Wednesday, December 17, 2008

Masuk Waktu Isyak Ketiaka Sedang Solat Maghrib

Seorang sedang musafir dan sedang beliau menunaikan solat fardhu Magrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat magrib beliau dan apa harus beliau lakukan ?



Jawapan
Semoga Allah merahmati anda. Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sebelum kita pergi kepada jawapan, adalah lebih baik kita melihat dahulu beberapa istilah yang berhubungkait dengannya:

1. Tunai (ada’)
Ada’ ialah ibadah berwaktu yang dikerjakan pada waktu yang diperuntukkan. Contohnya sembahyang Asar. Waktu yang diperuntukkan kepada kita ialah ketika bayang-bayang sama ukuran dengan benda asalnya, dan berkahir apabila terbenam mentari. Jika kita mengerjakan ibadah dalam lingkungan waktu berkenaan, maka sembahyang itu dinamakan sembahyang tunai atau ada’.

Masalah: Bagaimana jika, seseorang itu bersembahyang pada akhir waktu asar (waktu hampir nak habis). Belum sempat dia selesai mengerjakan Asar, waktu maghrib pun masuk?

Jawab: Perlu dilihat… Apakah dia sudah mendapat satu rakaat? Jika dia mendapat satu rakaat, maka sembahyangnya itu dianggap sebagai sembahyang tunai. Jika tidak mendapat satu rakaat, sembahyangnya itu dianggap sebagai qadhak.

Contoh, Ali bersembahyang Asar di akhir waktu. Dia takbir, baca fatihah, surah, rukuk, sujud… seterusnya. Kemudian dia bangkit untuk rakaat kedua. Baru sahaja mahu membaca fatihah, waktu maghrib telahpun masuk… Sembahyang Ali dianggap sebagai sembahyang tunai. Kerana dia memperoleh satu rakaat dalam waktu Asar.

Contoh, Ali bersembahyang di akhir waktu. Dia takbir.. Kemudian, baru sahaja mahu membaca fatihah, waktu maghrib telahpun masuk. Sembahyangnya dianggap sebagai sembahyang qadhak. Kerana dia tidak memperolehi satu rakaat dalam waktu Asar.

Ini adalah pendapat mazhab Syafi’i. Dan, ada dasrnya, Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar. “ (Muttafaq Alaih)

2. Qadhak
Qadhak pula bermaksud ganti/bayar balik. Iaitu ibadah yang dikerjakan selepas atau diluar waktu yang ditetapkan. Seperti sembahyang Asar tadi. Kita tidak dapat tertinggal sembahyang Asar (samada sengaja ataupun tidak), lalu kita mengerjakan selepas waktu Asar. Ibadah ini dinamakan sebagai qadhak.

3. I’adah
Iaitu mengulang kembali ibadah yang telah dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan. Seperti Ali bersembahyang Asar pada waktunya secara bersendirian di masjid. Kemudian apabila Abu, Ahmad, Hasan dan Husin datang untuk bersembahyang Asar secara berjamaah, Ali ikut sama. Di sini Ali bersembayang untuk kali kedua. Yang pertama, sembahyangnya sah, tetapi tidak sempurna kerana tidak berjamaah. Kemudian Ali bersembahyang lagi untuk kali kedua. Sembahyang kali kedua inilah yang dinamakan sebagai I’adah.
---------
Kembali kepada soalan:

Soal: Saorang sedang musafir dan sedang beliau menunaikan solat fardhu Maghrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat magrib beliau?

Jawab: Dia telah memperoleh rakaat kedua.. Ini bermakna sembahyangnya dianggap sebagai sembahyang tunai. Lihat penjelasan di atas…

Soal: apa harus beliau lakukan ?
Jawab: Teruskan sembahyang maghribnya itu sehingga selesai. Sembahyangnya saha dan dianggap sebagai tunai.

Dan kalau tidak sempat mendapat satu rakaat sudah kedengaran azan Isyak, juga perlu diteruskan . Sembahyangnya sah, tetapi dianggap sebagai sembahyang maghrib qadhak.

Cuma, jika melewat-lewatkan sembahyang dilakukan dengan sengaja adalah haram hukumnya. Maksudnya ialah melewat-lewatkan hingga ke waktu yang sempit. Nak lakukan sepenuhnya pada waktu yang ditetapkan tidak sempat. Seperti masalah yang dikemukakan.

Dalam masalah yg dikemukakan, kalau dia seorang yang bermusafir yang dibenarkan jamak sembahyang. Dia tidak boleh menjamakkan maghrib dengan Isyak lagi. Sebab apa? Bagaimana boleh dia menjamakkan maghrib dengan Isyak, kerana dia sudah berada dalam waktu Isyak! Sembahyang Isyak seperti biasa atau mengqasarkannya.

Kami rasakan ianya sudah jelas dan di fahami. Hubungi kami lagi jika ada kekeliruan. Moga anda dirahmati Allah. Sebarkan…!

Rujukan
Al-Iqna’- al-Khatib al-Syarbini
Usul Feqh al-Islami – Dr. Wahbah al-Zuhaili


zain_ys

33 comments:

Anonymous said...

ustaz...haritu saya musafir kelaur dari negara kita dan bila berada di negara yang lain waktunya dengan negara kita, saya masih tidak mahir dengan waktu solat negara itu.saya keluar dengan kawan dan terlewat sembahyang maghrib.tetapi saya telah berada dalam akhir rakaat kedua ketika azan berkumandang.tujuan saya keluar adalah utk maraikan hari jadi kawan saya.boleh ustaz ulas sedikit tentang masalah saya?

Admin said...

w'salam

jika sempat dapat satu rakaat dalam waktu maka solat itu adalah dianggap sah, tanpa perlu diganti. WA

zaidah said...

ustaz,
bagaimana pula hukum kalau memang sengaja kita lewat solat, sedang buat solat zohor di rakaat kedua, terdengar azan asar. sah atau tidak solat itu?

Admin said...

dah jawab di atas... kalau dapat satu rakaat dalam waktu solat itu sah. Sengaja melewatkan waktu merugikan pahala untuk diri sendiri

Mikah Lurima said...

As salam...

ustaz, sy nak tanya. Kiranya sy solat Maghrib tp tak sempat masuk rakaat ke 2 waktu isya' sudah masuk... walaupun sy niat tunai... secara tanpa niat solat sy dah jd qada'. Macam tu ke? Jadi solat sy sah ke tidak ye? Kena ke sy qada' semula? :)

hamba tuhan said...

asalamualaikum ustaz !

bagaimana kalo kita berniat jama' takhir zohor dan asar tetapi ketika jama' qasar solat pertama masuk waktu maghrin apakah hukum untuk solat seterusnya

adakah

1) teruskan niat jama ' takhir zohor dan asar
2) sah solat asar kene qada solat zohor sahaja

ke camne

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz :

ketika saya selesai solat isyak bjemaah saya terus qadak magrib namun sahabat seperjuangan saya menepuk bahu saya ketika rakaat kedua,selesai solat saya segan dan malu nak beri tahu pd dia...di sini saya in bertanya bagaimanakah cara untuk saya memberitahu bahawa yang sedang saya lakukan itu bkn solat sebenar(isyak) sebalik nya Qadar (magrib)mohon penjelasan ustaz?????

Admin said...

ketika solat maghrib rakaat ke 2 masuk waktu isyak...

ok kalau sempat dapat satu rakaat dalam waktu solat itu adalah sah tak perlu diganti.

Admin said...

hamba tuhan... selepas habis waktu asar dan sebelum masuk waktu maghrib (waktu matahari terbenam) adalah waktu yang dilarang solat... sila ganti pada masa yang lain.

Admin said...

waktu solat untuk ganti solat maghrib ada sahabat yang ikut jadi makmum di belakang...

tidak menjadi kesalahan, terus selesaikan solat maghrib anda dan ubah niat menjadi imam... biarkan kawan kita itu menyelesaikan solat isyak dia.

Tidak boleh menukar niat dari solat maghrib menjadi solat isyak (tidak dibenarkan mengubah niat dalam solat fardu).

Anonymous said...

Masa muda dulu saya jahil. Patutnya selepas mandi wajib kerana haid kena qada waktu solat yang sblmnya kerana kdg2 kita tak tau entah2 haid sudah kering. Dan kadang kadang saya malas nak mandi wajib tengah malam dan subuh. Jadi sembahyang yang tertinggal wajib diqada. Soalannya mcm mana nak kira berapa banyak solat yang dah tertinggal dan waktu apa yang tertinggal. Dah tua ni baru ada peluang belajar ilmu agama dan faham sedikit sebanyak masalah solat ni. Mengikut ust yang saya belajar, jika tak habis solat qada maka kita tak boleh solat sunat. Ibarat orang yang berhutang, kena settle hutang dulu baru beri sedekah sbb hutang itu wajib manakala sedekah itu sunat. Saya harap tuan dapat memberikan cadangan untuk melaksanakan sembahyang qada yang mungkin bertimbun timbun. Terima kasih

Kamarul said...

Assalammualaikum. Soalan diatas ni saya boleh tolong jawab. Sekiranya kita hendak qadar solat, tp x tahu berapa banyak waktu, maka qadarlah 1,2,3 atau yg termampu. Maksudnya selepas solat fardhu suboh, qadarlah 1,2,3.. waktu suboh. Sama kaedahnya untuk solat zuhur dan seterusnya. Mohon pada Allah taufik dan hidayah, insyaallah akan diberi petunjuk bahawa qadar sudah selesai. Sesungguhnya Allah yg Maha mengetahui dam Maha berkuasa. Kan solat itu ibadah, lakukan dgn yakin dan tanpa ragu-ragu.

Anonymous said...

ustaz,oleh krn kjhiln sya, sya tlh mmmndkkn jamak magrib isyak, dmne utk maghrib, sya haya mlakukn 2 rakaat shj sdgkn spttnya 3 rakaat. apa hukum solat saya dan perlukah saya menqada semula solat isyak dan magrib trsebut?

Anonymous said...

Qada 123 tu macam mana? Kalau mlm sudah kering haid.. Bolehkah kita mandi wajib watu subuh dan qada solat mgrb isyak dan solat subuh? Atau wajib utk mandi wajib walaupun tgah malam?

Anonymous said...

salam ustaz,smlm sy solat thajjud,tp dah lewat,ms rakat kedua azan subuh,jd mcm mna tu ustaz adakah solat sy tu sah dan di kira sbg solat sunat tahajjud?

insan jahil said...

salam ustaz.saya telah meninggal kan solat fardhu zohor dan asar sehingga masuk waktu magrib.setelah selesai solat magrib,saya qada solat asar.dan zohor saya x sempat qada terus azan msuk waktu isyak.jadi bolehkah saya qada solat zohor itu selepas saya solat isyak?dharap ustaz dpt membantu.terima kasih

Anonymous said...

saya ingin bertanyakan, apa hukumnya, saya dah yakin masuk waktu zohor tanpa mendengar azan. kerana jam di tangan menunjukkan waktu 1.20tghr.. selesai solat, selang 10min kemudian azan notification berbunyi di handphone. menunjukkan waktu masuk jam 1.27tghr..adakah sah solat saya tadi atau bagaimana?

A&R said...

Saya ingin bertanya ustaz, sekira nya setelah selesai menunaikan solat fardhu kemudian di ikuti pula solat rawatib ba'diyah secara sendirian kemudian bahu di tepuk oleh seseorang di belakang yang hendak menunaikan solat fardhu. Dalam situasi seperti ini apakah yang harus kita lakukan? Mohon penjelasan dari ustaz. Terimakasih

Anonymous said...

salam ustaz, mcm mana ek, kalau cthnya kita dah yakin masuk waktu zhur sbb dah tgk jadual waktu solat, lpastu kita pun solat, ketika solat, kita pun dgar azan, apa perlu sy buat? teruskan solat atau perlu berhenti dan menunggu azan selesai dan kemudian bersolat?

Unknown said...

Assalam ustaz. Bolehkah sy mengambil wuduk semasa ingin menunaikn solat asar, kemudian sy x mengambil wuduk lagi untuk solat maghrib dan isyak. Tetapi pada masa masa itu sy jaga wuduk sy drpd terbatal. Bolehkah berbuat demikian, ustaz?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
noname said...

Sah la...tx berdosa ke?

Angoh said...

ustaz...saya hendak solat asar dan saya tengok pada satu aplikasi solat pada handphone..waktu hendak masuk maghrib tinggal lagi 2 minit..saya pun bergegas mengambil wudhu...apabila saya hendak solat..aplikasi tersebut menunjukkan telah masuk waktu maghrib, tapi masih belum kedengaran azan daripada masjid..saya meneruskan sahaja solat saya...adakah sah solat asar saya?

Angoh said...

ustaz...saya hendak solat asar dan saya tengok pada satu aplikasi solat pada handphone..waktu hendak masuk maghrib tinggal lagi 2 minit..saya pun bergegas mengambil wudhu...apabila saya hendak solat..aplikasi tersebut menunjukkan telah masuk waktu maghrib, tapi masih belum kedengaran azan daripada masjid..saya meneruskan sahaja solat saya...adakah sah solat asar saya?

Anonymous said...

Ketika dalam solat apakah kita perlu menukar niat sebagai qadha atau teruskan solat tanpa tukar niat?

Unknown said...

Nak tau jgak yg nie ..ada jawapan

Unknown said...

Tak sempat masuk rakaat kedua tu di mana. Adakah dia masih dirakaat pertama. Kalau masih dirakaat pertama dikira qadha. Kalau dah selesai rakaat pertama maknanya dah selesai sujud dan baru naik untuk rakaat kedua pun dikira sah. Dah jelas ustaz kata kalau dah selesai 1 rakaat. Dikira sah solat maghribnya.

Unknown said...

Tak sempat masuk rakaat kedua tu di mana. Adakah dia masih dirakaat pertama. Kalau masih dirakaat pertama dikira qadha. Kalau dah selesai rakaat pertama maknanya dah selesai sujud dan baru naik untuk rakaat kedua pun dikira sah. Dah jelas ustaz kata kalau dah selesai 1 rakaat. Dikira sah solat maghribnya.

Ahmad Lutfi said...

Salam sejahtera jika sy tidak sempat satu rakaat yg mane sy solat asar termasok waktu berikutnya dikatakan qadak Tapi sy pada permulaan solat tidak berniat qadak Apakah sah atau sebaliknya

Unknown said...

Salam ustaz nak tye mcam sye trlepas solat zuhur tnpa sengaja tpi dah msuk waktu asar jadi sye mngerjakan yg asar dahulu boleh kew sye truskan ganti yg zuhur tdi dngan niat qadar ataupon keeseokan harinya diwktu selesai mngerjakan zuhur lalu sye mngerjakn zuhur untk kali kdua dengan niat qadar.. Ataupon selepas asar tdi mngerjakan zuhur yg mna satu diharuskn lebih baik

Mrs ABK said...

As salam ustaz, sah ke solat sekiranya kita terlupa @ tertinggal bacaan surah swwaktu rakaat kedua?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz..nak tnye..kalu kite terlambat mngerjakan solat..conto solat zuhur..adakah bole kite menunaikan solat zuhur sblm masok asar..

Cikkitty said...

Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya , sy sedang mengerjakan solat Qada' tetiba waktu asar masuk , apakah sembahyang sy itu sah atau tidak sah ?

Post a Comment