bahawa adalah lebih afdal bagi mereka yang bersolat mengunakan bacaan dari ingatannya dari menggunakan mushaf.

Ulama' mengatakan bahawa Imam membaca Al-Quran dari Mushafnya tidaklah dilarang. Al-Lajnah Al-Daa'imah didalam Fatwa no: 9815[3] mengatakan :

تجوز قراءة القرآن في الصلاة من المصحف في رمضان و في غيره في الفرضية و في النافلة أثناء الصلاة الجهرية إذا دعت الحاجة إلى ذلك.

"Boleh membaca Al-Quran didalam solat dengan menggunakan Mushaf pada bulan Ramadhan dan bulan yang lain, didalam solat fardu atau sunat, tatkala solat jahar jika ada hajat penggunaan keatasnya".

Selanjutnya dijelaskan lebih lanjut oleh Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

لا حرج في القراءة من المصحف في قيام رمضان لما في ذلك من إسماع المؤمنين جميع القرآن ؛ ولأن الأدلة الشرعية من الكتاب والسنة قد دلت على شرعية قراءة القرءان في الصلاة، وهي تعم قراءته من المصحف وعن ظهر قلب وقد ثبت عن عائشة رضي الله عنها أنها أمرت مولاها ذكوان أن يؤمها في قيام رمضان وكان يقرأ من المصحف ذكره البخاري رحمه الله في صحيحه معلِّقا مجزوما به .

"Tidaklah salah membaca Al-Quran dengan menggunakan Mushaf dimalan solat Ramadhan sebab ia membolehkan para jemaah mu'min mendengar bacaan Al-Quran. Dan kerana terdapat dalil syara' dari Al-Quran danm Hadith menunjukkan membaca al-Quran didalam solat, yang menunjukkan kedua-duanya iaitu membaca Al-Quran menggunakan mushaf dan hati, dan ini thabit dari 'Aisyah (rh) seseunggunya beliau telah mengarahkan Hamba yang dibebaskan, Zdhakwaan menjadi Imam Solat Ramadhan, dan da membaca Al-Quran melalui Mushaf, diriwayatkan oleh al-Bukhaari didalam Sahihnya, didalam riwayat mu’allaq majzum."

Kesimpulannya, dibenarkan kepada Imam membaca Al-Quran melalui Mushafnya, akan tetapi adalah lebih afdal menggunakan ingatannya, kerana sekurang-kurangnya sunat-sunat perbuatan didalam qiam (seperti meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri, diatas dadanya).

wallahu 'alam

-wassalam-

-------
Rujukan :

1. Imam Al-Nawawi. Al-Azkar. Beirut : Dar Ma'rifah.[19??].

2. Fataawa of Sheikh ibn ‘Utsaimin, al-Fataawa al-Islamiyyah, (8/4). url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3465&dgn=3&dgn=2

3. Fataawa Al-Lajnah Al-Daa'imah LilBuhuth Al-'Alamiyah wa Al-Ifta' - 6. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'aiyad, 2000. ms 396.

4. Fataawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Fataawa al-Islamiyyah, (2/155) url - : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=1255&dgn=3&dgn=2

3 comments:

Aba Ahmad said...

ustaz, maaf ustaz nak tanya, ada juga yang mengatakan solat sambil melihat2 quran adalah tidak sunah kerana ini bukan perbuatan sahabat nabi. kata mereka, baca saja mana2 surah yang kita hafal supaya kita dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada solat..wallahuaklam.

Anonymous said...

boleh je....
don't worry....

Ruby ak ahap said...

Salam ustaz boleh ke kita sembahyg dengan merujuk kepada video dlm youtube smbil solat..sebab saya pertama kali mengikuti cara solat

Post a Comment