Assalamualaikum,
1. Bagaimana cara hendak membuang air liur yg ada sisa makanan atau benang ketika:
2. Bagaimana dengan kahak?
Terima kasih.
------------------------------
JAWAPAN:Alhamdulillah. Kami akan cubamenjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Ins Sya-Allah. Kesemua permasalahan diatas ini merujuk kepada satu penyelesaian yang sama. Jika seseorang itu hendak membuang sisa makanan didalam solat, hendaklah ia meludahkannya, iaitu sisa-sisa makanan atau air liur, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith :-
وليبصق عن يساره أو تحت قدمه
"Maka dia meludah disebelah kiri atau dibawah tapak kaki...." [Di diriwayatkan oleh Abu Saed al-Khuri].
Didalam sebuah riwayat Ibn Abd al-Barr :
أنه كان يبصق في ثوبه وهو يصلي
"Sesungguhnya dia meludah di pakaiannya sedangkan dia bersolat"
Didalam riwayat yag pertama tadi juga melarang meludah kehadapan, kerana dihadapan adalah kiblat. Kita juga tidak dibenarkan meludah ke kanan oleh kerana Malaikat berada di sebelah kanan.
Riwayat ini menjelaskan bahawa sisa-sisa makanan itu boleh diludahkan disebelah kiri, atau dibawah tapak kaki atau di pakaiannya. Persoalannya, bagaimana pula didalam keadaan masjid yang lantainya marmar dan dipenuhi carpet?
Ibn Rajab sebagaimana yang diriwayatkan didalam Fath al-Baari menyebut bahawa Bakr ibn Muhammad berkata : Aku berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad ibn Hanbal) : Apa pandangan kamu mengenai seorang lelaki yang meludah didalam masjid dan mengosok-gosokkannya dikakinya? Kata beliau : Hadith itu menunjukkan situasi yang berlainan. Kata beliau : Masjd sekarang sudah mempunyai tikar di lantainya dan ia tidak sama seperti dahulu. Jika dia ingin meludah semasa bersolat, maka ludahlah kekiri jika ludahnya jatuh diluar masjid. Jika dia didalam masjid dan tidak boleh meludahkan keluar masjid, maka hendaklah dia meludah di pakaiannya.
Salah satu cara juga adalah sentiasa membawa sapu tangan, dan ludahlah ke sapu tangan tersebut, dan ia tidak akan mengotorkan carpet masjid, WA.
Sekian, wassalam
0 comments:
Post a Comment