Tuesday, December 9, 2008

Solat Adalah Mikraj Bagi Orang Beriman

Salam

dlm hadis,
dlm hadis ,solat itu mi'raj bagi org mukmin.

apa maksud mi'raj dan makna disebalik hadis ini.

========================

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم

{ بسم الله الرحمن الرحيم }

(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************
SJ – 2224 : SEMBAHYANG ADALAH MIKRAJ ORANG-ORANG YANG BERIMAN


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara yang sangat berharga itu .

Peristiwa Isra’- Mikraj adalah merupakan satu peristiwa yang sahih lagi benar-benar berlaku ke atas batang tubuh dan roh Baginda Rasulullah s.a.w . Ianya merupakan satu perkara yang tidak dapat dimungkiri lagi akan kejadiannya , kerana nas-nas yang menerangkannya adalah muktamad berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dan hadist-hadist yang sahih .

Peristiwa Isra’-Mikraj ini bukan sahaja satu perkara yang menunjukkan kebesaran Allah Ta’ala sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa , bahkan ianya juga merupakan pembatas di antara iman dan kufur . Lantaran ini tercatat di dalam sirah ( perjalanan hidup ) Baginda Rasulullah s.a.w akan adanya golongan yang murtad lantaran tidak mahu beriman dengan peristiwa ini .

[color=blue] Secara ringkasnya : ISRA’ ialah berjalan malam . Maksudnya : Perjalanan Baginda Rasulullah s.a.w di malam hari dengan menaiki sebuah kenderaan khas yang ajaib ( yang kita kenali sebagai “ Buraq “ ) , daripada Makkah al-Mukarramah ke Palestin yang pada waktu itu dikenali sebagai “ Syam “ . Manakala “ MIKRAJ “ pula ialah perjalanan naiknya Baginda Rasulullah s.a.w ke atas dengan merentasi kesemua lapisan langit dan diakhiri dengan menemui Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Di dalam pertemuan inilah , Allah Ta’ala telah mengurniakan sebuah hadiah yang amat bernilai , yang tiada taranya iaitu SEMBAHYANG ( Solat ) . [/color]


Adapun lafaz yang dianggap hadist oleh kebanyakan masyarakat iaitu : [color=blue] الصلاة معراج المؤمنين : “ Sembahyang itu adalah mikraj bagi orang – orang yang beriman “[/color] tidaklah kami ketahui – sekadar kemampuan ilmu kami yang sedikit ini – daripada manakah asalnya ?. Sebenarnya , kami telah cuba mencari di dalam sembilan kitab hadist yang utama ( Sunan Tis’ah ) dan cuba juga mencarinya dengan menggunakan kitab-kitab “ Takhrij al-Hadist “ ( Pencarian sumber asal sesuatu hadist ) , namun nampaknya tidak kami menemuinya .

Setahu kami , lafaz tersebut adalah satu ibarat ataupun kiasan ataupun misalan ataupun perumpaan yang diungkapkan oleh para ulama’ Islam , khasnya mereka yang mendalami ilmu Tasawuf . Dan ada juga yang mengatakan bahawa ungkapan ataupun lafaz itu pernah diungkapkan oleh Al-Imam al-‘Allamah Al-Munawi ( rh ) .

[color=blue] Walaupun status ungkapan ataupun perkataan tersebut masih kabur asal-usulnya secara pasti hingga ke saat jawapan ini ditulis , namun itu tidaklah bermakna bahawa perkataan itu tidak boleh diterima . [/color]


Isi dan maksud perkataan tersebut sudah tentu sahih dan betul . Lihat sahaja peristiwa ketika Baginda Rasulullah s.a.w mikraj ke atas lapisan-lapisan langit , apakah kesudahan yang paling utama di dalam peristiwa tersebut ? . Sudah tentu kesudahannya ialah Baginda Rasulullah s.a.w menerima kewajipan melaksanakan solat ( sembahyang ) 5 waktu sehari-semalam .

[color=blue] Mengapakah kewajipan-kewajipan lain diterima daripada “ atas “ ke “ bawah “ ( bumi ) , walhal kewajipan sembahyang pula diambil sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w di “ atas “ ?.

Mengapakah kewajipan-kewajipan lain disampaikan kepada Baginda Rasulullah s.a.w melalui utusan wahyu , Malaikat Jibril a.s , walhal ibadat sembahyang pula tidak sedemikian , malahan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri “ dijemput “ menemui Tuhannya “ di atas “ ?. [/color]


Ini semua menunjukkan bahawa sembahyang itu merupakan ibadat yang paling utama berbanding ibadat-ibadat selainnya dan ianya merupakan ibadat yang terpenting sekali , yang wajib dilakukan oleh semua orang yang mengaku sebagai Islam ! .

Samalah seperti seorang Raja . Jika seorang raja memerintahkan seorang laksamana dengan satu arahan yang disampaikan secara bertulis ataupun melalui utusan khas daripada baginda , sudah tentu ianya adalah biasa sahaja . Akan tetapi jika Raja sendiri yang memanggil ( menjemput ) si laksmana itu mengadap , sudah pasti arahan yang bakal baginda berikan itu adalah arahan yang SANGAT PENTING DAN PALING UTAMA . Inilah perumpamaannya dengan kewajipan sembahyang itu menurut pandangan Al-‘Allamah Asy-Syeikh Al-Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’arawi ( rh ) .

[color=blue] Dengan kata lain bolehlah kita menyimpulkan : “ Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dijemput oleh Allah Ta’ala untuk berbicara dengan Allah Ta’ala ketika peristiwa mikraj , maka jika kita semua hendak “ mikraj “ ( berbicara dan bermunajat ) dengan Allah Ta’ala , maka marilah kita lakukan solat dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Dengan cara itu , hati kita sendiri akan berbicara ( mikraj ) kepada Tuhan Yang Maha Agung , akan berdoa dan memuja-muji kebesaran-Nya dan akan memohon berbagai-bagai permohonan daripada-Nya “.[/color]


Tidak syak lagi solat adalah mikraj bagi orang-orang yang beriman kerana di dalamnya , seseorang hamba itu boleh berbicara , memuja-muji dan bermohon ( doa ) kepada Tuhan mereka ; Allah Ta’ala.

Solat sebagai cara kita berinteraksi dengan Allah Ta’ala ini sendiri telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اعْتَكَفَ وَخَطَبَ النَّاسَ فَقَالَ أَمَا إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي الصَّلَاةِ فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ فَلْيَعْلَمْ أَحَدُكُمْ مَا يُنَاجِي رَبَّهُ وَلَا يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِالْقِرَاءَةِ فِي الصَّلَاةِ


[color=blue] Ertinya : Riwayat Saidina ‘Abdullah ( r.a ) Bin Saidina ‘Umar al-Khattab ( r.a ) menyebut : Pernah Baginda Rasulullah s.a.w beriktikaf dan berucap kepada manusia dengan sabdanya : “ Sesungguhnya jika salah-seorang daripada kamu menunaikan solat , maka itu bererti dia sedang berbicara dengan Tuhannya . Maka hendaklah dia memerhatikan apakah isi-isi perbicaraannya itu terhadap Tuhannya dan janganlah kamu saling kuat-menguatkan ( mengeraskan ) bacaannya di dalam solat “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Kabir Ahmad Bin Hanbal ( rh ) .

[color=blue] Larangan ini bertujuan agar kita tidak mengganggu makmum di sebelah dengan bacaan kita yang kuat. Selain itu ianya berkuat-kuasa bagi seluruh makmum di dalam solat berjemaah dan bagi mereka yang tidak menunaikan solat seperti orang yang membaca Al-Quranul Karim , berzikir , berwirid ataupun berborak-borak dengan para jemaah masjid / surau / musolla. Dan larangan ini dikecualikan bagi majlis-majlis pengajian ilmu , kerana tanpa ilmu yang betul , seseorang itu sudah pasti tidak akan dapat melaksanakan solatnya sebagai mana tuntutan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w . Dan sudah tentu sekali solat itu sekali-kali tidak dapat dia gunakannya sebagai “ mikraj”nya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala . [/color]


Semoga kita semua sama-sama mencapai solat yang penuh kualitinya dan jiwa kita khusyuk “ mikraj “ kepada Allah Ta’ala . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

****************************************

[color=blue] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : [/color]

[color=red] ISRA’ WA MIKRAJ [/color]
Oleh : Al-Imam Asy-Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’arawi ( rh )
Diterjemahkan Oleh : Noraine Abu
Terbitan : Dinie Publisher , Jalan Masjid India , K. Lumpur


[color=red] FALSAFAH SOLAT [/color]
Oleh : Ibnuraimee Ad-Dimyati


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .



و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
30 / Dzulqa’edah / 1423 H

0 comments:

Post a Comment