Salam
Benarkah waktu Maghrib tidak boleh digenapkan? senario nya begini, kalau seseorang solat maghrib bersendirian dan selepas selesai, ada jama'ah yg mendirikan solat secara berjamaah lalu tidak lah disunatkan kepada orang yg pertama tadi untuk mengulangi solat maghrib itu berjamaah kerana ianya akan menggenapkan waktu maghrib itu.
kalau tak silap ana, ana ada dengar dlm satu kuliah ustaz di sekitar KL nie 4-5 tahun yg lalu atau mungkin ana yang tersilap dengar :grin:
harap syeikh2 kita di al-ahkam ini sudi menjelaskan sejelas2 nya terutama syeikh pendekar kita, atau abg kamin kita atau abg zain_ys atau yang tuh, sudilah mengajar ana mana2 yg ana tak tahu atau silap
Wassalam
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawab:
Benar sekali apa yg anda dengar itu kerana itulah pendapat madzhab Maliki (Bidayah alMujtahid: 1/37) dan Hanbali (Kasyaf alQina': 1/537) Madzhab ini menetapkan tiada solat sunat pada solat yg 3 raka'at kerana menyamai larangan mengulangi solat witr pada satu-satu malam.
Bagi madzhab Hanafi dan Syafi'iy membolehkan dan solat Maghrib bersama jama'ah itu jatuh sunat berdasarkan hadis umum dari Yazid alAswad (Termidzi, Abu Daud dan Ahmad, statusnya Hadis Hasan) WA
Wednesday, December 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment