Monday, December 8, 2008

Lebihnya Solat Sunat Malam

Assalamu'alaikum

1. Berkenaan solat di waktu malam seperti tahajjud, hajat, witir dll. Apakah istimewaanya & kelebihannya solat tahajjud ini jika dibandingkan dengan solat sunat yang lainnya di sisi Allah Taala? Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran ada menekankan berkenaan solat malam dan kemudiannya tafsiran terperincinya merujuk kepada solat tahajjud.

2. Berkenaan dengan nama surah. Terdapat perbezaan di dalam beberapa Al-Quran berkenaan dengan nama2 surah. Antaranya yang dapat saya lihat ialah:

1. Surah 40: Al-Mukmin, ada dinamakan Surah Ghaafir.


2. Surah 94: Al-Asy dinamakan Asy-Syarh @ Alam Nasyrah


3. Surah 111: Al-Lahab dinamakan Al-Masad.


a. Adakah perbezaan nama2 tersebut membawa kepada makna yang sama?
b. Apakah nama yang tepat bagi surah tersebut?

Semoga dapat membantu. Wassalam.



Jawab:


1. Kelebihan solat tahajjud, antaranya:


a. solat yg disebut dalam AlQur'an, antaranya: alFurqan: 63-64;

azZumar: 09; adzZariyat: 15-17; al_Isra': 79

b. Ia solat yg sukar dilakukan oleh kebanyakan manusia. Dalil: HR Ahmad dari Abu Dzar ra


c. Kelebihannya disebut secara mutawatir dalam banyak hadis, bahawa seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat malam (Muslim dari Abu Hurairah ra).


d. Ia dinamakan solat Nabi Daud as, HR Jama'ah (kecuali Termidzi) dari Abu Hurairah, dll


2. Perbedzaan nama-nama surah itu adalah kerana ada jalur riwayat sahabat2 yg pelbagai (spt juga dalam isu yg lain) dan ia tidak memberi apa-apa kesan kepada keaslian alQur'an. Nama-nama surah itu valid dan boleh digunakan jika datang dari sanad yg disahkan sahih.
Cth: alFatihah juga dikenali dgn Ummul Qur'an, Ummul Kitab, asSab'ul Mathaniy, tapi alFatihah yg lebih popular.

Cth 2: surah ke 17: al_Isra' atau Bani Israil, Bani Israil ialah versi Aisyah ra, sedangkan alIsra' adalah versi Jumhur


Cth ke 3: Ghafir atau alMukmin , keduanya sama kuat riwayatnya


Cth ke 4: alAsh atau alam nasyrah, kita tak pernah dengan dengan nama alAsh. Yang benar ialah Alam Nasyrah atau asSyarh kerana ia merujuk pada Dada (tema surah itu).


Cth ke 5: alLahab atau aalMasad atau atTabbat : ketiganya adalah valid. (Syaikh Jamil Zeenu, Ulum alQur'an)

0 comments:

Post a Comment