Monday, December 8, 2008

Kunci Berbunyi Dalam Poket

Jika dalam sembahyang kita simpan anak kunci dalam poket dan dalam pergerakan sembahyang anak kunci tersebut berbunyi berkerincing maka terbatal sembahyang. Betulkah begitu?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Kenyataan di atas TIDAK BENAR SAMA-SEKALI . Kerana ianya tidaklah termasuk menambah rukun fi’li ( perbuatan ) di dalam sembahyang , dan tambahan pula ianya bukanlah sengaja dilakukan oleh orang yang sedang menunaikan sembahyang .

Samalah juga , jika pen di dalam poket baju jatuh semasa seseorang itu sedang rukuk dan ianya menghasilkan bunyi [color=blue]~ [/color] Tidaklah membatalkan sembahyangnya .

Begitu juga jika ketika dia mahu turun sujud , kepala lututnya yang menyentuh lantai itu menghasilkan bunyi , maka menurut pendapat yang paling kuat , ianya tidaklah membatalkan sembahyang .

Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w bertujuan untuk memudahkan umatnya , dan bukannya bertujuan untuk menyusahkan dan menyempitkan umatnya , dan tidaklah munasabah ( dengan nas-nas syariat dan akal ) jika perbuatan seperti di atas itu menyebabkan batalnya sembahyang seseorang .



Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


[color=blue]
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

8 / Syawal / 1423 H
13/ Disember / 2002 M

0 comments:

Post a Comment